6 WASIAT SAIDINA UMAR

6 WASIAT SAIDINA UMAR :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Wednesday 11 July 2012

Serah Pada Allah, Apa Yang Terbaik Untukmu

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sollu 'alan Nabi.

Hidup ini adalah perjalanan menuju Allah. Sejak mula kita dilahirkan, muda, tua, hingga hujung nyawa, kita takkan berhenti untuk menujuNya. Kerana Allah, kita diciptakan. Lalu, jiwa kita seluruhnya teramat memerlukan Allah. Dalam setiap waktu, setiap keadaan, setiap tempat. Allah Maha Meliputi segala sesuatu. Tidak mungkin kita terkeluar dari pengawasan Allah, lagi tidak mungkin jika dikatakan kita tidak memerlukan Allah dalam setiap urusan hidup kita, kerana Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.

Manusia sering bersifat angkuh, pentingkan diri, merasa serba serba tahu, tergesa-gesa, gelisah jika ditimpa kesusahan dan gembira jika diberi nikmat hingga yag terbit hanya perasaan bangga atas usahanya lalu lupa untuk bersyukur. Sedangkan, segala yang kita alami datangnya daripada Allah. Allah ingin menguji, hambaNya yang mana yang lebih baik. Sepatutnya, jika ditimpa musibah kita bersabar, jika diberi nikmat kita bersyukur, jika kita melakukan ketaatan maka sedarilah itu adalah anugerah dari Allah, dan jika kita bermaksiat, maka segeralah bertaubat. InsyaAllah.

Seringkali kita lalai dari tujuan utama kita hidup, iaitu mengabdikan diri kita kepada Allah. Kita lebih senang mengikut kata nafsu, kata manusia, kata syaitan, lebih dari kata-kata Allah. Dalam apa jua urusan hidup, jadikanlah Allah sebagai rujukan utama. Tanyalah pada Allah.."Ya Allah, Kau tunjukkanlah apa yang patut aku buat..apa yang terbaik untukku.." InsyaAllah, Allah pasti menggerakkan kita untuk memilih yang terbaik dari sisiNya. Bila kita tanya pada Allah, kita sedang cuba menyerahkan urusan kita kepadaNya. Fokus kepada Allah lebih dari makhluk, dari segala apa pun. 'Berbicara' dengan Allah itu lebih menenangkan hati. Jika kita bertawakkal kepada Allah, Allah pasti mencukupkan kita dan yang terbaik jugalah kita dapat. Berkali-kali Allah mengajar kita, jika kita berpaling dariNya, kita pasti binasa. Tiada seorang pun yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita selain Allah. TIDAK ADA.

 Sebagai hambaNya yang faqir, kepada Dia-lah kita yakin, berserah diri, menggantungkan harapan, dan memohon apa yang terbaik untuk diri kita-walau dalam sekecil-kecil perkara seperti hendak pakai baju apa, nak masak apa, nak pergi mana..apabila kita ingat Allah dalam setiap tindakan kita, maka InsyaAllah kita ingat untuk buat sesuatu perkara itu kerana Allah. Bila buat sesuatu kerana Allah, pastilah perkara itu adalah perkara yang diredhai olehNya. TIDAK ADA perbuatan maksiat yang diniatkan kerana Allah.

Sebagai contoh, jika kita dimarahi, tenangkan diri, tanya pada Allah, "Ya Allah, apa patut aku buat.."..dengan izinNya, secara automatik, fikiran mula ingat untuk bersabar, koreksi diri, dan mengembalikan segala hal yang berlaku kepada Allah. Bila kita ingat Allah, tanya pada Allah, jawapannya pasti ada, yakni selari dengan apa yang Allah anjurkan melalui Al-Quran dan Hadis. Allahuakbar...

Antara pemandangan di dalam pesantren 

Rujuklah Al-Quran dan Hadis, InsyaAllah kita akan selamat dari belenggu maksiat dan kesesatan. Hakikatnya kita sedang berurusan dengan Allah, Dia-lah Penilai kita, bukan orang lain. Jadi, jika ada manusia yang mencadangkan sesuatu yang tidak selari dengan hukum syarak, jangan sekali-kali kita lemah. Tinggalkanlah hal yang batil, dan teguhkan dengan mengikuti perintah Allah, Lillahi Ta'ala.

Salah satu kisah yang mencerminkan kekuasaan Allah dalam membantu hambaNya yang melakukan penyerahan diri kepadaNya, adalah kisah Pondok Pesantren Salafiyah Bihaaru Bahri 'Asali Fadlaailir Rahmah, Turen, Jawa Timur. Pengasasnya, Romo Kyai Ahmad, dengan izin Allah, telah diilhamkan oleh Allah untuk membangunkan pondok pesantren yang luarbiasa. Binaan itu, Subhanallah, sungguh indah, unik dan lebih menarik lagi, sesiapa yang berkunjung ke situ, memperoleh ketenangan dan kesedaran tentang Allah. Seolah-olah bangunan itu 'berbicara supaya manusia membersihkan hati'. Romo Kyai sentiasa memohon petunjuk dari Allah dalam setiap inci pembinaan pesantren itu. Beliau melakukan istikharah bagi menentukan bentuk, ukuran, bahan, dan tempat untuk mendirikan setiap bangunan. Tiada pelukis pelan, interior designer, arkitek handalan, pembina bangunan yang berkemahiran, atau jentera-jentera besar, tetapi segala proses pembinaan pesantren itu hanya melibatkan Romo Kyai dan para pelajar di situ. Dari pemikiran logik, agak mustahil bagi orang yang tiada asas dalam bidang senibina, mampu menghasilkan sebuah 'masterpiece' sebegitu. Namun, itulah kebesaran dan kekuasaan Allah, yang memberikan ilham dan kurnia kepada hambaNya yang sentiasa merendahkan diri kepadaNya, menyerahkan urusan kepadaNya, dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Wallahu 'alam.

Berikut adalah antara gambar pondok pesantren itu:







More info about the pesantren: http://www.ponpesbibaafadlrah.or.id/

Note: I'm no better than anyone of you who read this. Let's just try to be a better person because of Allah...

La hau la wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'aziim...

No comments:

Post a Comment