6 WASIAT SAIDINA UMAR

6 WASIAT SAIDINA UMAR :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Thursday 8 March 2012

Lillahi Ta'ala

Bismillahirrahmanirrahim .

Dipetik dari kitab Riyadhus Salihin karya Imam Nawawi berkenaan dengan perkara yang paling basic yakni


Ikhlas, menghadirkan niat dalam semua tindakan, ucapan, dan perilaku yang nampak mahupun yang samar.


"Katakanlah, 'jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menampakkannya,pasti Allah mengetahuinya." (QS. Ali Imran:29)

Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya semua amal itu tergantung dari niatnya, dan sesungguhnya apa yang diperoleh seseorang adalah sesuai dengan apa yang diniatkannya. Siapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya itu akan diterima oleh Allah dan Rasul-Nya., dan siapa yang hijrahnya kerana mencari dunia atau kerana wanita yang akan dinikahinya maka hijrahnya hanya memperoleh apa yang diniatkankannya dalam hijrahnya itu"  (HR. Mutafaq Alaihi)


Dari Abu Hurairah Abdurrahman bin Shakhar ra, ia bertutur bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya Allah  tidak melihat fisik dan rupamu. Tetapi Dia melihat amal-amal dan hatimu." (HR. Muslim)

    Ada banyak lagi hadis dan ayat Al-Quran yang menerangkan perihal pentingnya mengikhlaskan hati semata-mata kerana Allah. Jadi, sebagai hamba Allah yang lemah lagi hina, kita mesti berusaha sedaya upaya untuk buat sesuatu dengan niat ikhlas kerana Allah. Bahkan kita tak ada daya upaya melainkan dengan izin Allah. Segala apa yang kita buat adalah atas izin Allah, jadi atas alasan apa kita nak buat benda yang ditujukan untuk selain Dia?

 Mungkin, kita akan ditarbiah oleh Allah dengan cara yang kita mungkin tak sedari, contohnya, masa buat sesuatu kerja tu rasa macam malas dan sering mengeluh, mengharap ada orang yang puji kita, sedih/marah bersangatan bila orang kutuk hasil kerja kita, atau mungkin juga timbul perasaan riak bila buat kerja yang bukan semua orang mampu buat. Itu mungkin tandanya kita belum betul-betul ikhlas kerana Allah. Apa yang boleh kita buat adalah mohon pertolongan dari Allah, muhasabah, check balik niat, zikrullah dan kuatkan semangat untuk jihad melawan hawa nafsu. InsyaAllah. :)


Yakinlah,

 "Apa pun (kenikmatan) yang diberikan kepadamu, maka itu adalah kesenangan hidup di dunia. Sedangkan apa (kenikmatan) yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal." (Surah asy-Syura:36)


"Dia-lah yang hidup kekal, tidak ada tuhan selain Dia; maka sembahlah Dia dengan tulus ikhlas beragama kepadaNya. Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam." (Surah Ghafir:65)


No comments:

Post a Comment