6 WASIAT SAIDINA UMAR

6 WASIAT SAIDINA UMAR :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Thursday, 30 May 2013

Mutiara Kata Prof Muhaya




Bismillahirrahmaanirrahiim.


Sollu 'alan Nabi.


Alhamdulillah. Ayuh cari kebaikan, amalkan kebaikan, sebarkan kebaikan :)











Jaga niat kita setiap hari. Tentukan kerana Allah. Jika tidak, kita tidak akan sampai pada Allah. Alangkah sia sianya hidup kita dan alangkah sedihnya apabila sampai di padang mahsyar dan melihat akaun kita kosong kerana tidak niat kerana Allah. Walau kita berasa marah pun mesti kerana Allah. Jom audit emosi negatif kita adakah kerana Allah atau sebaliknya. Apatah lagi bagi anak anak yang marah pada ibu bapa, renung anak kita sendiri. Setiap apa kita buat pada ibu bapa akan dibalas. Kasihan anak kita jika mereka juga tidak berakhlak pada kita dan mendapat dosa. Ramai ibu bapa muda tertipu dgn anak comel yg diberi Allah tetapi mengecilkan hati ibu bapa dan 20 tahun kemudian menangis bila anak mereka mengecilkan hati mereka. Sama kita renungkan. Jaga niat kita sentiasa. 

Emosi kita bangun tadi suatu indikator keimanan dan kesyukuran kita. Jika tidak tenang, muhasabah dan bertaubat dan refleksi diri dan hentikan semua kritikan dan menganalisa orang lain tetapi mula analisa diri kita dan ambil langkah betulkan diri. Pasang niat pagi ini utk berbuat baik

Maafkan semua orang dan halalkan semua dan lupakan semua kebaikan kita pada orang dan ingat semua kebaikan orang pada kita, lupakan kejahatan orang pada kita dan ingat kesalahan kita pada orang. Ini formula utk hidup tenang dan sihat, insyaAllah.

Para isteri sebelum tidur ucap terima kasih pada suami dan minta maaf, begitu juga para suami. Tidak jatuh nilai kita bila kita menghargai orang lain dan meminta maaf. It works like magic in a relationship.

Sebelum tidur ingat segala perkara yang kita bersyukur dan bayangkan siapa kita nak jadi esok hari tentu lebih baik dan soleh dari hari ini. Niat utk lebih senyum dan bermanfaat esok hari.

Cara seseorang memberi pendapat dan interpretasi keadaan mencerminkan kualiti. Jom audit bagaimana perspektif dan prioriti kita. Jika baik kedua ini maka baik lah kehidupan seharian. Cuba audit profile kita setiap hari dan komen kita beri pada pendapat orang lain. Adakah mencari salah atau ingin belajar.Orang yg bijak sentiasa belajar dan memperbaiki diri dan menjadi solusi. Orang kurang bijak sentiasa mencari salah dan menjadi masalah bukan solusi. Orang berjaya suka memberi, orang kurang berjaya sentiasa mencari peluang atas kelemahan orang lain dan sangat berkira dalam kerja seharian. Adakah kita suka menyenangkan orang lain atau menyusahkan, suka menggembirakan atau suka menyakitkan hati, kita menaip utk nasihat atau melepaskan kemarahan,. Apa kita fokus itu kita dapat. Jika negatif , negatiflah hidup kita, jika positif, positiflah hidup kita.

Kepada semua pakar dan medical officer cuba ubah persepsi terhadap houseman dan stop labeling. Bila ada houseman baru cuba lihat dgn kasih sayang dan hormat dan beri galakan. Ingat masa kita houseman dulu pun penuh dgn kelemahan. Ini akan beri motivasi pada mereka. Selalu nya orang yg marah orang tidak akan tenang dan tidak akan bahagia. Ingat keselamatan anak kita dirumah dan jgn sekali menjatuhkan maruah dan menganiaya sesiapa. Hidup ini ada kitaran. Apa kita buat itu kita dapat. Jom semua pakar perubatan dan ketua jabatan, have more compassion. Tidak ada rugi jika kita baik dgn orang dan akan selalu rugi orang yang berbuat jahat.

Komunikasi- 7 % perkataaan, 38% intonasi, 55% fisiologi ( perasaan happy atau negatif termasuk memek muka). Sama fikirkan.

Lihat profile di facebook. Cuba buat perbandingan dengan gambar yg tertera dan ciri keislaman. Jom audit diri kita. Kaum wanita jika tidak ada kelembutan apa beza dgn lelaki. Lihat diri , refleksi diri, dan cuba ubah diri. Jika kita tidak dihormati bererti kita tidak hormati diri dan hormati orang lain.

Lagi cepat kita sakit hati dan marah terutama org yg kita buat baik, suatu indikator kurang keikhlasan dan redha Allah yg kita cari. Bila Allah saja yg kita tuju dan cari, apa makhluk lain buat jadi kecil. Utk tahu kebersihan jiwa lihat berapa kali kita marah dan sakit hati.

Jika banyak dan selalu mengenang kebaikan kita pada orang dan kejahatan orang pada kita alangkah jauh nya kita dari Allah dan ketenangan jiwa.

Begin the day with gratitude and compassion. Think of doing something kind to another human being. See how your entire day change. Start email someone to tell how you appreciate them.

We do not get what we want but what we are. If we want love we have to be loving, if we want friends we have to be friendly, loving people live in a loving world, hostile people live in a hostile world. how come? Decide the world we want by being what we want. Hence we see what we type then we know what world we are living in.

Ramai orang berbual difacebook dan dalam perbualan itu ia samaada break us or make us. Jaga masa. Hanya buat sesuatu yg akan beri progress. Change is permanent, personal growth is a choice. Apa kita willing to do to improve. Adakah hanya setakat baca status facebook dan tiada tindakan jika semalam tidak lebih baik dari hari sebelum semalam bererti tiada progress alangkah ruginya. Jangan kita hanya NATO - no action talk only.

Jaga setiap minit akan terjaga jam, hari, minggu, bulan, tahun dan kehidupan. Jaga virus minda iaitu alasan yg di beri dan di cari dalam mencari redha Allah

Isteri menemani, memasak, melahirkan anak, para suami sabar dgn isteri, buat majlis ilmu dirumah atau hadiri majlis ilmu utk didik isteri. Suami yg biarkan isteri tinggal solat hukum dayus. Biarkan maksiat dilakukan isteri. Jom isteri jaga solat dan aurat. Kasihani suami dunia akhirat. Jangan hantar suami ke neraka dgn kedegilan kita. Apa kita dapat kalau degil dgn Allah dan suami dan mula keluh kesah dan tidak disayangi suami setakat toleransi kita sahaja. Niat nak ke syurga bersama suami dan anak anak hari ini. Sia- sia hidup mencari penghargaan manusia dgn menjaga penampilan fizikal sahaja. Lihat muka dicermin dan tanya apa tujuan hidup hari ini.

Allah pandang dgn rahmat dan diberi ketenangan hati bila menghadiri majlis ilmu, sibukkan diri mencari ilmu akidah, ilmu taharah. Kebnyakan azab kubor sebab tidak istinjak dgn betul. Banyak ingat Allah insyaAllah akan tenang. - Ustaz zahazan

Siapa byk solat tahajjud akan sgt positif and terbuka minda. Siapa yg tak solat subuh akan dikencingkan oleh syaitan dalam telinga. Dia bangkit dgn keadaan diri yg negatif, prejudis, segala dalam hidup penuh kotor. Jom qiammulail utk perbaiki diri. -Ustaz zahazan

Imam ghazali. Bila lihat seseorang sentiasa rasa dia lebih baik dari kita. So kita tak boleh bajet bagus dan sentiasa lihat kebaikan orang dan berlapang dada.

Semakin usia bertambah kita harus semakin dekat dgn Allah. Orang yg dah mati pun banyak cubaannya. Ujian hanya selesai bila kaki melangkah dalam syurga. Orang bijak bukan org yg cerita masalah difacebook, tapi bangun malam dan berdoa pada Allah, insyaAllah akan dapat hidayah selesaikan masalah. Hentikan mengharap pada manusia. -Ustaz Zahazan

Hari ini perhatikan sikap kita, hentikan nak label orang dan jaga jgn kita bajet bagus. Tutup kebaikan kita sebanyak mungkin macam mana kita cuba sembunyikan kejahatan. Itulah ikhlas.

Sama kita perhatikan diri kita hari ini dan hentikan sekejap melihat orang lain. Apa yg kita cakap pada diri dan apa fokus kita. Kita selalu bercakap tentang orang itu mati , kasihan dsb dan rancangan tv juga fokus pada cara mati dan betapa sedihnya yg ditinggalkan. Apa kata kita fikir apa yang berlaku bila masuk kubur, adakah taman syurga atau kawah neraka. Jika semasa hidup penuh ingkar pada Allah kita harus rasa sedih untuk yg meninggal dan renung diri kita apakah nasib kita.

Mulakan setiap hari dengan berfikir yang baik utk, keluarga, masyarakat dan negara. Dalam keluarga tolong seseorang yang merasa rendah diri dengan memberi pujian dan penghargaan. Dalam masyarakat pula kutip sampah yg kita jumpa dan kitar semula sebanyak mungkin. Untuk negara pula doakan mereka yang berkuasa supaya diberi hidayah untuk menjalankan tugas dgn penuh keadilan dan kesejahteraan. Jangan ada komen utk post ini untuk mengutuk sesiapa. Setiap kutukan yang kita lempar akan kembali pada kita semula.

Jika kita payah memaafkan dan sentiasa melihat kesalahan cuba audit kesalahan kita pada orang dan adakah kita mahu orang memaafkan kita. Kita hanya akan dapat apa yg kita buat. Dosa dengan manusia yang payah kita nak bawa diakhirat nanti. Jika kita maafkan orang Allah akan buka hati orang maafkan kita, alangkah tenang kita bila tak banyak dosa dgn orang lain. Dosa dgn Allah boleh taubat nasuha tapi dgn manusia harus mereka maafkan kita. Jika hati kita keras agaknya kita dekat dgn neraka atau syurga, Allah sayang atau Allah murka. Malu pada diri ini yg penuh dosa dan hentikan fokus kesalahan orang pada kita tapi fokus kesalahan kita pada orang utk elak kita bajet bagus.

Setiap orang dari kita dikurniakan kehebatan oleh Allah swt . Hidup dengan kesedaran ini dan fikirkan apa kita boleh buat untuk memberi faedah kepada makhluk Allah. Setiap tindakan kita akan membina atau merusakkan sesuatu. Fikir yang mana satu sedang berlaku setiap kali kita bertindak dalam apa saja situasi.

Jaga anak anak supaya tidak menonton rancangan tv ganas dan ngeri. Akan rosak minda mereka.

Manusia mencipta suasana luar dgn membina dunia dalamn mereka dgn menjaga fikiran dan emosi supaya sentiasa baik dan positif dan sentiasa bersangka baik pada orang lain.
Kita merasa kasihan pada diri kita yg tertipu bila kita sibuk buat amalan soleh menolong orang tapi menyiksa diri kita ke arah neraka bila tidak menjaga ibadah khusus dan aurat dan pegaulan pada kaum wanita. Jom audit diri kita. Apa tujuan kerja adakah hanya memenuhi keperluan hidup membayar bil atau memenuhi tujuan hidup mencari redha Allah supaya menuju jalan ke syurga. Dgn mengingati mati dan syurga dan neraka akan menguatkan kita mengatasi semua masaalah hati insyaAllah. Bebaskan diri dari mencari penghargaan manusia

Ibu bapa yang melabur pada pembangunan peribadi dan sahsiah wawasan dan akhlak Anak anak Akan mendapat hasilnya. Jom audit dimana perbelanjaan kita pada anak anak

Orang yang bermasaalah akan sentiasa ada masaalah. Oleh itu jadikan diri kita orang yg tidak bermasaalah dengan menjadi bahagia dan membahagiakan. Penyelesaian ada dalam diri kita bukan luar diri kita

Orang yg berminat akan buat apa yang selesa. Orang yg komited akan buat APA SAjA untuk capai impian mereka. Yg mana kita. Hentikan mengeluh dan merungut dan mulakan tindakan.

Hari ini jaga fikiran kita, emosi kita , perkataan kita dan tindakan kita. Lihat bagaiaman hidup kita berubah.

Senyum suatu sunnah dan akan menghasilkan hormonn endorphins bila kita senyum. Hanya manusia boleh senyum dan haiwan tidak dapat senyum. Jangan fikir apa orang kata. Walau orang tak senyum balik kita dah dapat pahala sunnah. Senyum yg benar benar niat sunnah akan diterima dgn baik insyaAllah. Nabi Muhamaad saw tidak akan berkata kata sebelum baginda senyum dulu. Jom jadikan senyum suatu amalan dan tabiat. Ajar anak anak senyum bila bangun pagi. Sesiapa yang masam dan kata moody bila bangun, bayangkan bagaiman hari yg dimulakan dgn muka masam. Ubah tabiat ubah kehidupan.

Berapa ramai ibu muda yang sering merungut anak mereka nakal. Cuba tanya diri kita mahu anak nakal dan sihat atau sakit dan tidak nakal. Henti label anak anak dgn " hyperactive" etc. Sebut yg baik. Jika anak nakal kemungkinan perlu perhatian terutama baru dapat adik baru. Berapa orang ibu muda bersyukur ada suami dan anak. Berapa ramai orang tiada jodoh lagi dan anak. Hentikan merungut dan bersyukur. Bila hilang nikmat baru nak menyesal dan depressed. Syukuri nikmat insyaAllah Allah kekalkan nikmat.

Khutbah terakhir mengandungi semua yang berlaku kini betapa Rasullullah tahu apa akan berlaku. 3 perkara 1. Jaga kebajikan wanita, jangan isteri kerja dan suami rehat sahaja, Nabi Muhammad memuliakan wanita. Wanita dinikahi dgn nama Allah dan harus jaga. Wanita harus bersyukur kerana di khutbah terakhir Rasulullah baginda menyebut kebajikan wanita. Syurga dibawah telapak kaki ibu. Jom wanita semua niat nak jadi dan disiplinkan diri menjadi wanita solehah. 

Komen yg diberi jgn sebut masalah orang lain tapi perbaiki diri. Kita semua tahu masalah sekarang tak payah diulang byg negatif tapi fokus yg positif. Setiap kali kita melihat orang lain kita tidak melihat diri kita hingga terlupa keaiban diri. Hentikan semua suara dalaman sakit hati, keci hati, dendam dgn sesiapa. Mula lihat diri dan tanya kenapa Allah izinkan orang menyakiti kita dan mula ingat siapa kita pernah sakiti dan minta ampun dan perbaiki diri.

4 Jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun), kedua memperbanyakkan ucapan syahadah, ketiga berdoa meminta syurga dan keempat memohon keredaan Allah." - Riwayat al-Baihaqi . DAri fanpage Ustaz Dr Zahazan.

Renung bacaan Quran kita. Alangkah sedih bila umur sudah lebih 40 tahun tapi masih merangkak membaca Quran. Ini disebabkan didikan masa kecil kurang ditekankan bacaan Quran dan mengamalkan ajarannya. Jangan biarkan anak-anak kita lemah Al-Quran. Kalau kita ingin sentiasa menambah baik rumah dan kenderaan kita apa kita buat dengan bacaan Quran. Jom belajar dan tingkatkan bacaan Quran kita.

Iman boleh bertambah dan boleh berkurang. Bila rasa iman berkurang istighfar. Banyak perkara melemahkan iman. Mukmin yg cintakan Allah dan syurga akan berbuat amal soleh utk tambah iman dan elakkan maksiat yg mengurangkan iman- ustaz roslan

Hentikan melihat dgn mata fizikal sahaja. Guna mata hati. Kita di nilai bukan dgn apa kita ada, buat, title, rumah, barang branded tapi nilai kita pada nilai hati dan nilai manfaat kita beri pada orang.

Jika ingin mendapat hidayah kita harus berusaha. Jika masih di takok lama tentu hidup akan sama. Lihat kawan kita maka kita tahu siapa kita. Birds of a feather flock together. Kita hanya suka org yg sama dgn kita.

Hidup penuh makna bila setiap perbuatan bebas dari penghargaan manusia. Lihat bagaimana hidup berubah bila capai tahap ini. Lihat hidup kita sekarang. Kalau tertekan erti belum sampai

Jangan terpesona dgn manusia. Harus terpesona dgn pencipta manusia. Jaga jaga supaya amalan mendapat ganjaran akhirat.

Kajian menunjukkan mereka yg positif masa muda bila berumur 70 keatas tidak ada penyakit. Sebaliknya mereka yang suka risau, takut , marah, dendam, benci orang masa muda banyak penyakit

Kaum wanita fikir apakah kita murah atau mahal, eksklusif atau tidak. Lagi buka aurat lagi murah dan tidak eksklusif tontonan semua. Di dunia terhina di akhirat papa lagi. Jangan ikut amalan ramai orang. Kaum masuk syurga kaum yg sedikit. Jangan ikut adat ikut ibadat.

Semoga bermanfaat.




1 comment: