6 WASIAT SAIDINA UMAR

6 WASIAT SAIDINA UMAR :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Friday 1 November 2013

Mengingati Mati

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sollu 'alan Nabi.

Saat itu pasti kan hadir.
Entah esok lusa, atau sesaat lagi.
Pemutus kenikmatan duniawi dan pelebur ego diri.

Takkan terlewat atau dipercepat walau satu saat.
Kerna waktunya telah pasti.
"Oh, andai dapat ditebus semua kesalahan dan dibanyakkan amalan!"
Jerit batin mereka yang berada di ambang sakaratul maut.

Tidak! Masamu telah tamat!
Renungan tajam sang Izrail sungguh menghampakan.
Sungguh merugi jiwa yang mensia-siakan umur di dunia.
Mengabaikan perintah dan berbuat jahat sesama manusia.

Sungguh malang dan bodoh dirimu..
andai terus hanyut dalam kelalaian dunia.
Ayuh kita kembali menginsafi diri.
Kembali kepada Allah, 
Islam sebagai cara hidup.
Bertaubat dan beramal soleh.

Cukuplah segala kezaliman yang telah dilakukan,
kerna waktu kita hampir tamat.
Mungkin sebentar saja lagi...