6 WASIAT SAIDINA UMAR

6 WASIAT SAIDINA UMAR :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Sunday, 26 May 2013

MUJAHADAH!

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sollu 'alan Nabi.



1.       Niat ikhlas lillaahi ta’ala : Sesungguhnya Allah tidak melihat fizik dan rupamu. Tetapi Dia melihat amal dan hatimu. (HR Muslim)

2.       Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang2 beriman, supaya kamu beruntung (QS An-Nuur : 31)

3.       Muraqabah : Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat & apa yang disembunyikan oleh hati. (QS Ghafir: 19)

4.       Dosa2 besar adalah mempersukutukan Allah, menderhakai orang tua, membunuh org & sumpah palsu. (HR Bukhari)

5.       Takutlah kalian akan bertindak buruk sangka kerana buruk sangka itu adalah kebohongan yg besar. Janganlah kalian mencari-cari kesalahan org lain, jgn saling curiga, jgnlah kalian saling mendengki, membenci & bermusuhan. Tetapi, jadilah hamba Allah yg saling bersaudara (mengasihi). (HR Malik, Bukhari, Muslim & Abu Dawud)

6.        Bertaqwalah kepada Allah di mana saja kamu berada. Iringilah keburukan dengan kebaikan, pasti ia boleh menghapusnya & pergaulilah manusia dengan akhlak yg baik. (HR Tirmizi)

7.       Tanda baiknya Islam seseorang, apabila dia meninggalkan sesuatu yg tidak berguna baginya (HR Tirmizi)

8.       Salah seorang antara kalian tidak beriman secara sempurna sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. (HR Bukhari & Muslim)

9.       Nasihat Rasulullah kepada orang yang meminta nasihat daripadanya : JANGAN MARAH (HR Bukhari)

10.   Rasulullah bersabda :Jadilah engkau di dunia seakan-akan orang asing/ pengembara. Ibnu Umar berkata: Jika engkau berada pada waktu ptg, jgn tunggu pagi, jika berada pd wktu pagi, jgn tggu petang. Gunakanlah masa sihatmu sebaik-baiknya sblm dtg masa sakitmu, & gunakanlah masa hidupmu sblm dtg kematianmu. (HR Bukhari)

11.   Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah dia diam/ berkata baik.

12.   Jagalah Allah, pasti Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, pasti Dia akan selalu berada di hadapanmu. Jika kamu meminta, mintalah kpd Allah, jika kamu memohon prtlgn, mohonlah prtlgn kpd Allah. Ketahuilah sesungguhnya jika umat brkumpul utk memberi manfaat kpdmu, mereka tidak dpt beri manfaat sedikit pun kecuali apa yg Allah telah tetapkan bagimu, dan jika mereka brkumpul utk mencelakakanmu, pasti mereka tidak dapat kecuali kecelakaan yg telah Allah tetapkan bgimu. Pena telah diangkat & lembaran telah kering. (Hadis Hasan Riwayat Tirmizi)

13.   Mahukah kalian aku beritahukan tentang penghuni neraka? Iaitu setiap orang yag zalim, bakhil dan sombong. (Muttafaq alaih)

14.   Brgsiapa yg tertimpa kekurangan, kemudian ia mengadu kpd manusia, maka kekurangannya tidak akan ditutupi. Tetapi brgsiapa yg mengadukannya kpd Allah, cpt/lmbt Allah pasti akan memberikannya rezeki. (HR Abu Daud & Tirmizi)

15.   Dan sesungguhnya Kami benar2 akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang2 yg berjihad & bersabar di antara kamu. (QS Muhammad : 31). Tetapi org yg sabar & memaafkan, sesungguhnya yg demikian itu trmasuk hal2 yg diutamakan. (QS asy-Syura : 43)

No comments:

Post a Comment