6 WASIAT SAIDINA UMAR

6 WASIAT SAIDINA UMAR :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Friday 2 March 2012

NUR BUAT MARYAM (6)

Esok harinya, Maryam bergegas ke pejabat Ustazah Durrah. Dia mesti mendapatkan penjelasan daripada seseorang yang diketahui mampu membimbingnya.

"Assalamualaikum Ustazah.. Saya Maryam, yang buat temujanji nak jumpa Ustazah tadi.." ucap Maryam sopan.
"Wa'alaikumussalam.. Ye, awak Maryam.. ada apa yang saya boleh bantu.." balas Ustazah Durrah sambil tersenyum mesra. Dia menarik kerusi menganjurkan Maryam untuk duduk.
Maryam mula membuka ceritanya. Panjang lebar. Berserta dengan apa yang dirasakannya, jalan fikirannya, tentang mimpi indah itu, dan kemahuannya untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.

"Syukur Alhamdulillah.. Allah memilih untuk memberi hidayah pada kamu Maryam. Subhanallah..
Jangan pernah sia-siakan anugerah Allah yang tak ternilai ini.." ucap Ustazah.

"Alhamdulillah..boleh Ustazah terangkan macam mana saya nak mula..?" soal Maryam. Antara isi-isi penting yang dibincangkan oleh mereka---:

"LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH..jadikan setiap detik hidup kamu berlandaskan keyakinan ini.."

"Iman, iaitu keyakinan kepada Allah.Yakin dalam erti kata yakin mutlak yang tidak ada apa-apa syak wasangka. Yakin yang lebih 100%.."

"Awak kena bertaubat..minta ampun pada Allah..insyaAllah, pintu keampunan akan sentiasa terbuka buat orang yang ingin bertaubat dengan sebenar-benar taubat..keampunan Allah adalah lebih besar dari kemurkaanNya.."

"Seterusnya, awak kena berjuang kerana Allah..iaitu mempertahankan akidah..mengesakanNya..tidak mensyirikkanNya dengan segala sesuatu..patuhi perintahNya, jauhi laranganNya, terima takdirNya.."

"Kekuatan apa yang saya perlukan untuk buat semua tu..?" Maryam menyoal. Selama ini dia tidak pernah tersedar untuk memfokuskan hal itu.

"Allah beri petunjuk kepada hambaNya melalui pedoman Al-Quran dan Hadis. Belajarlah, kajilah, amalkanlah.. dan yang paling penting HAYATILAH!.."

"Kunci amal seseorang adalah ikhlas..Allah hanya menerima amalan hambaNya yang ikhlas..apa itu ikhlas? Iaitu kita buat atau tinggalkan sesuatu perkara semata-mata kerana Allah..sedari awal lagi, kita perlu pasakkan niat untuk buat sesuatu tu semata-mata kerana Allah..hanya Allah.."

"Maksud Ustazah, dalam perkara ibadah macam solat tu ke?"

"Kita dicipta untuk beribadat kepada Allah.. solat, puasa, dan lain-lain yang berupa ibadah.. juga setiap aktiviti yang kita lakukan atas dasar kerana Allah, akan dinilai sebagai ibadah.."

"Makan, tidur, belajar.. semua tu ibadah??" soal Maryam. Kurang pasti.

"Dalam urusan kehidupan kita, kita lakukan mengikut syariat..contohnya, makan yang dimulai dengan Bismillah dan doa, berserta adab yang diajar oleh Baginda Rasul, makan hanya untuk menguatkan tubuh bagi membolehkan kita menjalani aktiviti seterusnya, dan dari sumber yang halal..maka itu juga ibadah.."

"Tambahan lagi, bila kita dah niatkan untuk lakukan sesuatu perkara kerana Allah, maka kita akan terdorong untuk merealisasikan niat suci itu dengan perlaksanaan yang mengikut syariat dan menolak hal yang mendatangkan murka Allah..awak faham kan Maryam?" Ustazah Durrah ingin menduga.

"Erm..contohnya..bila kita niat belajar kerana Allah, jadinya kita akan berusaha bersungguh-sungguh menunaikan amanah kita sebagai pelajar..sentiasa berharap pada Allah, minta tolong dengan Allah, tak ponteng kelas, jujur, tak meniru dalam assignment, tak main-main dalam kelas..sebab kita buat semata-mata kerana Allah dan kita yakin yang Allah Maha Melihat setiap perbuatan kita..macam tu ye Ustazah..?" Maryam mengutarakan pendapatnya.

"Alhamdulillah, awak makin jelas tentang perkara ni.." Ustazah Durrah tersenyum gembira.

"Ingat, kita buat semua tu bukan untuk orang lain, untuk dikatakan baik, berbangga diri dan sebagainya..ikhlas adalah rahsia Allah, namun kita mesti cuba sedaya upaya untuk ikhlas kerana Allah..hingga pujian atau cela tak memberi kesan kepada kita.."

Panjang lebar Ustazah Durrah memberikan penerangan. "Ingat Maryam, agama Islam bukanlah hanya untuk golongan ustaz atau ustazah sahaja..Allah tak pandang semua tu..."

"Yang penting, iman dan taqwa dalam hati.." sambung Maryam sambil tersenyum. Hari itu, Maryam bertekad untuk memulakan hidup baru. Cara hidup Islam. Selaras dengan perintah Allah,  yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Dia mula menghargai kurniaan yang terpenting dan terindah buatnya. Nikmat Iman dan Islam. "Ya Allah, Engkau yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku kepada agamaMu dan ketaatan kepadaMu..".

No comments:

Post a Comment