6 WASIAT SAIDINA UMAR

6 WASIAT SAIDINA UMAR :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Tuesday 31 January 2012

NUR BUAT MARYAM (3)

Haidar dan Maryam seringkali berbalas SMS, dan diselangi dengan panggilan telefon. Rasa suka, rindu, dan sayang di hati masing-masing dicurahkan hingga akhirnya mereka tekad untuk menjadi sepasang kekasih. Istilah yang popular yakni 'couple'. Walhal jelas di dalam agama Islam, untuk tidak mendekati zina. Ber'couple' itu sudah semestinya membuatkan pelakunya sedang menghampiri zina. Na'uzubillah.

Maryam berasa gembira dengan kehadiran Haidar. Dirasakannya ada seseorang yang mengambil berat tentang dirinya, menyayanginya, dan menghibur hatinya kala sepi. Hati seorang perempuan memang sentiasa inginkan curahan kasih sayang, namun amat dikesalkan apabila mereka lebih gemar menumpang kasih dari orang yang haram buat mereka. Itu bukanlah satu keberuntungan, tetapi satu kerugian besar. Dosa dan pelanggaran syariat sanggup dilakukan demi sebuah hubungan yang disangkanya cinta hakikatnya nafsu.

Suatu petang, Maryam dan Haidar pergi ke pasar malam yang berdekatan dengan tempat mereka belajar.

"Mar, awak ambik la apa yang awak nak..saya belanja." ucap Haidar seraya ingin membuktikan kasihnya pada Maryam. Walhal duit yang diberikan oleh ayahnya itu bukanlah bagi tujuan untuk belanja 'girlfriend' atau untuk hal-hal yang membazir dan tidak mengundang barakah.

"Yeke ni..hehe..OK..saya nak beli yong tau fu kat sana tu.." balas Maryam, gembira bila dapat makan 'free'.

Tatkala melewati jalan untuk ke gerai yan menjual yong tau fu itu, mata Maryam terhenti pada seorang lelaki yang agak tua, sedang meminta sedekah. Kakinya kudung, hanya ,mampu mengengsot dari satu tempat ke tempat yang lain. Sebuah bekas diletakkan di hadapannya. Maryam menjenguk ke dalam bekas itu, tak banyak jumlahnya. Hanya ada beberapa helai duit kertas seringgit dan beberapa keping syiling.

 "Kesiannya pakcik ni.." hati Maryam berbisik. Dia memang berasa simpati. Namun, tidak sampai untuk bersedekah. "Nak bagi ke tak ek duit kat dia..emm..tak pe kot..lagipun aku nak bajet duit untuk bulan ni.." Maryam mengira-ngira lagi di dalam hati. Nafsu yang cintakan dunia membuatkan mata hati dan anggotanya buta untuk memberi kepada orang yang lebih memerlukan.

"Babe, cepatlah..awak tengok apa tu.." Haidar yang sudah mendahului Maryam memanggil sambil mengerutkan dahi.

"Tak ada apa-apa.." balas Maryam sambil mempercepatkan langkah ke arah Haidar.

 Maryam sempat menoleh sekali lagi ke arah peminta sedekah itu lalu dia terdengar hatinya berbisik "Kenapa kau kedekut sangat dengan dia.."

 Maryam pura-pura tidak mendengar dan meneruskan langkahnya.

TO BE CONTINUED...


,

No comments:

Post a Comment