6 WASIAT SAIDINA UMAR

6 WASIAT SAIDINA UMAR :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Sunday 8 July 2012

Kelebihan Wanita Menetap Di Rumah

Bismilahirrahmaanirrahiim.


Sollu 'alan Nabi.




Ibnu Masu’d r.ahu meriwayatkan ; bahwa RasuluLlah s.a.w bersabda:"Wanita itu aurat, apabila ia keluar dari rumahnya maka syaitan mengawasinya.Dan sesungguhnya selama ia berada dirumahnya wanita itu sangat dekat dengan Allah s.w.t . (Hadis Riwayat Tirmizi)


Ibnu Masu’d r.ahu meriwayatkan ; bahwa RasuluLlah s.a.w bersabda:"Solat wanita dibiliknya lebih baik dari di tengah rumahnya, dan solatnya di tengah rumahnya lebih baik dari solatnya di perkarangan rumahnya (serambinya)".(Hadis Riwayat Abu Daud Jilid 1)


"Solat wanita yang paling disukai oleh Allah ialah yang dikerjakan di mihrabnya mandapat pahala 25 darjat lebih baik dari solatnya secara berjemaa'h".(Kanzul U'mmal)

Dari AsSaib bekas hamba Ummu Salamah r.a.ha:Nabi s.a.w bersabda:"Masjid yang terbaik bagi wanita ialah sudut rumahnya". (Musnad Ahmad, Targhib wa Tarhib) Sabda baginda SAW : "Amalan yang paling baik bagi kaum wanita dari ummatku adalah redho (terima dan taat) dan menghindarkan diri dari lelaki (dengan berada di rumah). " (Syaroi' Hijab)


Abu Hurairah r.a.hu. meriwayatkan, RasuluLlah s.a.w telah bersabda di dalam haji wida':" Hanya untuk ini (mengerjakan haji) sahaja selepas ini,kamu (para isteri baginda) semua hendaklah berada di tikar-tikar rumah (menetap di rumah)".Abu Hurairah r.a.hu berkata: Kamu semua itu ialah isteri-isteri RasuluLlah s.a.w. (Sunan Abi Daud,Musnad Ahmad,Targib wa Tarhib)


Hadhrat A'aiesyah r.a.ha meriwayatkan RasuluLlah s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya solat wanita dirumahnya lebih baik dari didalam biliknya,solatnya di dalam biliknya lebih baik dari solatnya di halaman dalam rumahnya,solatnya di halaman rumahnya lebih baik dari solatnya di masjid".(Sunan Abu Daud, Musnad Ahmad,Majma' AzZawaid)


Ibnu Masu’d r.ahu " Perempuan itu aurat, maka tahanlah mereka di dalam rumah.Sesungguhnya seseoran wanita itu bila ia keluar , suaminya bertanya:"kamu hendak kemana?".Kata perempuan itu:"Saya hendak pergi menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah".Maka syaitan sentiasa bersamanya (menghasut ia keluar) sehingga ia keluar dari rumahnya dengan terbuka auratnya.Sedangkan tidaklah wanita itu dapat mencari keredhoan Allah (dengan cara yang terlebih baik) dari ia tinggal di dalam rumahnya, dan beri'badat kepada Allah di dalamnya dan mentoa'ti suaminya." ( Targhib wa Tarhib dan Majma' AzZawaid)


No comments:

Post a Comment