6 WASIAT SAIDINA UMAR

6 WASIAT SAIDINA UMAR :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Monday 13 February 2012

NUR BUAT MARYAM (4)

Maryam merasakan ada sesuatu yang mengganjal di dalam dadanya. Sesuatu yang seolah-olah 'tidak lepas'. Sesuatu yang menghalang dirinya dari mengecapi hakikat sebenar hidup.

"Apa kena dengan aku ni.. serba tak kena je.." keluh Maryam. Hatinya tidak merasakan ketenangan. Hubungannya dengan Haidar juga tidak mampu memberikannya kebahagiaan hakiki. Rasa cintanya buat Haidar seolah-olah pudar. Apatah lagi setelah melihat dengan mata kepalanya sendiri adegan Haidar yang gemar melayan perempuan atau dalam istilah lainnya 'gatal'. Haidar gemar merenung perempuan yang manis dan cantik-cantik, dan bersikap mesra dengan mereka. Hal itu membuatkan Maryam tawar hati. Ada sesuatu yang dia 'hilang'..Ada sesuatu yang perlu dia cari..

Maryam keluar dari biliknya untuk ambil angin. Dia terlihat kelibat Dhia yang sedang 'bergayut' menggunakan handphone. Maryam mengangkat kening lalu bersuara perlahan, "Siapa?" Dhia yang sedang tersengih-sengih lantas menjawab dengan gembira, "Boyfren aku..Taufik.." Senyumannya kian meleret.Tangannya mengisyaratkan supaya Maryam pergi dari situ supaya dia tak merasa terganggu. Maryam mencebik.

Dalam hatinya mengomel, "Eleh, macam la best sangat..". Entah kenapa, dia merasa tidak suka dengan istilah 'boy friend' itu. Seolah-olah itu adalah hal yang dibencinya. Hatinya sayu sekali. Dirasakan dia telah melakukan perbuatan yang tidak berfaedah selama hidupnya. Sia-sia. Fikirannya melayang jauh mengingat hari-hari lalu. Ponteng kelas, main-main, mengumpat, menyakiti hati orang secara sengaja atau tidak sengaja dengan lisannya, keburukan hati dan fikirannya, sangkaan-sangkaannya, bermalas-malasan dalam mematuhi perintah Allah dan ibu bapanya, tidak sempurna dalam menutup aurat, dan terbaru, dia sibuk melayan cinta dengan lelaki yang haram buatnya, yang belum tentu menjadi suaminya. Astaghfirullahal 'Aziim..!

Maryam berjalan lagi, menuju ke padang tempat para pelajar beriadah. Namun matanya bukanlah tertumpu kepada pelajar yang berjogging di situ. Maryam mendongak ke atas, memerhatikan langit indah yang terbentang luas. Tanpa penyangga, tanpa tiang, langit tetap teguh di atas sana memayungi bumi. Subhanallah! Tiba-tiba hati Maryam terasa bergoncang atas kesedaran akan kebesaran Allah. Badannya menggigil kesejukan, jiwanya dirasakan seolah-olah terbang menelusuri langit, tertarik oleh suatu kuasa yang sangat hebat. Maryam tidak dapat menahan kesyahduan hatinya akan betapa rahmat dan kasihnya Allah kepadanya sedangkan dia sering saja berbuat dosa dan maksiat. Tanpa ditahan, air matanya deras mengalir. Maryam terisak-isak tanpa kawalan, dia segera teringat akan segala perbuatan dosa yang seakan ditayang semula di hadapannya. Maryam meratap, dia hampir terduduk. Jiwanya bagai disentap-sentap, dia sudah tidak peduli lagi dengan kelibat orang di sekelilingnya. Tiba-tiba Maryam menjerit "Allaaaaaahhhh!!!" lalu jatuh pengsan.

TO BE CONTINUED...

No comments:

Post a Comment