6 WASIAT SAIDINA UMAR

6 WASIAT SAIDINA UMAR :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Friday 9 March 2012

Ayuh Jaga Hati!

Bila cemburu menggamit rasa,
melihat orang yang lebih berjaya,
kaya berharta,
atau cantik mempesona,
Istighfarlah kepada Allah..
apakah kamu tidak mahu menjadi orang yang bersyukur?
Pandanglah pada mereka yang lebih susah,
Lihatlah pada mereka yang menderita,
Syukurlah dengan apa yang ada...
Zuhudlah..Qana'ahlah..
kerana segala-galanya adalah dari Allah.
Boleh jadi apa yang kamu suka itu tidak baik untukmu..
Tenangkan hatimu dengan firmanNya..

Bila marah menguasai perasaanmu,
bila benci dan dendam bertakhta di dadamu,
Istighfarlah...
apakah kamu ingin mengikut jejak langkah musuhmu yang nyata?
mencampakkan diri sendiri ke dalam api yang menyala?
Berwudhuklah..Tenanglah..Duduklah..
Sabarlah..
Kerana perkara yang kamu sesalkan itu bukanlah segala-galanya.
Lihatlah pada Sang maha Kuasa,
sedia memaafkan hamba yang berdosa,
asalkan merendahkan diri dan bertaubat nasuha,
adakah kamu punya kuasa untuk marah sedangkan kamu pada hakikatnya tidak punya apa-apa.

Bila perasaan riak, angkuh, dan sombong menular di hatimu,
dengan kelebihan yang engkau ada,
kepandaian, kecantikan, harta, pengaruh dan segala yang disangka berharga,
Istighfarlah..Bersujudlah..
adakah engkau sanggup memakai 'pakaian' Allah?
Hanya Dia yang berhak untuk berasa bangga,
kerna memang Dia-lah Yang Maha Besar lagi Maha Kuasa,
Tiada yang lain selainNya.
Tawadhuklah..
Segalanya itu hanya pinjaman dan ujian untukmu,
bukanlah milikmu yang nyata.

Bila kamu kedekut untuk memberi pada orang yang memerlukan,
disangka orang itu hanya mengambil kesempatan ke atas dirimu,
Istighfarlah..
Itu tandanya kamu masih bakhil dengan harta yang dititipkan oleh Allah kepadamu.
Hakikatnya setiap amanah itu ada haknya.
Hak untuk memberi..
kepada anak yatim, fakir, kerabat dan janda..
Bersedekahlah..
kamu tidak akan rugi di dunia,
bahkan untung di akhirat sana.

Ayuhlah jaga hati..
sementara masih ada waktu di dunia ini..
Muhasabahlah diri,
Istighfar setiap hari..
Ingatlah akhirat dan mati,
Berpegang teguhlah dengan Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad S.A.W,
Moga kita selamat dunia dan akhirat nanti..

InsyaAllah.
Sesungguhnya janji Allah itu benar. Setiap perbuatan pasti akan dibalas. Allah Maha Melihat, Maha Adil..:)





No comments:

Post a Comment