Sollu 'alan Nabi.
Alhamdulillah, hari ni Allah gerakkan untuk berkongsi cerita tentang majlis ilmu. Sesungguhnya, diri ini tersangat kerdil dan masih terlalu banyak kelemahan dan ceteknya ilmu agama. Namun, Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang..tidak dibiarkannya hamba-Nya ini terkontang-kanting tanpa arah. Dilorongkan-Nya untuk menikmati kemanisan berada di dalam majlis yang mendapat hamparan sayap malaikat..antara taman syurga di dunia..iaitu majlis ilmu..:)
Terima kasih ya Allah atas kurniaan-Mu. Keutamaan majlis ilmu memang terlalu banyak. Boleh tengok di sini. Dan keutamaan masjid, saya syorkan kalian membaca buku tulisan Ustaz Gunawan iaitu masjid itu hidupku.
Alhamdulillah..biasanya majlis ilmu/ ceramah/ tazkirah ini diadakan di masjid/ surau. Selalunya ustaz akan menyampaikan ilmu antara waktu maghrib dan isyak. Ada juga kuliah yang disampaikan selepas Subuh, Isyak dan Dhuha. Dalam tempoh lebih kurang sejam itulah jiwa yang kosong akan terisi, hati yang lalai akan insaf, diri yang dahagakan ilmu akan diisi dengan hikmah serta kebahagiaan, dan semangat yang luntur dikuatkan kembali..biiznillah..
Di sini saya kongsikan pengajaran yang Allah kurniakan buat saya dan suami melalui manusia-manusia yang dijumpai di masjid dan dalam majlis ilmu..:
1) Kisah seorang pakcik. Beliau mungkin berumur dalam hujung 60-an. Kakinya membengkak akibat penyakit gout..nak jalan pun sangat susah..menapak sikit-sikit..namun, beliau istiqamah solat jemaah di masjid dengan berjalan kaki dari rumah ke masjid yang agak jauh..
2) Kisah seorang lelaki 40-an yang kelainan upaya. Kakinya lumpuh. Setiap kali masuk waktu solat, beliau akan memandu ke masjid dan akan menggunakan skateboard untuk bergerak mengambil wudhuk dan solat dalam keadaan duduk. Allah...
3) Seorang nenek yang berusia hampir 90 tahun. Beliau seorang guru mengaji pada usia mudanya. Hingga sekarang, matanya terang..beliau masih setia membaca Al-Quran..paling menarik pada waktu bulan Ramadhan, semua orang dah standby duduk keliling talam untuk berbuka..tapi nenek tu masih di tempat solat dan tetap maintain baca Al-Quran, dan dia hanya berbuka puasa dengan nestum.
4) Ibu yang sedang sarat mengandung..namun tetap istiqamah ke majlis ilmu..malah turut menghidupkan qiyamullail di surau jam 4 pagi (bulan Ramadhan)..cuaca begitu sejuk..namun, melihat semangatnya..saya sendiri pun jadi malu..Sungguh, Allah telah mengurniakan kebaikan buat diri dan anak dalam kandungannya..
5) Seorang janda yang kematian suami..(allahyarham suaminya merupakan teman sekerja suami saya)..pada waktu suaminya masih ada, mereka sekeluarga memang istiqamah ke majlis ilmu..lalu setelah pemergiannya, si isteri meneruskan tarbiah daripada suami dengan membawa anak-anaknya ke masjid..walau suami sudah tiada, beliau tetap berusaha menjadi wanita solehah..Subhanallah..
6) Seorang nenek yang istiqamah ke majlis ilmu. Beliau solat duduk dengan menggunakan kerusi sebab kaki dah tak kuat..kalau kita dah tua nanti mampukah kita buat macam tu..? (kalau panjang umur la kan..)
7) Kanak-kanak yang telah dibiasakan dengan aktiviti di masjid. Umur dalam 5-8 tahun, tapi sudah pandai solat tahiyyatul masjid dan solat sunat yang lain..MasyaAllah..
8) Ibu-ibu yang mempunyai anak kecil 1-4 tahun dan juga bayi..tidak mahu ketinggalan dalam mengejar kebaikan..waktu solat, ada yang meletakkan anak di sisinya, ada yang dukung, dan ada yang meminta tolong dari teman yang uzur untuk memegang bayinya..bertuah sungguh anak-anak ini..kecil-kecil lagi sudah diajar untuk mencintai masjid, ilmu, dan orang soleh..:)
Banyak lagi yang saya tak mampu ceritakan di sini..dan saya pasti ramai juga di luar sana yang telah mengambil ibrah dari masjid dan majlis ilmu..Subhanallah..moga kita semua dianugerahkan dengan taufiq dan hidayah untuk istiqamah ke masjid (terutama kaum lelaki) dan majlis ilmu, dan dalam semua kebaikan lainnya..InsyaAllah..Amin..
No comments:
Post a Comment