6 WASIAT SAIDINA UMAR

6 WASIAT SAIDINA UMAR :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Sunday 29 January 2012

NUR BUAT MARYAM (2)


Malam minggu. 
Maryam berkumpul dengan teman-teman sebiliknya, Naomi, Raudah, termasuk Dhia. Mereka duduk menghadap laptop milik Dhia yang menayangkan drama bersiri Korea sambil mulut masing-masing rancak bercerita tentang hal-hal yang belum sempat diceritakan. Biasalah orang perempuan, kalau tak bergosip tak sah.
 Walhal cerita-cerita itu termasuk dalam perkara lagha yakni perkara yang sia-sia. Membuang modal waktu dan menambah koleksi dosa jika cerita itu disertai dengan mengumpat, menyampaikan cerita yang tidak  benar yakni fitnah, hal-hal yang menyentuh isu peribadi orang lain, membuka aib mereka dan sebagainya. Malaikat setia meneliti bait-bait perkataan yang keluar dari mulut mereka. Jika baik, bertambahlah pahala. Jika buruk, bertambah-tambahlah dosa. Lisan manusia amat susah untuk dijaga. Mengata orang lain memang seronok dan mudah. Namun azab yang akan diterima akibat lidah yang jahat takkan mampu untuk ditanggung.

“Mar..kau nak tahu cerita tak..?” soal Naomi dengan nada penuh bersemangat.
“Apa dia Nomi? Kalau best ceritalah..kalau tak, tak payah..aku nak fokus tengok citer ni..” jawab Maryam acuh tak acuh.
“Kau ingat tak kau ada cerita kat aku yang pasal kau suka tengok budak kelas aku tu?” balas Naomi sambil merapatkan badannya ke arah Maryam.
“Urm..Oh..budak tu..kenapa dengan dia..? Dia kan dah ada girlfriend. Kau kalau setakat nak tambah frustration aku baik tak payah..” Maryam menjeling tajam. Sakit hatinya bila mengenangkan lelaki yang diminatinya sudah ada kekasih hati.
“Eleh..kau macam la dah lama sangat minat kat dia sampai nak frust-frust. Baru sem lepas kau perasan dia kan..poyo la Mar..”
“Sem lepas. Lama tu..” Dhia menyampuk. Matanya tidak berkelip melihat skrin laptop.
“A’ah..lama tau..aku gurau je..aku dah terima hakikat dia dah ada someone special. Apa motif kau cakap pasal dia ni..” Maryam mula malas hendak melayan kerenah Naomi yang memang suka membangkitkan isu ‘kasih tak sampai’nya itu.
“Actually..ade good news..diorang da ‘break-up’..!” jawab Naomi separuh menjerit.
“What?! Yeke Nommmmiiiiii??! “ Jerit Maryam sambil menarik tangan Naomi.
“Ye la babe..gf dia tu curang..so he’s single right now..jejaka hot, pandai, and single..ow yeah..” Naomi mengangkat-angkat keningnya ala-ala The Rock. Maryam tersenyum simpul. “Ada chance..hehe..” hatinya berdetik.

Maryam masih ingat saat pertama kali  terserempak dengan Haidar. Seolah-olah ada tarikan luar biasa terhadap lelaki itu. Tapi sayang kerana waktu itu Haidar sudah ada yang punya.

“And guess what Mar, dia dah lantik aku as kawan baik dia untuk carikan dia pengganti..and I choose you! Aku dah bagi phone number kau kat dia..anytime he will contact you..suka la tu..!!” Naomi mengusik-usik Maryam. Wajah Maryam sudah merah menahan rasa suka dan malu.

Maryam merebahkan badannya di atas tilam, sudah hampir waktu tidur. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi nyaring.
Jantungnya berdegup kencang. “Jangan-jangan itu Haidar..”
Sebuah mesej diterima. Pantas jarinya menekan butang ‘buka’..dan terlihat olehnya sebuah sms yang membuai perasaan.

ASSALAMUALAIKUM. AWK NI MARYAM KE? SY HAIDAR, KWN NOMI. SORI GGU. I WANT 2 BE FREN WITH U. NAK BERKENALAN, IF SUDI..REPLY LA K. I’LL BE WAITING.

Maryam tersenyum bahagia. “At last...!” jeritnya. Pada malam itu, bermulalah episod maksiat baru dalam hidup mereka berdua. Bahagia yang disangka adalah hal yang diperindah-indahkan oleh syaitan.

WSLM. YE, SY MARYAM. KOL ME MAR JE..SY SUDI KWN DGN AWK.

OK MAR. TQ COZ SUDI.. SY DAH BYK DGR CRITA PSL AWK DR NOMI. SHE SAID U R BEAUTIFUL INSIDE N OUTSIDE. DATZ Y SY MNT NK KWN DGN AWK. APE NME PENUH AWK EK? MARYAM JE KE..SY AHMAD HAIDAR YUSUF.

NAMA PENUH SY ... 
NUR MARYAM BT IMRAN.

 TO BE CONTINUED...

No comments:

Post a Comment