6 WASIAT SAIDINA UMAR

6 WASIAT SAIDINA UMAR :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Sunday, 17 February 2013

Dialog 2 Jiwa

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.

Suatu hari saat si A dan si B sedang menghabiskan sisa-sisa makanan mereka, nasi lauk ikan siakap masak tiga rasa, mereka berbual-bual...



A : "Tadi Alhamdulillah seronok betul dengar ceramah ustaz..Tak ada ruang untuk saya tidak fokus..." ucap A sambil tangannya mencubit isi ikan siakap di pinggan.

B : "Hmmm..a'a..tapi kenapa?"

A: "Tadi ustaz cerita pasal apa?" disoalnya B kembali. Ingin menguji.

B: "Pasal Allah. Orang yang dah kenal Allah tak perlukan dalil untuk bukti wujudnya Allah. Bahkan, seluruh alam ini wujud sebab Allah wujud..tapi orang yang belum kenal, akan mencari-cari dalil dari alam untuk meyakini Allah itu ada.."

A : "Ha.." balas si A sambil menguntum senyum.

B : "Tapi kan, kenapa kadang-kadang senang je rasa Allah tu ada..saya tak perlu berusaha keras pun, seolah-olah ada rasa kasih sayang Allah mengalir dalam diri saya..kadang-kadang bila usaha sungguh-sungguh, makin serabut..hilang fokus..nampak makhluk, bukannya Allah..?"

A :  "Hmm..kenapa boleh jadi macam tu? Ada apa dalam dirimu?..kamu ni banyak sangat fikir..kita perlu tenang.."

B : "Err..kenapa dengan diri saya? Maksudnya hati saya masih belum bersih dari selain Allah? Saya akui saya memang banyak berfikir.."

A : "Ia sangat berkait dengan apa yang ada kat dalam kita..di sini (sambil menunjukkan letaknya hati), dan di sini (mengisyaratkan di kepala)."

B : "Oh..tapi..macam mana nak hilangkan rasa tu..takkan tak boleh fikir.."

A : "Lepaskan..jangan letakkan diri kita yang berfikir..contohnya begini : kalau kita kata mata kita yang melihat, kita salah..sebab Allah yang bagi kita mampu untuk melihat..ada orang yang punya mata, tapi tidak dapat melihat..bila kita yakin salah satu, iaitu samada Allah yang mendayakan atau diri kita..salah satunya lagi akan lenyap..memang kita perlu berfikir, tapi di saat kita berfikir itu, di mana keyakinan kita..pada Allah atau diri sendiri?.."

B : "Maksudnya, kalau kita yakin Allah yang bagi kita lihat, kita tak rasa mata kita yang melihat?"

A : "Ye..kita akan sentiasa berada di antara dua keadaan itu..terpulang pada kita mahu meletakkan diri kita dalam keadaan yang mana..yang mendayakan, atau yang didayakan oleh Allah."

B : "Oh..lagi?"

A : "Jangan letakkan fikiran kita mendahului Allah..bahkan apa sekalipun..letakkan Allah di hadapan..sebenarnya kita dah selalu praktik benda ni..kita tak perlu fikir dengan over..tapi kita digerakkan secara automatik..contohnya, kita makan ikan ni..(sambil memegang bahagian ekor ikan siakap yang dah tinggal tulang dengan cebisan isinya masih ada)..ada ke kita fikir- aku nak makan ikan ni, tapi kena hati-hati, aku kena pegang bahagian yang tak banyak tulang supaya jariku tak luka, dan aku mesti gigit bahagian yang ada isi ni..tak ada kan? kita ambil ikan ni, terus gigit je..tapi kita dah tahu nak adjust macam mana sebab kita 'rasa'.."

B : "Hehe..tapi, kita dah biasa buat macam tu..dengan Allah kita belum praktikkan macam tu..tu sebab susah nak 'feel'..

A : "Aik..kenapa timbul perkataan biasa tak biasa tu..kita lebih biasa dengan yang mana..? Dengan Allah atau tulang ikan? Kita tak sentiasa ada dengan tulang ikan ni..(sambil mencampakkan tulang ikan itu ke pinggan), tapi dengan Allah? Cuba apply keadaan tu..cuba rasakan..rasakan kita memang sentiasa dengan Allah..tanpa perlu dipaksa..yang penting lepaskan diri kita..kembali pada Allah.."

B terdiam. Kali ini soalan si A betul-betul mengenai batang hidungnya. Ya, manusia tak penah terpisah daripada Allah. Sejak dari alam roh, ke alam rahim, dunia, barzakh dan akhirat. Tiada sedetik waktu pun manusia ada tanpa Allah. Allah terlalu dekat sampai manusia tak 'nampak' Allah. Terhijab oleh dosa, nafsu, hati yang kotor dan makhluk. Manusia lebih sibuk dengan ciptaan, bukan Pencipta. Sepatutnya kita 'melihat' Allah lebih jelas dari segala sesuatu, 'rasakan' hadirnya Allah lebih dari segala sesuatu..Ya Allah maafkanlah hamba-Mu..

A : "Tu sebab, kita kena sentiasa kumpulkan kebesaran-kebesaran Allah, lepaskan diri kita kepada Allah..InsyaAllah, lama-lama nanti kita akan biasa..dan kita akan selalu 'merasakan' Allah.."

B tak mampu untuk ucapkan apa-apa lagi. Dia hanya melihat si A dengan tenang menghabiskan makanannya. Namun yang pasti, si B telah mendapat jawapan daripada Allah melalui temannya si A. Alhamdulillah.








No comments:

Post a Comment