6 WASIAT SAIDINA UMAR

6 WASIAT SAIDINA UMAR :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Monday 14 May 2012

Jika Ikhlas...


Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sollu 'alan Nabi.

Ya Allah, hati hamba sangat mendambakanMu. Sangat menginginkan keredhaanMu. Tapi mengapa hati hamba masih belum mampu untuk khusyuk ketika solat. Masih merungut atas masalah yang diberikanMu. Masih bersedih, masih sakit hati, masih..masih..dan masih..

Ya Allah, Kau Maha Berkuasa. Tiada apa yang Engkau rencanakan sia-sia. Rupa-rupanya Engkau ingin mengajarkan hamba erti ikhlas, erti sabar, erti tawakkal, erti redha. Tidak akan dapat hamba miliki sifat itu tanpa tarbiyah dariMu Ya Allah.

Jika betul ikhlas kerana Allah, kenapa masih bersedih? Kenapa hati tidak mampu bersabar? Kenapa masih tidak mahu merendahkan diri. Jika betul hatimu ikhlas kerana Allah, kamu tidak akan merungut, tidak akan mengeluh, malah kamu akan tersenyum sambil mengatakan, "Aku bersabar kerana Allah, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.." Lalu kamu tetapkan kesabaran kamu dan kepada Allah kamu bertawakkal...

Jika kamu betul ikhlas kerana Allah, tiada apa yang dapat memberi kesan kepada dirimu, selain Allah. Ikhlas tidak akan didapati bersama sifat gila hormat /puji dan inginkan apa yang orang lain ada /tamak. Ubatnya adalah dengan yakin dengan sebenar-benar yakin bahawa hanya pujian dan hinaan Allah yang boleh memberi manfaat atau mudarat, serta cukuplah bagimu mengharapkan apa yang ada di sisi Allah. (Al-Fawaid)

Hati yang khusyuk datang dari jiwa yang berserah diri kepada Tuhannya. Ikhlas, sangat memerlukan Allah, yakin dengan pertemuan dengan Allah, serta kembalinya jiwa kepada Allah.

Ya Allah, selama-lamanya jiwa ini memerlukanMu. Selama-lamanya jiwa ini ingin bersama denganMu. Allahu Rabbi..Terima kasih Tuhan Yang Maha Pengasih, atas segala pemberian indah dariMu...

-cintasiteluki-



No comments:

Post a Comment