6 WASIAT SAIDINA UMAR

6 WASIAT SAIDINA UMAR :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Tuesday 20 March 2012

CHECKLIST MUSLIMAH


1.      MENUTUP AURAT
Ø  Aurat adalah bahagian yang wajib ditutup. Terbahagi kepada aurat dalam solat, aurat ketika berhadapan dengan mahram serta bukan mahram.
Ø  Aurat dalam solat adalah sama dengan aurat apabila berhadapan dengan bukan mahram: Seluruh bahagian badan kecuali muka dan tapak tangan. Maka, pakaian yang tidak boleh dibawa bersolat adalah dikira masih belum menutup aurat.
”Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ø  Mahram adalah ayah, ayah mertua, anak lelaki, anak tiri lelaki, adik-beradik lelaki, anak saudara lelaki, pakcik, saudara susuan, sesama wanita muslimah, sahaya yang dimiliki, pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap perempuan dan anak kecil yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Aurat: dari pusat hingga lutut.
Ø  Tiada batasan aurat dengan suami.
Ø  Syarat pakaian :

  1. Menutup seluruh badan, selain yang dikecualikan.
  2. Tidak ada hiasan pada pakaian itu sendiri. Firman Allah, “Janganlah kamu berhias dan    bertingkah  laku seperti orang-orang jahiliyah dahulu.” (Al-Ahzab: 33)
  3. Kain yang tebal tidak tembus pandang; menutup warna kulit; tidak jarang.
  4. Longgar, tidak ketat.
  5.  Tidak menyerupai pakaian orang lelaki.
  6.  Tidak menyerupai pakaian orang kafir.
  7. Pakaian yang tidak melambangkan kebesaran atau kemegahan. Kata Syaukani dalam Nailul Awthar, "Tiap-tiap pakaian yang disengajakan memakainya untuk menunjukkan kebesaran/kemasyhuran di tengah-tengah orang ramai, baik pakaian indah untuk menunjukkan kemegahan dan kekayaan di dunia/ pakaian buruk untuk menujukkan zuhud dan kerana riya'.

2.      MENUNDUKKAN PANDANGAN
Ø  Allah memerintahkan lelaki dan perempuan untuk menundukkan pandangan mereka sebagaimana dalam firmanNya;
 “Katakanlah kepada lelaki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (an-Nuur:30), “Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur:31).
Ø  Menjaga pandangan bermaksud tidak melihat perkara yang haram. Lelaki haram melihat perempuan yang bukan mahram mereka dan sebaliknya.

3.      MEMELIHARA KEHORMATAN

Ø  Tidak berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata: Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda; Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali dengan mahramnya. (HR Bukhari & Muslim).  
Ø  Tidak menyentuh kaum yang berlawanan jenis.
“Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hadis Hasan riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)
Dari Aishah berkata; “Demi Allah, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat.” (Hadis Riwayat Bukhari)


Dari Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya Allah menetapkan untuk anak Adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan/ mendustakan semuanya." (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)


Firman Allah; 'Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.' (al-Isra: 32)    



4.      TIDAK TABARRUJ (BERHIAS YANG MENARIK PERHATIAN)
Ø  Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu dibahagian muka atau di anggota-anggota badan. Al Bukhari Rahmatullahi ‘Alaihi ada berkata :
“ Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.”

Ø  Berhias yang dilarang:
a)      Mengikir Gigi
-’Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.’ (Riwayat At-Thabrani)
-”Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah”(Riwayat Bukhari dan Muslim).



b)       Mencukur Bulu Kening
-Menurut Bukhari, “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

c)      Menghentakkan kaki bagi menunjuk perhiasan yang disembunyikan 
-”Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki. Juga haram memukulkan kaki yang terpasang gelang agar diketahui orang perhiasan yang tersembunyi di dalamnya.

d)      Menyambung rambut
Dari Asma ra berkata, “Seorang wanita datang kepada Nabi Muhammad saw untuk bertanya, “Ya Rasulullah, aku mempunyai seorang anak perempuan yang akan kawin. Ia ditimpa penyakit campak sehingga rambutnya rontok. Apakah aku boleh menyambung rambutnya?” Rasulullah saw menjawab, “Allah melaknat orang yang menyambung rambutnya dan yang meminta disambung (minta disanggul).” (Muttafaq alaihi)


e)   Bertatu 


5.      TIDAK MELUNAKKAN SUARA/UCAPAN/PERCAKAPAN

Ø  Seorang wanita dilarang melunakkan ucapan ketika berbicara selain kepada suaminya.
 Firman Allah; “ Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita lain sekiranya kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.” (Al-Ahzaab: 32)

6.      HARAM BERWANGI-WANGIAN
Ø  "Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina" (Abu Dawud, Tirmidzi)
Ø  Nabi s.a.w bersabda "Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut)." (Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)
Ø  Boleh memakai wangi-wangian sekadarnya bagi menutup bau badan tetapi jangan sampai tercium oleh orang yang bukan mahramnya. Sunat berwangi-wangian untuk solat dan beribadah di rumahnya.

7.      MINTA IZIN SUAMI
Ø  Isteri wajib meminta izin dari suami untuk pergi ke mana pun, dalam rangka taat kepada suami.


8.      KELUAR BERSAMA MAHRAM
Ø  Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W bersabda; “Tidak halal bagi seorang perempuan berjalan sendirian sehari semalam, melainkan harus bersama-sama dengan mahramnya.” (Muttafaqun ‘Alaih)

9.      KELUAR RUMAH ATAS URUSAN PENTING
Ø  Muslimah dibenarkan keluar rumah atas urusan yang tidak dapat dielakkan, bukan untuk bersuka-suka atau membuang masa di tempat yang tidak sepatutnya, namun wajib menjaga adab dan maruah ketika keluar.
Ø  Daripada Aisyah r.ha. Rasulullah S.A.W bersabda; “Sesungguhnya telah diizinkan kepada engkau untuk keluar rumah bagi memenuhi keperluanmu.”

      Moga kita diberi kekuatan oleh Allah untuk mematuhi perintahNya. Ini hanyalah senarai yang mampu dikumpulkan ( masih banyak lagi ilmu, hukum dan huraian yang berkaitan dengan hal ehwal muslimah). Diharap sahabat-sahabat dapat membuat rujukan dari sumber sahih yang lain; kitab feqah, kuliah ilmu, bertanya pada golongan yang ahli dsb untuk mendalami dan lebih faham tentang perkara-perkara yang disebutkan di atas, terutamanya tentang aurat, perhiasan, tabarruj dan wangi-wangian. Amalan perlulah berlandaskan ilmu. Mari beramal kerana Allah. InsyaAllah. :)

No comments:

Post a Comment