6 WASIAT SAIDINA UMAR

6 WASIAT SAIDINA UMAR :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Saturday 28 January 2012

NUR BUAT MARYAM (1)



Cerpen ringkas ini ditulis bagi menyedarkan semua orang akan kepentingan Islam dengan roh, sepenuh hati, kerana Allah.

Moga perkongsian ini membuka minda dan hati semua untuk berubah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah.

Maryam mencelikkan mata. Perlahan-lahan. Sayup-sayup kedengaran suara azan Subuh menandakan masuknya waktu solat yang penuh dengan rahmat Allah itu.

“Aduh..kenapa malas sangat rasanya nak bangun ni..” dia mengomel dalam hati. “Kalau tidur balik, mesti payah nak bangun lagi..kalau tak tidur, macam rugi pulak..tidur lagi sikit ah..mata ni ngantuk lagi..tapi mesti kena bangun  solat Subuh..kalau tak dosa, masuk api neraka..tak sanggup aku..”.

Matanya pun dipejamkan semula. Menikmati keenakan tidur yang sementara di dunia, tanpa terfikir akan impak melambatkan solat dan menarik selimut semula apabila sudah mendengar azan Subuh.

Maryam tahu, dalam hidup ini, dia memerlukan agama, dan syukur kepada Allah dalam jutaan umat manusia dirinya termasuk dalam golongan yang dianugerahkan dengan nikmat kurnia yang terbesar yakni Islam. Islam sejak lahir. Islam secara keturunan. Tanpa perlu melalui pentarbiahan, peperangan, dan segala macam perkara yang menguji jiwa untuk memeluk agama ini seperti yang dilalui oleh umat Islam pada zaman Nabi dan Rasul terdahulu. Maryam tahu, dia beruntung. Sebab hanya orang Islam sahaja yang selamat di akhirat kelak. Islam agama yang benar, agama suci. Agama terindah. Tapi, tahu sahaja belum mencukupi. Bila tahu, tidak semestinya  faham. Tak semestinya menjiwai. Benda yang mudah untuk didapati, atau memang sudah ada, pasti sukar untuk dihargai.

Maryam menunaikan solat Subuh pada jam 6.55 pagi- ‘subuh gajah’,istilah yang diberi oleh orang tua bila solat Subuh pada hujung waktu. Dalam keadaan tergesa-gesa mengerjakan solat, bacaan surah dilajukan, dalam hati berazam mahu habiskan solat cepat, khusyuk entah ke mana, tak rasa pun Tuhan melihat solatnya, apatah lagi dia ‘melihat’ Tuhan.

“Assalamualaikum warahmatullah..” Maryam meraup muka, membaca tasbih, tahmid dan takbir 33 kali setiap satu dengan laju, hanya di mulut. Dia sudah terbiasa dengan amalan yang diajar di sekolah rendah agamanya dahulu setiap kali selesai amali solat iaitu zikir yang diwariskan oleh Rasulullah melalui hadis. Cuma, zikir yang dibaca oleh Maryam tidak disertai dengan hati.. dia lalu berdoa kepada Allah.

“Ya Allah, Kau  ampunkanlah dosa ibu, ayah..dosaku..adik beradik, keluarga, saudara mara dan seluruh umat Islam.. berilah petunjuk kepada kami..bimbinglah kami.. Ya Allah, matikanlah kami dengan husnul khatimah..berilah kami kesihatan dan rezeki yang baik..sejahterakanlah hidup kami di dunia dan akhirat..” doa itu dipanjatkan kepada Allah dengan tulus. Maryam tahu, hanya Allah sahaja yang boleh mengabulkan doa. Pesanan Tok Wahid yang pernah mengajarnya mengaji Al-Quran sewaktu kecil itu sentiasa terpahat kemas dalam ingatan.

“Mar, hari ni kau pakai baju apa?”Dhia menyoal Maryam sambil tangannya ligat menempek bedak asas ke muka. Maryam dengan bersemangat mengeluarkan baju lengan panjang berwarna merah yang baru dibelinya dua hari sebelum itu, sehelai jeans dan tudung berwarna krim.

Maryam bersuara  “Ni..ok tak..? Kau tengok laa..” Perincian baju itu ringkas, namun menarik dengan corak abstrak di bahagian dada, membuatkan Dhia tersenyum lebar.

“Weh..cantik seyh baju kau..berapa ringgit kau beli ni..”
“Dalam 75 ringgit..tapi ada diskaun 20%..rugi kau tak ikut aku gi shopping hari tu..hehe”
“Huh..aku mana ada duit nak belanja suka-suka hati..nanti bila ayah aku bagi duit boleh la kita gi shopping sama-sama k Mar?”
“Yela..cepat la siap..nanti lambat gi kelas..”

Maryam menyapu bedak di pipi, mengoles lip gloss berwarna merah jambu ke bibir, mengenakan maskara bagi melentikkan bulu mata, dan memakai celak. Semuanya dilakukan dengan penuh cermat agar solekan di wajahnya tampak kemas dan menarik. Setelah berpuas hati, barulah dia memakai selendang dengan hujung selendang itu dililit-lilit dan dipinkan di atas kepala, tidak menutupi bahagian dada. Wajah Maryam yang cantik kelihatan semakin berseri. Dalam hatinya berkata “cantik jugak aku ni..mesti ramai orang minat nanti..hehe” Maryam dan Dhia yang mengambil jurusan perakaunan di salah sebuah universiti tempatan itu sama-sama bergerak menuju ke fakulti. Setibanya di kelas, hampir kesemua mata rakan-rakan lelaki tertumpu kearah Maryam.

“Mar..cantiknye kau hari ni..tergoda aku..” Firdaus memuji Maryam sambil mengenyitkan mata.
“Ee..apehal kau ni..” balas Maryam sambil menjuihkan bibirnya. Biarpun pada zahirnya dia menyatakan tidak suka, dalam hatinya berbunga. Kembang bila dikatakan cantik.
“Ey, Daus! Maryam tak suka kat kau la. Jangan nak perasan..” Dhia menyampuk. 

Pelajar lelaki yang lain hanya tersengih. Mereka tidak berani untuk mengusik Maryam seperti Firdaus yang memang kurang perasaan malu. Hanya memuja Maryam dalam hati, dari jauh. Namun semua itu sudah cukup untuk menambahkan saham dosa masing-masing.

Selesai kuliah untuk hari itu, Maryam dan Dhia telah punya rencana untuk  makan di kafetaria berdekatan. Jalan sesak dengan pelajar.  Sedang asyik bercerita sambil berjalan, Maryam terlanggar orang di hadapannya dan ditambah dengan  memakai kasut ‘wedges’ yang tumitnya agak tinggi, Maryam  hilang keseimbangan lalu terjatuh. Orang yang dilanggarnya tadi terhenti dan berpusing melihat Maryam.

“Aduh..! Dhia..malunye aku..” Maryam bangun perlahan-perlahan sambil dibantu Dhia. Dhia menunjukkan ekspresi muka kasihan sambil cuba sedaya upaya menahan gelak.  

“Awak tak apa-apa ke?” soal Ustazah Durrah, pensyarah fakulti pengajian Islam di universiti itu- orang yang dilanggar oleh Maryam. 
Maryam terkejut. “Aku langgar lecturer..ustazah pulak tu..aduyai..” rungutnya dalam hati. Dia pernah mengikuti bengkel menguruskan jenazah di mana ustazah itu adalah salah seorang fasilitatornya. Tapi, mereka tidak pernah bertegur sapa.

“Err..saya ok..saya minta maaf ustazah..terlanggar tadi..” balas Maryam. Mukanya merah menahan sakit kaki sekaligus perasaan malu mengenangkan begitu ramai orang yang melihatnya jatuh tadi.

“Hmm..tak apa..jalan baik-baik ye lain kali..awak dari fakulti mana ni..?”

“Akaun. Ok Ustazah..saya minta maaf lagi sekali..” ucap Maryam sambil menghulurkan tangan ke arah Ustazah Durrah. Huluran tangannya bersambut. Ustazah Durrah tersenyum mesra.

“Ok, kalau ada apa-apa hal nanti contact ustazah ye..” ucapnya sambil menghulurkan sekeping kad. Entah kenapa, dia merasakan perlu untuk memberi maklumat tentang dirinya kepada pelajar itu.
“InsyaAllah. Terima kasih Ustazah..” balas Maryam.


Maryam meneliti kad yang diberi oleh Ustazah tadi.
Durratul Ulya Bt Abdul Manaf
Pensyarah Jabatan Pengajian Islam
0156778901

“Apasal dia bagi kad ni kat kau ek Mar?” soal Dhia ingin tahu.
“Entah..aku pun pelik..dia suka kat aku kot..haha.” Maryam cuba menghilangkan tanda tanya itu dengan berseloroh.

“Tapi kan Dhia..aku suka tengok ustazah tu..sweet je muka dia..orang baik-baik ni muka diorang memang berseri kan..”

“A’ah..muka kau tu je yang berseri sebab make-up..” Dhia membalas. Laser.

“E’eleh..kau pun sama nak mengata orang..” balas Maryam. Geram dengan mulut kawannya itu.

“Hihi..sori Mar..gurau pun nak marah ke..dah la jatuh tadi..kau ni memang suka buat ‘scene’ la..hahaha..” Dhia mengalih topik sambil melakonkan semula adegan Maryam terjatuh.

Maryam tidak berdaya untuk menahan tawa lalu ketawa berdekah-dekah sambil mengejar Dhia yang lari di sekeliling meja kafeteria, mengundang perhatian pelajar di situ.

“ Perasaan malu bagi perempuan akan mudah luput jika tidak disemaikan iman dan taqwa dalam hati..” getus hati Ustazah Durrah yang menyaksikan aksi Maryam dan Dhia berkejaran dari ruangan kafeteria untuk pensyarah. “Ya Allah, kau berilah hidayah buat pelajar-pelajarku..”

TO BE CONTINUED...








No comments:

Post a Comment