6 WASIAT SAIDINA UMAR

6 WASIAT SAIDINA UMAR :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Tuesday 31 January 2012

Dia Penenang Hati

Senangkanlah hati orang di sekelilingmu selagi boleh (dengan tidak melanggar syariat Allah) , dan Biarkan ALLAH S.W.T yang menyenangkan hatimu (hanya dengan mengingat Allah hati akan menjadi tenang).


Kadang-kadang kita mengharap agar diri kita dipandang sebagai orang yang 'ideal' atau sekurang-kurangnya 'baik'. Kita cuba membuktikan bahawa kita mampu melakukan sesuatu perkara dengan sempurna, sehinggakan jika orang lain berpandangan bahawa hal yang kita lakukan tidak memuaskan, kita menjadi seolah-olah tidak mahu terima kenyataan itu lalu kecewa.

Belajarlah dari kesilapan. Ikhlaslah dalam perbuatan, yakni niat semata-mata kerana Allah, tanpa mengharap penghargaan, pujian, dan balasan atas kebaikan yang telah dilakukan. Allah Maha Mengetahui, Maha Adil. Dia mengetahui hakikat diri kita. Jadi, hidup yang tidak disandarkan kepadaNya adalah sia-sia.

 Jadikan Allah segala-galanya buat kita. Allah memenuhi segenap ruang hati kita, hinggakan jika ada kesedihan dan kekecewaan yang melanda jiwa, kita akan memandang pada kebesaranNya lantas bersyukur kerana Dia mengajar kita untuk menjadi hambaNya yang kuat, mengerti akan pergantungan seorang hamba kepada Tuhannya, dan merelakan apa pun yang berlaku kerna sejak awal, pertengahan dan penghujungnya, kita lakukan urusan itu adalah untuk mendapatkan redhaNya. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment