6 WASIAT SAIDINA UMAR

6 WASIAT SAIDINA UMAR :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Friday 16 March 2012

MENANGIS TAK BERLAGU

Bismillah.

Sollu 'alan Nabi.

Assalamualaikum..

Just a quick sharing. Mengenai rasa kesal atas perbuatan yang Allah tak redha. Alhamdulillah, it's a good thing. Sebab Allah dah campakkan sinar keinsafan dalam jiwa. Tak nak buat hal-hal yang Allah tak suka. Mudah-mudahan Allah terima taubat kita. Amiin..

Dari Abu Hurairah ra, ia menuturkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Setelah menciptakan makhluk, Allah menulis pada suatu kitab yang terletak di sisiNya di atas Arasy, 'Sesungguhnya rahmat-Ku mengalahkan murka-Ku.'" (Muttafaq alaih)

Sebab itu mengapa kita dituntut untuk menuntut ilmu. Terutamanya mengenai syariat. Biar jelas mengenai halal haram. Lepas dah tahu, aturlah langkah untuk bertindak mengikut ilmu itu. Kalau tahu sesuatu perkara itu salah, tapi masih dibuat dek kerana mengikut hawa nafsu dan pujukan 'musuh sejati', hal itu mendatangkan dosa dan impak yang buruk kepada jiwa dan masa depan kita di akhirat bahkan di dunia. Namun, jangan dilupa, jika sudah terjebak melakukannya, yakinlah Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. Hanya kepada Dia kita berharap.

"Sesungguhnya tidak berputus asa dengan rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (QS. Yuusuf:87)

Kawan-kawan yang disayangi, tabahkan hati. Kuatkan tekad dan semangat untuk berjihad melawan hawa nafsu. Jika kita tahu betapa ruginya membuat perkara yang Allah benci, maka kita sekali-kali tak akan tunduk kepada perkara itu. Jadikan pegangan utama kita Al-Quran & Hadis. Buat apa-apa sekalipun, bahkan dalam sekecil-kecil perkara seperti hendak buang air dan masuk tidur, ikutlah acuan agama Islam.

Pesanan untuk diri sendiri & semua: Sila amalkan ilmu agama dengan ikhlas dan istiqamah. Ilmu tanpa amal ibarat pohon tak berbuah. Jangan sampai menangis tak berlagu...

"Aku menyesal!!!!"


Allahuakbar...

al faqirah ila rahmatillah.

No comments:

Post a Comment