6 WASIAT SAIDINA UMAR

6 WASIAT SAIDINA UMAR :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Friday 14 June 2013

Tutup aurat ikut Allah @ fesyen?

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sollu 'alan Nabi.





Alhamdulillah terjumpa dengan TULISAN (sila klik :) sahabat kita yang membicarakan isu aurat. Sangat menarik. Kita (kaum wanita) ada fitrah sangat suka pada kecantikan dan sangat suka kelihatan cantik. Kaum lelaki pula fitrahnya sangat suka tengok wanita cantik. Allah pula mewajibkan hamba-Nya untuk menutup aurat dan menundukkan pandangan. Bukannya untuk menyusahkan, tetapi untuk menyelamatkan. Segala perintah Allah itu adalah tanda kasih sayang Allah dan kebijaksanaan-Nya. Jadi di sini jelas kita kaum Adam dan Hawa mesti bekerjasama untuk mentaati perintah Allah ini. Bagaimana? Dalam Islam sudah jelas akan cara menutup aurat dengan sempurna. Tanggungjawab kita wahai Muslimah yang dikasihi sekalian untuk mempraktikkannya. 


Jika dah tutup, Alhamdulillah. Orang beriman tidak akan berasa cukup dengan kebaikan yang dilakukannya. Sentiasa lakukan perbaikan-tutup dengan sempurna tanpa menarik perhatian kaum lelaki. Jika dah tutup tapi kaum lelaki masih tertarik..periksalah..mungkin warna pakaian/tudung kita terlalu terang dan berwarna warni. Mungkin make-up kita terlalu tebal sampai muka kita jadi tarikan lelaki..mungkin cara kita berjalan macam model..mungkin kita terlalu 'ramah' dengan lelaki..Lelaki dan wanita sama-sama wajib menutup aurat, sama-sama wajib menundukkan pandangan. Kaum lelaki pula tidak usahlah memakai seluar pendek..Tidak ada 'cool'nya pada perkara yang menyelisihi perintah Allah..


I know..it's really hard not to follow our desire to wear this and that..tapi kita perlu sentiasa muhasabah..check niat..kita pakai baju dan tudung ni untuk siapa? Tak wajar jika dikatakan kerana Allah tapi masih menarik perhatian lelaki..Ye, boleh..pakai lah pakaian yang kemas dan bersih..warna yang gelap/lembut. Bersikap tegas dalam berurusan dengan lelaki supaya kita tak terjebak sebagai wanita yang membawa fitnah kepada lelaki. Ingat, kita hidup untuk Allah..kita nak redha Allah..takkan berkumpul dua cinta dalam satu hati..kita wajib berusaha sedaya upaya untuk mencintai Allah melebihi segala-galanya..cinta itu terzahir pada perilaku kita..


Kembali pada Al-Quran..satu-satunya jalan selamat untuk kita. Biar tidak dipandang hebat bergaya di mata manusia, namun mendapat keredhaan daripada Rabb yang telah menciptakan kita. Kita semua pasti akan mati. Bukan dengan fesyen terkini yang akan menyelamatkan kita dari azab kubur dan neraka. Tetapi dengan iman dan amal soleh..yakinlah, tunduk dan taat pada Allah itu lebih manis dari dunia dan seisinya..:')


Bismillah..jom tambah ilmu dan perbaiki amal..:)





FESYEN MUSLIMAH: ANTARA TREND DAN SYARIAH

Barakallahufiikum.

No comments:

Post a Comment