6 WASIAT SAIDINA UMAR

6 WASIAT SAIDINA UMAR :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Monday 31 December 2012

Menyapu Khuf :)

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sollu 'alan Nabi.

Kadang-kadang bila kaum wanita hendak berwudhuk di surau/masjid, mereka mengalami sedikit kesukaran sebab perlu membuka stokin bagi membasuh kaki..lepas tu dalam keadaan kaki basah2 kena sarung balik stokin sebab laluan untuk menuju ke tempat solat tu boleh dilihat oleh lelaki..kaki kan aurat..jadi..sebagai alternatif kita boleh menyapu khuf..cara ini memang ada dicontohkan oleh Rasulullah SAW dan merupakan sunnah. Juga buat siapa2 yang mengalami kesukaran sebagai contoh cuaca terlalu sejuk dan sebagainya, bolehlah beramal dengan rukhsah ini. InsyaAllah.

Apa itu khuf?

Khuf ialah sesuatu yang diperbuat dari kulit yang dipakai menutupi dua buku lali ke atas seperti stokin. Menyapu khuf adalah diharuskan berdasarkan 4 mazhab,samada ketika musafir,mukim,darurat ataupun tidak.Ia menepati basuhan 2 kaki di dalam wudhuk.
Khuf=stoking?
Yang menjadi tanda Tanya pastinya dalam hati kita adalah, di mana mahu di cari penutup kaki sebegitu rupa? Kalau stoking biasa pula bagaimana?
Menurut Hambali,Muhammad bin Al-Hassan dan Abu Yusof dari Hanafi, boleh. Termasuk stokin biasa. Menurut Abu Hanifah,Maliki dan Syafi’e yang boleh dengan syarat tambahan. Syarat khuf yang ditetapkan oleh imam Syafie untuk mereka yang berstokin adalah :
1- Stokin berkenaan hendaklah tidak jarang/ rapat jalinannya sehingga ia boleh digunakan untuk berjalan dengannya.
2- Hendaklah ia dipakai dengan kasut
Syarat sah khuf
Terdapat 2 syarat utama penggunaan khuf.
1- Khuf itu suci(bersih dari sebarang najis)
2- Memakai khuf dalam keadaan suci dari hadas kecil dan hadas besar(selepas wudhu’)
Cara Menyapu Khuf
Ambil wudhuk seperti biasa, cuma gantikan rukun basuh kaki kepada berikut:
1- Basahkan tangan dan renjiskan ke tepi
2- Sapukan tangan pada sebelah atas khuf memadai dengan sekali sapuan saja.Tapak kaki tidak perlu disapu.
Perkara Yang membatalkan Khuf
1- Semua perkara yang mewajibkan mandi hadas seperti berjunub, haidh dan nifas.
2- Tamat tempoh yang dibenarkan khuf(3 hari  3 malam bagi musafir, 1 hari 1 malam bagi yang bermukim)
3- Batal apabila menanggalkan khuf. (*menanggalkan stoking setelah berniat khuf akan membatalkan khuf)
Adakah khuf juga relevan di Malaysia?
Hukum menyapu ‘khuf’ boleh aplikasikan di Malaysia bahkan di mana-mana sahaja dalam dunia ini. Anggota tentera merupakan golongan yang banyak mengamalkan hukum ‘khuf’ di Malaysia.
Ulama besar Imam an-Nawawi telah berkata: Telah ijmak ulama (di kalangan mereka yang dikira ijmak mereka) bahawa harus menyapu ke atas ‘khuf’ bagi seorang yang bermukim atau bermusafir samada disebabkan oleh keperluan atau pun tidak sehingga harus menyapu ‘khuf’ bagi seorang wanita yang hanya tinggal di rumahnya. Wallahu A’lam.
Hadis-hadis yang menyebut tentang ‘khuf’ tidak membataskan aplikasinya di tempat-tempat tertentu sahaja.
Selamat beramal
Semoga bertambahnya pengetahuan kita tentang keringanan yang dikurniakan Allah ini, akan menambah semangat dan kekuatan kita untuk beramal. Allah tidak pernah zalim terhadap hamba-hambaNya, kitalah yang menzalimi diri kita sendiri, bertindak membelakanginya dan mengabaikan perintahNya dengan pelbagai alasan.
أعلم والله
Rujukan



Friday 14 December 2012

speechless

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sollu 'alan Nabi.

Alhamdulillahirabbil'alamiin. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam yang telah menjadikan kita sebagai Muslim. I don't know how to start. MasyaAllah..Subhanallah..tak terkata..baca:

Analisis 4 Prasyarat Sertai Pasukan Briged Al-Qassam



Memang, itu perkara asas bagi seorang Muslim, mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW, tapi pada akhir zaman ni..to do that is like..very2 hard..hanya jiwa yang betul2 kuat dan keimanan yang jitu yang mampu melaksanakannya..dengan izin Allah..

Ya Rabb, please help the people who help your deen..

Please protect Palestine..give them victory..

Give us the strength to follow the Prophet Muhammad SAW..

Amin..


Wednesday 12 December 2012

10 cara mudah untuk menikmati hidup - 'How to Enjoy Life'



Bismillahirrahmaaniraahiim.

Sollu 'alan Nabi.




Ramai orang yang hidup tetapi tidak menikmatinya kerana gagal menyedari nikmat dan rezeki kehidupan. Syukur ialah permulaan kepada sebuah kebahagiaan. Berikut ialah 10 cara mudah untuk menikmati hidup :

1. Bangun pagi dengan rasa syukur kepada Allah kerana masih berpeluang hidup.

2. Menghargai nikmat air ketika mandi (Fakta : 780 juta manusia di dunia ini tidak dapat menikmati kemudahan air bersih dan 660 juta tidak dapat mandi setiap hari - Sumber UNICEF)

3. Menikmati makanan bukan sekadar memakannya. Ramai orang makan tanpa 'mempedulikan' isi makanannya. Makanlah dengan perlahan, nikmati rasa garamnya, manisnya dan bersyukur kepada Allah SWT. Kata Anas bin Malik RA, 'كَانَ يُعْجِبُهُ الثُّفْلُ' Bahawa rasulullah SAW amat suka makan saki-baki sisa-sia makanan. [riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Hakim]

4. Memakai pakaian-pakaian yang baik dan cantik. Seorang lelaki bertanya Nabi SAW, apa hukumnya seorang lelaki yang suka memakai pakaian dan kasut yang cantik ? Maka baginda menjawab, "Allah itu cantik dan menyukai kecantikan". [riwayat Muslim]

5. Menghirup udara segar sambil menikmati kewangian bunga, kehijauan pokok, dan kesejukan angin. Firman Allah SWT : 'Apakah kamu tiada melihat, bahawasanya Allah menurunkan air dari langit, lalu jadilah bumi itu hijau? ' [Al-Hajj:63]

6. Keluar bekerja mencari rezeki dengan berniaga, mengambil upah atau menguasakan tanah, menternak binatang atau memburu dll. Firman Allah SWT 'dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan.' [An-Naba:11] Nabi SAW menyebutkan bahawa para rasul pun bekerja dan pernah menjadi pengembala kambing. Ada hadith lain menyebut, Nabi Zakaria ialah seorang tukang kayu. [riwayat Muslim]

7. Berkongsi nikmat rezeki dan hasil usaha dengan orang lain. Para sahabat RA pernah mengadu kepada Rasulullah SAW bahawa mereka makan tetapi tak pernah kenyang maka baginda pun berkata mungkin kamu makan sendiri-sendiri? Lalu mereka pun membenarkan. Maka Nabi SAW bersabda : Makanlah berjamaah dan sebutlah nama Allah maka nescaya makanan itu akan menjadi berkat. [riwayat Abu Daud]

8. Bernikah dengan pasangan yang soleh/solehah jika bujang dan menjalinkan hubungan mesra dengan ahli keluarga serta anak-anak. Dalam hadith menyebut kelebihan menjalinkan silaturrahim seperti keberkatan rezeki dan dipanjangkan umur.

9. Mencari ilmu dan meluaskan pengetahuan dengan membaca dan menghadiri majlis-majlis pengajian. Ilmu mencerahkan akal dan melapangkan jiwa yang sempit dan membuka pintu kegelapan serta menerangi kehidupan. Kata Sahl bin Abdullah, Tulislah ilmu kerana jika engkau mampu bertemu dgn Allah sambil membawa buku dan pena maka lakukanlah.

10. Bersahabat dengan orang-orang yang soleh. Persahabatan merungkaikan gelisah dan menghilangkan kebosanan. Nabi SAW berpesan, Janganlah bersahabat kecuali dengan orang yang beriman dan jangan pula memakan hidanganmu melainkan orang yang bertakwa.” [Riwayat Abu Daud dan At Tirmizi]

Akhirnya pesan Syeikh Abd Rahman al-Sa'di, Seorang muslim itu patut bersegera melakukan kebaikan serta ibadah dan mengabaikan kesusahan serta menikmati keperitan hidup kerana apa yang terdapat disisi Allah itu lebih bernilai dan disediakan oleh Allah untuk mereka yang masuk ke syurgaNya. [Al-Qawl al-Sadeed ala Maqaasid Kitab Al-Tauhid]

Monday 10 December 2012

the lucky ones

Palestinians..
you are so lucky..
to be able to jihad fi sabilillah!
to get syahid and enter the jannah!

Palestinians..
you are so lucky..
to be chosen by Allah to fight for Islam,
protecting the first qiblah of Muslims..
to stand strong and fight the enemies of Allah..

Thank you Palestinians..
for being so brave..
defending deenillah..

Don't ever give up and lose hope..
for Allah will always give His blessings..
and help for those who fight for Islam..
InsyaAllah..




Saturday 8 December 2012

TIPS ELAK BER 'COUPLE'

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sollu 'alan Nabi.


Ada 8 tips yang didapati dari radio Hang.Fm (radio Islam Batam, Indonesia). Ustaz dlm radio tu ade bgtahu cara2 untuk elakkan diri dari terlibat dalam percintaan yang haram. Tinggalkanlah 'couple' kerana Allah..So here goes:


1. Menikah. Yes, nikah. Menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan. Bahkan merupakan ibadah dan berpahala.


2. Ikhlas dalam beribadah kepada Allah.


3. Doa- mohon pada Allah agar ditetapkan hati untuk menaati perintah Allah dan menjauhi laranganNya.


4. Menjaga pandangan- tundukkan pandangan..kalau terpandang, buat tak tahu je..tak perlu difikir2kan..jgn ikutkan nafsu..dan bagi perempuan, tutuplah aurat dgn sempurna dan jgn mempamerkan kecantikan in any form..(cara cakap, jalan, perangai, gambar dalam laman sosial)


5. Menyibukkan diri dengan hal yang berfaedah- make urself busy dgn aktiviti yg berfaedah..contoh: belajar, berpersatuan, ape2 yg diredhai Allah; hafal Al-Quran, belajar hadis, kuliah agama, tolong ibu ayah..


6. Menghindari diri dari mendengar lagu/ menonton video/filem/ baca novel & cerita2 yg berunsurkan percintaan.


7. Menilai orang yang disukai itu dengan hal yang buruk..notice keburukan dia, and think about it sampai rasa tak nak kat dia..


8. Kerjakan solat yg wajib & sunat especially tahajjud, lalu berdoalah mohon petunjuk dan kekuatan dari Allah dlm solat terutama sewaktu sujud. Mohon yang terbaik di sisi Allah..mengadu pada Allah..


Extra: ingat mati dan akhirat...bygkan waktu tgh pegi dating tu malaikat maut dtg untuk menarik nyawa kita..Na'uzubillah..jodoh kita telah ditetapkan di lauh mahfuz..cuma cara kita dalam menggapai jodoh itu, adakah mengikuti syariat atau tidak..


Semoga bermanfaat...mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis...lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik..jom jadi perempuan yang baik dan solehah..insyaAllah..cinta sebenar itu hanya didapati dalam pernikahan..:)






Tuesday 4 December 2012

sakit itu tiket ke syurga

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sollu 'alan Nabi.

Tidak ada satu pun yang Allah takdirkan dalam dunia ini sia-sia. Ada yang sihat, ada yang sakit. dan itu menunjukkan kekuasaan Allah dan keadilanNya. Hebat kan Allah? Berkuasa melakukan apa saja, kuasa yang tak terbatas. Ramai orang mengeluh, susah hati, merungut, merengus bila sakit. Standard la tu, manusia..memang suka berkeluh kesah..nak senang je.. Tapi, dengan sakit itulah, yang membuatkan kita tertunduk, merendah diri di hadapan Allah..ingat untuk istighfar, ingat mati.. mungkin waktu sihat kita gunakan waktu sihat tu untuk maksiat. Tak ingat pun pada Allah. Manusia itu amat sedikit sekali yang bersyukur..so very true..

I'm not going to highlight about 'penyakit'. Tapi, macam mana cara kita deal dengan apa yang Allah rencanakan untuk kita (tulis untuk diri sendiri sebenarnya). Hidup kita akan berjalan sesuai mengikut apa yang ditetapkan oleh Allah. We could encounter almost anything and everything. Life is unpredictable. Tapi, Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah menyediakan mukjizat Al-Quran dan Hikmah (Sunnah) sebagai panduan hidup. Alhamdulillah...

Contoh yang paling simple adalah bila Allah uji kita dengan penyakit. Sekali imbas macam sangat-sangat tak best. Semua orang nak sihat. Tapi, Subhanallah, bila kita teliti dalam-dalam..sakit itu merupakan rahmat Allah.. sakit menjadi salah satu cara untuk Allah menghapuskan dosa hamba-hambaNya. Jadi, sakit is not a negative thing, sebab Mukmin sebenar itu adalah positif dalam apa jua keadaan..sentiasa tenang & cool..macam yang dicontohkan oleh Rasulullah, para nabi, aulia Allah, dan orang-orang soleh..Bahkan, mereka berasa syukur dan gembira dengan penyakit, asalkan hati mereka terpaut kepada Allah. Bukan sakit yang diperbesarkan, tetapi Allah yang dipandang. Mereka tak lihat apa yang diberi, tapi siapa yang Memberi. Ada sahabat sampai risau kalau dia tak sakit sebab takut Allah tak nak ampunkan dosa dia..MasyaAllah..:) Allah kan Maha Suci..kalau kita merungut dengan apa yang diberikan oleh Allah, seolah-olah kita tak 'mensucikan' Dia..Dia Maha Sempurna, Maha Berkehendak..everything yang Dia takdirkan is perfect..kita yang tak perfect serba serbi rasa tak perfect..

Allah is wayyyyy smarter than any one of us..Maha Bijaksana..jadi jangan rasa bijak dengan menyangka "kalau aku tak sakit ni kan bagus, boleh buat itu ini.."..please don't. U'll never know what's best for you unless Allah show and give what's best for you..Believe in Allah more than anything else..

Jadi, wahai hamba Allah..bila ditimpa penyakit/ apa-apa musibah, terimalah dengan redha, hati yang bergantung sepenuhnya kepada Allah..yakin dengan kebaikan yang Allah sediakan di sebalik kesusahan..sabar, ikhtiar berubat dengan cara yang halal..(sunat berubat)..dan serahkan segalanya kepada Allah..kesembuhan adalah semata-mata milik Allah..bukan ubat, terapi, doktor, supplemen, or whatsoever..InsyaAllah, sakit itu akan menjadi tiket ke syurga..:)

Kesabaran Mukmin Ditimpa Penyakit dan Kesedihan
Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:
"Aku tidak pernah melihat seorang pun yang paling banyak menanggung penderitaan daripada Rasulullah saw."
(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Hadis riwayat Abdullah bin Masud ra., ia berkata:
Aku masuk menemui Rasulullah saw. ketika baginda sedang menderita penyakit demam lalu aku mengusap baginda dengan tanganku dan berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya engkau benar-benar terjangkit demam yang sangat parah."

Rasulullah saw. bersabda maksudnya :" Ya, sesungguhnya aku juga mengidap demam seperti yang dialami oleh dua orang di antara kamu."Aku berkata: "Itu, kerana engkau memperoleh dua pahala." Rasulullah saw. bersabda maksudnya : "Benar."
Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Tidak ada seorang Muslim pun yang tertimpa suatu penyakit dan lainnya kecuali Allah akan menghapus dengan penyakit tersebut kesalahan-kesalahannya seperti sebatang pohon yang merontokkan daunnya. " (Hadis Shahih Riwayat Muslim )

Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:
Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda maksudnya : "Tidak ada seorang Muslim pun yang tertusuk duri atau tertimpa bencana yang lebih besar dari itu kecuali akan tercatat baginya dengan bencana itu satu peningkatan derajat serta akan dihapuskan dari dirinya satu dosa kesalahan".
(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.:
Bahwasanya ia pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda maksudnya : "Tidak ada satu kepedihan pun atau keletihan atau penyakit atau kesedihan sampai perasaan keluh-kesah yang menimpa seorang Muslim kecuali akan dihapuskan dengan penderitaannya itu sebagian dari dosa kesalahannya."
(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Ketika turun ayat: "Barang siapa yang mengerjakan kejahatan, nescaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu, kaum Muslimin merasa sangat sedih sekali, lalu Rasulullah saw. bersabda maksudnya : "Janganlah kamu sekalian terlalu bersedih dan tetaplah berbuat kebaikan kerana dalam setiap musibah yang menimpa seorang Muslim terdapat penghapusan dosa bahkan dalam bencana kecil yang menimpanya atau karena sebuah duri yang menusuknya."
(Hadis Shahih Riwayat Muslim)

Hadis riwayat Ibnu Abbas ra.:
Dari Atha bin Abu Rabah ia berkata: Ibnu Abbas ra. pernah berkata kepadaku: "Maukah kamu aku perlihatkan seorang wanita penghuni Syurga?
Aku menjawab: "Mau".
Ia berkata: "Wanita berkulit hitam ini pernah mendatangi Nabi saw. dan berkata: 'Sesungguhnya aku menderita penyakit ayan dan auratku terbuka, maka mohonlah kepada Allah demi kesembuhanku.
Nabi saw. bersabda maksudnya : "Kalau kamu mau bersabar, maka bagimu adalah Syurga. Dan kalau kamu mau sembuh, maka aku akan memohonkan kepada Allah semoga Dia menyembuhkan penyakitmu."
Wanita itu berkata: "Baiklah aku akan bersabar."
Wanita itu berkata lagi: "Sesungguhnya auratku selalu terbuka, maka mohonkanlah kepada Allah agar aku tidak terbuka aurat."
Lalu Rasulullah berdoa untuknya.
(Hadis Shahih Riwayat Muslim)



KESEMBUHAN ITU MILIK ALLAH
Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah. Kata-kata yang telah dijadikan perangsang bagi memotivasikan diri sendiri dan insan lain yang sedang sakit dalam menghadapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Begitulah antara ujian kecil berupa penyakit yang dihidapi oleh kebanyakan insan yang telah dipilih oleh Allah sebagai bukti kasih sayang-Nya, kafarah dosa dari-Nya, dan peningkatan darjat hambaNya.

Sesungguhnya penyakit yang diturunkan oleh Allah ini banyak menguji ketahanan fizikal dan mental, kerana tempoh tersebut merupakan titik tolak ke arah kesedaran bahawa kematian akan mengejar kita bila-bila masa sama ada bersedia atau tidak.

"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." [al-Nisaa' 4:78]

Mengingati saat menziarahi jenazah suami kepada seorang sahabat yang meninggal dunia secara tiba-tiba tahun lepas telah banyak mengubah paradigma tentang kematian itu sendiri. Sama ada kita bersedia atau tidak, bertaubat atau belum bertaubat, ajal itu pasti akan datang, cuma waktu dan ketikanya sahaja tidak diketahui. Cuma persoalannya, adakah kita telah bersedia dengan bekalan-bekalan yang disediakan? Adakah cukup bekalan yang disediakan? Bagaimanakah keadaan kita semasa dalam alam kubur? Bernasib baik atau sebaliknya?

Hal ini sedikit sebanyak telah menghantui diri sendiri sehingga telah mewujudkan suatu ketakutan yang luar biasa dalam diri. Hal ini ditambah pula dengan penyakit yang dialami yang masih tidak sembuh-sembuh, telah meningkatkan lagi tahap ketakutan dan pada masa yang sama telah mewujudkan satu situasi yang tegang dalam emosi, fikiran serta memberi tekanan kepada diri sendiri.

Namun begitu, ketahanan mental dan fizikal berteraskan ayat-ayat Allah telah berjaya mengatasi masalah tekanan tersebut sehingga dapat kembali mewujudkan satu senario yang aman dan tenang hingga kembali semula kepada keadaan asal. Mengingati mati dapat melembutkan hati, tetapi apabila mengingati kematian itu secara negatif, hal ini akan dapat memberikan kesan negatif kepada diri sendiri.

Apabila kita bergantung sepenuhnya kepada Allah, menyerahkan segala-segalanya kepada Dia, berdoa bersungguh-sungguhnya kepada-Nya, Sesungguhnya Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, akan mengabulkan dan memperkenankan doa kita. Berusaha, berdoa,berserah, bertawakal itulah tanda pergantungan seorang hamba kepada Tuhannya.

"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah, 2:153]

Segala masalah penyakit, rujuklah kepada Allah. Daripada-Nya datang segala kebaikan, dan kejahatan juga tidak berlaku dengan izin Allah. Kita perlu berikhtiar, berusaha dan doa-doa kita yang dimakbulkan dan ada juga yang Allah tangguhkan tetapi semuanya perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas.

Kuasa penyembuhan semuanya dari Allah. Kita sebagai hamba-Nya perlu redha dengan apa yang ditetapkan kerana setiap apa yang diturunkan kepada kita adalah ujian, sama ada kita dapat redha menerima atau tidak, semuanya untuk meningkatkan darjat kita di samping membersihkan dosa-dosa yang dilakukan.

Tidakkah semua ini adalah rezeki dari Allah, dimana Dia sering memberi perhatian kepada kita, tidakkah ini akan membuatkan kita sentiasa ingat pada-Nya? Anggaplah suatu penyakit itu sesuatu yang positif kerana jika kita redha dengan suatu ujian, Allah akan melipat gandakan pahala kita.Semoga anda semua cepat sembuh begitu juga diriku ini.

Adalah diharapkan artikel ini dapat membawa manfaat kepada semua dan marilah kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Kelalaian dan kelekaan terhadap duniawi pasti mewujudkan satu jurang yang besar dalam diri kita sendiri dengan Allah.Semoga artikel ini akan menjadi saksi bagi diriku di akhirat kelak sebagai salah satu medium untuk berdakwah kepada pembaca semua.

Redhalah dengan ujian yang kecil ini kerana ujian itu adalah hadiah dan cinta dari Allah. Bersabarlah dengan penyakit yang menimpa ini dan yakin akan sembuh kerana sesungguhnya kesembuhan itu milik-Nya, tiada apa yang kita cari melainkan dalam kembara hidup ini selain memburu cinta dan rindu-Nya.

Ungkapan syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana penyakit yang ditimpakan kepada diriku tidaklah sehebat penyakit kritikal yang dihidapi oleh insan lain, walaupun kecil, penyakit ini tetap memberi kesan yang kuat terhadap sistem ketahanan fizikal disamping memberi tekanan yang hebat terhadap mentalku. Aku bersyukur aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udaranya yang segar ini. Berusaha, berdoa dan bertawakal itulah kekuatan sebenarnya dalam penyembuhan penyakit ini. Yakin dan positiflah dengan ujian penyakit yang diturunkan kepada kita.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." [Al-Ankabut, 29:2-3]

Akhir kata, jadikan ayat-ayat Allah sebagai peransang dalam meningkatkan motivasi dalaman kita dalam membentuk keperibadian soleh dan solehah.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." [Al-Imran, 3:139]

Sesungguhnya Dialah yang mencipta perasaan cinta dan rindu itu. Semoga Dia yang sangat kita cintai dan kita rindui akan tetap terpahat kukuh dalam jiwa dan sanubari kita. Wallahua'lam.

- Artikel iluvislam.com


LA TAHZAN
Kesulitan-kesulitan adalah ujian Allah Yang Maha Pengasih untuk menghapuskan dosa kita dan Allah Yang Maha Penyayang mahu membersihkan kita dari rasa ujub, riak dan sombong.

Kesulitan-kesulitan itu bermakna Allah Yang Maha Pengampun mahu kita bangun dari kelalaian dan kelakaan kita kepada dunia yang fana ini dan kembali bertaubat, berdoa dan berdzikir, sebagai bekalan dan persiapan kita untuk menyambut jemputan menghadapNya yang semakin dekat menghampiri kita.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Yang Maha Esa memberi kita kesulitan-kesulitan itu sebagai peringatan kepada kita agar tidak terus terlena dengan kemanisan dunia yang hanya sementara. Allah yang Maha Agung masih ingin menyedarkan kita agar tidak terus menerus terlupa mensyukuri nikmatNya yang tiada tara dari hujung rambut ke hujung kaki kita, nikmatNya yang kita nikmati dari pagi hingga ke malam, setiap saat sepanjang hidup kita.....sehingga ke aakhir hayat kita.

Jika kamu menghitung nikmat ALLAH, nescaya kamu tidak akan sanggup menghitungnya.
(QS. Ibrahim: 34)

Dan, Dia menyempurnakan nikmat-NYA kepadamu lahir dan bathin.
(QS. Luqman: 20)

Anda memiliki dua mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.

Maka nikmat RABB kamu yang manakah yang kamu dustakan?
(QS. Ar-Rahman: 13)

Manusia itu selalu lupa mensyukuri apa yang telah tersedia ada di hadapan mata kerana terlalu ghairah menginginkan yang tidak ada.

Dan, pada dirimu sendiri. Maka, apakah kamu tidak memperhatikan.
(QS. Adz-Dzariyat: 21)

Syukurilah nikmat Allah Yang Maha Pemurah pada diri kita, keluarga, rumah, pekerjaan, kesihatan, dan sebagainya yang tidak akan terhitung oleh kita sampai bila-bila. Semuga kita tidak termasuk golongan…

Mereka mengetahui nikmat ALLAH, kemudian mereka mengingkarinya.
(QS. An-Nahl: 83)





Monday 3 December 2012

Dia...Maha Pemurah...

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sollu 'alan Nabi.

Setiap saat, Allah berikan nikmat yang tak terkira kepada kita semua. Setiap saat. Iman, Islam, Nabi Muhammad sebagai ikutan, Al-Quran sebagai petunjuk, udara untuk bernafas, sistem tubuh badan yang berfungsi dengan sempurna, akal fikiran, ucapan, penglihatan, pendengaran, perasaan, alam yang luas terbentang, makanan, minuman, tempat tinggal, keluarga tersayang, rakan-rakan yang baik, semuanya kurniaanMu.. segala-galanya...yang tak mampu dituliskan atau diungkapkan...dengan PERCUMA. Sungguh amat benarlah Allah Maha Pemurah, Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya.

Nikmat mana lagi yang hendak aku dustakan?

Tiada satu pun yang dapat menandingi kemuliaanMu Ya Allah...

Jadikan kami hamba-hambaMu yang bersyukur dalam setiap tarikan nafas kami...

Jadikan kami hamba-hambaMu yang taat beriman dan beribadah kepadaMu...

Saturday 1 December 2012

How Muslims Should Deal With Stress

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sollu 'alan Nabi.

Assalamua'alaikum w.b.t.

Most people will have to deal stress in their life..for me, the major cause of stress is simply because we lack of trust in Allah. Why? Because real Mukmin will never be stressed out. They know that everything comes from Allah and that life is a test. They will accept everything, redha, be patient, and seek the way out with tawakkal, du'a, and solat.

Easier said than done, isn't it..? Well, I believe that each one of us should enhance our faith towards Allah, read and learn the Quran, and follow the Prophet Muhammad S.A.W in dealing with any kind of problem, including stress. Rasulullah SAW, when he had a problem, he would perform the solat and seek for Allah's guidance and help with dzikr (you can search for the dzikr that Rasulullah recite when facing problem in Al-Azkar by Imam Nawawi and etc) and du'a. 

Another thing is, we are easily stressed out due to our love for the world, which is anything that is other than Allah. We tend to remember and think about food, clothes, events, chores, and etc more than we think about Allah. That's why our heart is full of negative things and when facing with problem, the heart is so vulnerable that it will lead to stress. We should have strong connection with Allah, for only He who can solve our problem and soothe our soul.

(أَلَا بِذِكْرِ اللَّـهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
"Verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest." (Quran; 13:28)




So here's a site that tells about how a Muslim should deal with stress and anxiety .

Let's try our best to be calm and have strong faith in Allah, all with His help and guidance. InsyaAllah. 

p/s: istirja', istighfar, wudhuk, say the hauqalah and believe in Allah with all your heart- La haula wala quwwata illa billah, drink green tea, hugging your loved ones, and also the sweet smelling of soothing fragrance like rose or lavender can help to calm you down. Take a deep breathe, return to Allah, and be positive towards life. :)



Friday 16 November 2012

Sunnah Food Smoothie :)

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sollu 'alan Nabi.

Alhamdulillah, today I will share a special smoothie recipe that is based on sunnah food ingredient. I got the recipe from the blog which I cannot remember whom. (",).

Anyway, I have change a little bit here and there. This smoothie is very delicious and nutritious. I always take it in the morning and InsyaAllah it act like a super breakfast. :)

Here's the ingredient :

2 figs (buah tin)
1 date
7 black raisins
3 tablespoon of oat
1 tablespoon of black sesame seed from Biogreen
1 tablespoon of date concentrate (I bought one from a Muslim Shop, and it also contains zam-zam water and honey..Subhanallah..:)) 
1 tablespoon of habbatus sauda oil 
1 cup of fresh milk

Here's how :

Slice the figs, and date. Combine all the ingredients in a blender and blend until the mixture is well combined and have a creamy texture. InsyaAllah.

Ready to be serve. Fast, simple, and the best part is that most of the ingredients are based on the food that Rasulullah S.A.W suggest for his ummah and love! :) 

~try and enjoy~







Wednesday 7 November 2012

Lemahku, HebatMu


Ya Allah...

Dalam kelemahanku, Engkau mengingatkan hanya Engkau Yang Maha Kuasa

Dalam kesedihanku, Engkau mengingatkan bahawa Engkau sentiasa bersama hambaMu

Dalam kesunyianku Engkau menyedarkan aku akan kehadiranMu

Dalam kegelisahanku Engkau mengajarkan bahawa hanya dengan mengingatiMu hati kan menjadi tenang

Dalam kesakitanku Engkau mengingatkan bahawa Engkaulah yang menggenggam jiwa, setiap sel dalam tubuh ini bergerak mematuhi KehendakMu

Dalam segala kekuranganku Engkau menunjukkan bahawa Engkaulah Yang Maha Sempurna

Dalam kecuaianku Engkau menyatakan Engkaulah Yang Maha Agung

Dalam kejahatanku Engkau mengajarkan bahawa Engkaulah Yang Maha Baik

Ya Allah...

Dalam segala hal yang Engkau takdirkan untukku, Engkau menemukanku dengan diriMu yang Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Cinta


Friday 26 October 2012

peringatan buat diriku yang lalai...

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sollu 'alan Nabi.

Bersyukurlah kepada Tuhanmu yang telah memberikan segala-galanya buatmu. Ternyata apa yang diberikan-Nya adalah yang terbaik. Usah menggunakan fikiranmu yanng dangkal dan terbatas dalam menerima ketentuan Tuhan. Gunakanlah mata hati yang jernih, akan tersingkap hikmah yang besar hingga tak terungkapkan. Bersyukur, bersyukur, bersyukur. Teladani Rasulullah yang tetap memuji Allah dalam keadaan senang atau susah, dan lihatlah kepada orang yang lebih susah darimu. Baginda juga menyatakan, urusan seorang Mukmin itu baik semuanya, apabila diberi nikmat, dia bersyukur, dan apabila diberi musibah dia bersabar. Seorang yang mengaku beriman kepada Allah itu sepatutnya tenang dalam apa jua keadaan. Bukan hal luaran yang dipandangnya, tetapi dia memandang terus kepada Allah, Tuhan yang Maha Berkehendak, Maha Mengatur, Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.. Beriman itu mesti lengkap kepada keenam-enam perkara..iman kepada Allah, malaikat, kitab, rasul, hari akhirat dan yang selalu manusia sukar untuk mengimani, iaitu qadha' dan qadar..jika jiwamu masih memberontak dengan keputusan Allah, jika kamu masih bertanya, "Ya Allah, kenapa Kau buat aku macam ni..??"..maka kamu harus risau dengan keadaan imanmu..

Ternyata solusi yang diberi oleh para Nabi dan Rasul adalah kuncinya..sabar, syukur, redha, yakin, tawakkal, pasrah, berserah diri kepada Allah..adalah lebih indah dari dunia dan seisinya..

wallahu a'lam..

DARI ALLAH, KEPADA ALLAH, DENGAN ALLAH, KERANA ALLAH...




Monday 15 October 2012

With You

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sollu 'alan Nabi.

Walking in this strange world,
nothing attracts me.
Being in myself,
I realise, I have no self.
Watching the other,
none of them are true.
But, with YOU,
I have everything and my everything is YOU.


Lord, YOU are my all...:')

~teluki~

Friday 12 October 2012

sajak sang rumi

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sollu 'alan Nabi.

Come, Come, Whoever You Are

Wonderer, worshipper, lover of leaving.
It doesn't matter.
Ours is not a caravan of despair.
Come, even if you have broken your vow

a thousand times
Come, yet again, come, come. 

Any Soul That Drank the Nectar

Any soul that drank the nectar of your passion was lifted.
From that water of life he is in a state of elation.
Death came, smelled me, and sensed your fragrance instead.
From then on, death lost all hope of me.

Be With Those Who Help Your Being

Be with those who help your being.
Don't sit with indifferent people, whose breath
comes cold out of their mouths.
Not these visible forms, your work is deeper.

A chunk of dirt thrown in the air breaks to pieces.
If you don't try to fly,
and so break yourself apart,
you will be broken open by death,
when it's too late for all you could become.

Leaves get yellow. The tree puts out fresh roots
and makes them green.
Why are you so content with a love that turns you yellow? 
~Mewlana Jalaluddin Rumi~


Monday 8 October 2012

jadilah yang indah tapi tersembunyi

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sollu 'alan Nabi.


Wahai wanita yang bergelar Muslimah,
Hati-hati dengan gambar yang kita pamerkan di laman sosial..
dengan penampilan kita di hadapan khayalak.. 
Fitnah yang diterbitkan wanita adalah sangat hebat..telah berapa ramai orang lelaki yang kecundang dalam perjalanan..
janganlah kita yang memulakan fitnah itu..
meruntuhkan nilai agama sendiri dan orang lain..
bantulah diri kita dan orang lain untuk menjadi 'yang menundukkan pandangan dan menjaga kehormatannya..'
yang patuh kepada Tuhannya dan tidak rela mengikuti kehendak nafsu dan manusia..
Latihlah diri supaya mencari redha Allah..
bukannya redha, perhatian, pujian dan penghargaan manusia.
Alangkah ironinya..
Bidadari syurga itu lebih cantik dari seluruh manusia, suaranya teramat merdu dan wanginya semerbak..
namun betapa dirinya amat terjaga, tidak menayangkan keindahannya; kerana indah itu hanya untuk yang teristimewa (suami di syurga), tersembunyi, tidak pernah dilihat atau disentuh oleh sesiapa...
Itulah yang menjadikannya istimewa..ibarat mutiara yang tersimpan rapi..
Cukuplah kemuliaan kita dengan Islam..
Cukuplah kecantikan kita ditatap oleh insan yang halal..
Cukuplah redha Allah..
Soal pada diri..kerana apa..kerana apa aku lakukan dan untuk apa..kerana Allah atau manusia?
Jika kerana selain Allah, maka tinggalkanlah..
kerana sesungguhnya perkara itu sia-sia dan mengundang dosa..
Cukuplah segala kesalahan lalu..
Ayuh..tempuhlah jalan taubat dan menjadi 'bidadari' dunia..
yang indah, tapi tersembunyi.. :)







Sunday 16 September 2012

Pesanan Syaikh Ahmad Yassin

Bismillah.

Sollu 'alan Nabi.


Wahai anak²ku, telah tiba saatnya kalian 1-kembali kpd ALLAH dgn meninggalkan pelbagai keseronokan, kealpaan kehidupan & menyingkirkannya jauh drpd kehidupan kalian.

Telah tiba saatnya kalian 2-bangun & melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya utk kalian 3-menghiasi diri dgn akhlak yg mulia, 4-mengamalkan kandungan al-Quran serta 5-mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kalian wahai anak²ku untuk 6-solat tepat pada waktunya.Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak ² ku, utk 7-mendekat diri kpd sunnah Nabi kalian yg agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kalian 8-menyedari & menghayati makna tanggungjawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dgn meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian utk 9-menghadap ALLAH SWT & memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yg berkat kpd kalian. Aku menyeru kalian supaya 10-menghormati orang yg lebih tua & 11-menyayangi orang yg lebih muda.

Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan² muzik yg melalaikan, melupakan kata² yg menyebutkan cinta kpda manusia & dunia serta menggantikannya dgn kata amal, kerja & zikir kpd ALLAH. Wahai anak²ku, aku amat berharap kalian 12-tidak sibuk dgn muzik & 13-tidak terjerumus ke dlm arus syahwat.

Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kpd ALLAH akan 14-mengenakan hijab secara jujur & betul. Aku meminta kalian berjanji kpd ALLAH bahawa kalian akan 15-mengambil peduli tentang agama & Nabi kalian yg mulia. Jadikanlah ibunda kalian, 16-Khadijah & Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian utk melakukan sesuatu yg boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Kepada semua, aku ingin kalian 17-bersiap sedia utk menghadapi segala sesuatu yg akan datang. 18-Bersiaplah dgn agama & ilmu pengetahuan. Bersiaplah utk belajar & mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dlm kegelapan yg pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik & peralatan elektronik. Latihlah diri kalian utk sementara waktu merasakan kehidupan yg sukar.

Biasakan diri kalian agar dapat 19-melindungi diri & 20-membuat perancangan utk masa depan. Berpeganglah kpda agama kalian. Carilah sebab²nya & tawakal kpd ALLAH.


Saturday 15 September 2012

Wudhuk Muslimah

Bismillah.

Sollu 'alan Nabi.


Disusun oleh: Ummu Ziyad
Muroja’ah: Ust. Aris Munandar


Secara sederhana, wudhu yang sesuai diajarkan Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallamdapat kita lakukan seperti ini:
Pertama, hadirkan niat dalam hatimu untuk berwudhu. Apapun ibadah yang kita lakukan tentu saja hanya kita niatkan untuk ibadah kepada Allah semata. Dan begitu banyak aktifitas harian kita yang dapat kita niatkan untuk ibadah. Nah… untuk semua niat ibadah itu, maka kita tidak perlu melafalkannya (mengeluarkan dengan suara). Apalagi mengkhususkan bacaan tertentu. Karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallamtidak pernah melakukannya.
Kedua, bacalah bismillah.

Ketiga, basuhlah kedua telapak tanganmu 3 kali
.
basuh tangan 3kali
Keempat, berkumur-kumurlah dan masukkan air ke hidung dengan sungguh-sungguh dengan telapak tangan kanan. Kemudian keluarkan air tersebut dengan tangan kiri.
Kelima, basuhlah mukamu. Muka di sini tentu saja bagian yang telah kita kenal, yaitu bagian wajah dari batas telinga kanan ke telinga kiri, dan dari tempat mulai tumbuhnya rambut sampai dagu. Untuk yang telah memiliki suami atau saudara laki-laki, perlu juga diingatkan untuk membasuh jenggot yang ada karena ia juga termasuk sebagai anggota wajah.
Keenam, membasuh tangan dimulai dengan tangan kanan.
Basuhan yang sempurna adalah basuhan yang dimulai dari ujung-ujung jari hingga siku, kemudian menggosok-gosok lengan, membasuh siku dan membersihkan sela-sela jemari. Setelah tangan kanan selesai, baru dilanjutkan membasuh dengan cara yang sama untuk tangan kiri.
Ketujuh, mengusap kepala satu kali.
Kalau anggota wudhu lainnya dianjurkan dibasuh sampai tiga kali, maka bagian ini hanya satu kali usapan (walaupun terkadang kita disarankan mengusapnya 3 kali). Bagian kepala yang dimaksud adalah seluruh rambut kita dan telinga kita. Praktek yang dicontohkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallamadalah membasahi kedua telapak tangan dengan air, kemudian mengusap mulai dari kepala bagian depan, diusap sampai ke belakang, kemudian dibalikkan lagi usapan itu ke depan dan langsung dilanjutkan mengusap telinga dengan cara memasukkan jari telunjuk ke lubang telinga sedangkan ibu jari mengusap daun telinga bagian luar. Bingung? Coba lihat gambar di bawah. Insya Allah mudah.
Kedelapan, membasuh kaki dimulai dari kaki kanan.
Membasuh kaki secara sempurna adalah dengan cara membasuh ujung-ujung jari kaki sampai mata kaki, mencuci mata kaki dan membersihkan sela-sela jari kaki. Setelah selesai membasuh kaki kanan, maka dilanjutkan dengan kaki kiri dengan cara yang sama.
Kemudian kita disunnahkan membaca dzikir setelah wudhu. Ada berbagai macam dzikir setelah wudhu yang dicontohkan Rasulullahshallallahu’alaihi wa sallamyang dapat kita baca. Salah satunya adalah bacaan berikut
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إلَهَ إِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ له وَ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدً عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ
Artinya, “Saya bersaksi bahwa tidak ada tuhan yang layak disembah kecuali Allah yang tidak ada sekutu bagi-Nya dan saya bersaksi pula bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya.”
Selesai.
Mudah bukan? Insya Allah… Kesemua gerakan wudhu tersebut terangkum dalam cara wudhu yang diperlihatkan oleh sahabat Utsman bin Affan radhiallahu ‘anhusebagaimana diceritakan oleh Humran bekas budak beliau,
Utsman bin Affan radhiallahu ‘anhu meminta air wudhu. (Setelah dibawakan), ia berwudhu: Ia mencuci kedua telapak tangannya tiga kali, kemudian berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidungnya, kemudian mencuci wajahnya tiga kali, lalu membasuh tangan kanannya sampai siku tiga kali, kemudian membasuh tangannya yang kiri tiga kali seperti itu juga, kemudian mengusap kepalanya lalu membasuh kakinya yang kanan sampai kedua mata kakinya tiga kali kemudian membasuh yang kiri seperti itu juga. Kemudian mengatakan,
“Saya melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berwudhu seperti wudhuku ini lalu Rasulullah bersabda, ‘Barangsiapa berwudhu seperti wudhuku ini kemudian berdiri dan ruku dua kali dengan sikap tulus ikhlas, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.’” (Muttafaq ‘alaihi)
Jangan lupa ya saudariku, praktekkan ilmu yang singkat namun sangat urgent ini!
Maraji:
  1. Al Wajiz. Syaikh Abdul ‘Azhim bin Badawi. Pustaka As-Sunnah. Cet. 2
  2. Thaharah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Sa’id bin ‘Ali bin Wahf. Media Hidayah. Cet 1 2004
  3. Catatan Kajian Al Wajiz bersama Ustadz Muslam 15 Maret 2004
***
Artikel www.muslimah.or.idIlustrasi oleh: Ummu Ziyad