6 WASIAT SAIDINA UMAR

6 WASIAT SAIDINA UMAR :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Saturday 25 February 2012

NUR BUAT MARYAM (5)

"Maryam.."
"Maryam...."
"Bangun Mar.."

Aku ingin sekali menghirup aroma cinta,
laksana air dingin
rasanya mengalir segar di relung dada
menghilangkan kehausan sahara.

Aku ingin sekali menikmati nikmatnya cinta,
seperti citra madu
manisnya menggamit rasa
rindu tak akan jemu.

Aku ingin sekali melayari kesucian cinta
harum lembut memukau jiwa
bagaikan angin yang terbang
 di taman mawar syurga.

Alangkah nikmatnya pesona cintaMU
alangkah beruntungnya jiwa
kerana hanya denganMU
bahagia tiada duka.

Maryam terasa bagai di awang-awangan. Dia tidak nampak apa-apa kecuali suasana asing yang berwarna putih di sekelilingnya. "Ya Allah..maafkan aku..aku kat mana ni.." hatinya mula diserang perasaan cemas. Dari jauh, dia melihat kelibat orang menaiki kuda yang menuju ke arahnya. Maryam menjadi semakin risau, aneh, dan bingung. Namun perasaan itu segera hilang apabila orang berkuda itu berhenti di hadapannya. Entah kenapa, dia merasa tenang dan selesa. Ternyata orang itu adalah lelaki yang bersih wajahnya. Dia melemparkan senyuman kepada Maryam, dan menghulurkan senaskah kitab Al-Quran. Maryam mengambil kitab suci itu. Tiba-tiba dia bagaikan berputar-putar dan terjatuh di tempat yang dalam, lalu tersedar.

"Ya Allah!!" Maryam bangkit dari pengsan. Dia merasa terkejut dan beristighfar berkali-kali. "Aku mimpi ke tadi..? Macam betul-betul je.." Maryam tidak pasti dengan apa yang berlaku. Rakan-rakan di sekelilingnya yang menunggu di sisinya dari tadi cuba untuk menenangkannya. Dia tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi ke atas dirinya namun dia pasti, Allah telah memberikan getaran keinsafan dalam dadanya, dan hidayah untuk dia berubah menjadi hamba Allah yang lebih baik....

TO BE CONTINUED...

No comments:

Post a Comment