6 WASIAT SAIDINA UMAR
6 WASIAT SAIDINA UMAR :
1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.
2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.
3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.
4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.
5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.
6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.
Sunday, 2 June 2013
6 Langkah Untuk Kehidupan Bahagia Dunia Akhirat
Sollu 'alan Nabi.
Langkah di bawah ini adalah gabungan beberapa teknik yang Insyaa Allah dapat memperbaiki hubungan kita dengan Allah, sekaligus menjadikan kita hidup lebih tenang dan bahagia di dunia dan akhirat.
1. Belajar ilmu Tauhid, yakni ilmu mengenal Allah. Disertai dengan penghayatan dan keyakinan yang teguh dalam hati akan keEsaan Allah. (dalam setiap saat dan perbuatan)
2. Sentiasa berkomunikasi dengan Allah. Lahirkan kesyukuran dalam setiap perbuatan iaitu dengan memulakan sesuatu dengan menyebut nama Allah, Bismillahir Rahmaanir Rahiim. Rasakan kehadiran dan kasih sayang Allah dalam setiap saat hidup kita. Belajar teknik komunikasi dengan Allah di sini:
http://www.fuadlatip.com/v1/2009/06/jiwa-positif-hidup-bertuhan-volume-1/#_
3. Latih diri (mencakupi fikiran, hati dan perbuatan) untuk menjadi orang yang lebih baik. Senaraikan ciri-ciri sifat baik yang kita ingin/ jadi contohnya seperti bertaqwa, menutup aurat dengan sempurna, solat malam, lemah lembut, tubuh badan sihat dan sebagainya. Baca apa yang kita senaraikan tadi dengan kuat dan penuh emosi gembira + bayangkan dalam fikiran kita menjadi seperti orang yang kita kehendaki. Latih aktiviti ini selama plus minus 20 minit. Sebaik-baiknya buat lepas solat sebab otak tenang pada waktu itu. Kemudian cuba aplikasikan segala tindakan kita ke arah apa yang kita inginkan. (inspirasi dari Prof Muhaya).
4. Menjadikan Al-Quran sebagai penghibur hati.
5. Amalkan sunnah Nabi Muhammad SAW. Hafal doa harian, adab dan cara ibadah Nabi dan praktikkan dalam kehidupan harian.
6. Berakhlak mulia di mana sahaja dan dengan siapa sahaja. Sentiasa ingin memberi kerana Allah. Harapkan redha Allah dan bukan penghargaan manusia.
Wallahu a'lam.
Selamat beramal :)
No comments:
Post a Comment