6 WASIAT SAIDINA UMAR
6 WASIAT SAIDINA UMAR :
1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.
2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.
3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.
4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.
5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.
6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.
Tuesday, 12 February 2013
Pelajaran Daripada Allah
Sollu 'alan Nabi.
Alhamdulillah..masih diberi izin oleh Allah untuk hidup hingga ke saat ini. Sepanjang usia perkahwinan selama setahun setengah ni, macam-macam perkara yang Allah ajar..Allah ajarkan cara untuk jadi isteri, jiran, anak, masyarakat dan seorang muslimah yang baik..memang belum mampu nak jadi betul-betul baik dan solehah, tapi kita belajar sikit2 dari kesalahan dan pengalaman..
Walau dalam apa pun situasi, yang paling obvious adalah Allah nak tunjukkan tentang diri Dia. Cuba perhatikan dalam-dalam. Bila Allah timpakan kesusahan atau keresahan hati..tiada jalan keluar selain dari memohon pertolongan kepada Allah..kembali kepada Allah..kita cuma perlu yakin dengan Allah..padamkan segala sesuatu dari selain Allah..rasakan kehadiran Allah dalam hati kita..bukan akal kita yang berfikir, bukan jasad kita yang melakukan..segala gerak dan diam kita adalah dengan izin Allah..Serahkan diri kepada Allah..pada saat itu, kita akan sedar, bahawa hanya Allah Yang Berkuasa. Bukan lagi dengan sekadar tahu atau beramal tetapi timbul perasaan membanggakan diri sendiri- 'diri aku yang melakukan ini dan itu, aku yang pandai, aku tahu ini dan itu..' ..kita tak ada apa-apa sebenarnya..bangkitkan kesedaran keTuhanan, hapuskan kesedaran keegoan..
InsyaAllah, bila kita serahkan diri kepada Allah, segala masalah tadi menjadi kecil..dan yang nyata hanyalah Allah..Maha Suci Allah..kita baca pula ayat Al-Quran, bukankah di dalamnya Allah ingin menyatakan tentang wujudnya Dia, segala ciptaan-Nya adalah menunjukkan adanya Pencipta, segala hukuman dan ganjaran menunjukkan adanya Dia yang Maha Membuat Peraturan..semua yang ada di langit dan di bumi tunduk kepada-Nya..namun, kita manusia yang sombong dan susah hendak bersyukur, sering lupa untuk menyedari hakikat ini..selalu leka dengan selain Allah..oleh itu, Allah yang Maha Hebat mengajarkan kita supaya tetap sedar diri bahawa kita adalah hamba-Nya, kita akan kembali kepada-Nya dan akan dinilai di di hadapan-Nya di akhirat kelak..ke mana lagi kita hendak pergi..?
Allah ajarkan, supaya tetap mengingat dan mengagungkan-Nya dengan bersungguh-sungguh. Walaupun banyak ranjaunya, InsyaAllah pertolongan Allah pasti akan tiba..jom kita latih diri kita supaya 'melihat' Allah dalam segala hal..bila dapat nikmat, bersyukur dan gunakan ke arah yang diredhainya..musibah, bersabar dan cari jalan keluar dengan memohon panduan dari-Nya, serta sentiasa bertaubat dan perbetulkan kesalahan diri. Sungguh, saya bukanlah orang yang layak untuk menasihati orang lain melainkan coretan ini adalah khusus untuk peringatan kepada diri sendiri..kaitkan apa yang berlaku di sekeliling kita dengan Allah, InsyaAllah, kita akan dapat pelajaran dan hikmah yang berguna untuk mendekatkan diri kepada-Nya setiap hari..Dia-lah yang memegang hati, Dia-lah yang Maha Mengenal, Dia-lah Yang Maha Memberi Petunjuk.
Dari Allah, kepada Allah, dengan Allah, kerana Allah.
No comments:
Post a Comment