6 WASIAT SAIDINA UMAR

6 WASIAT SAIDINA UMAR :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Friday 18 May 2012

ada perkara yang lebih penting

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sollu 'alan Nabi.

Hari ini, hati terketuk, terhentak. Terbuka. Untuk menyedari bahawa ada perkara yang lebih penting dari memikirkan tentang diri sendiri, mencari kesalahan orang lain, bersedih atas impian duniawi yang tak dapat terpenuhi, fikiran-fikiran lesu yang membawa khayalan yang menipu, angan-angan untuk pergi ke tempat-tempat indah untuk berseronok, makanan yang sedap, hal ehwal orang lain yang tak penting dan buang masa kalau tahu pun, hiburan yang menumpukkan dosa dan menggelapkan hati, kebodohan, kelalaian..ahh.. terlalu banyak kesia-siaan dalam hidup andai tak bersandar pada Allah, andai tak ingat Allah. (baca tafsir surah Al-Asr)

Pernah tak kita terfikir tentang umat Islam yang menderita di Palestin? Adakah kita ambil berat tentang mereka? Kita selalu mengeluh dengan masalah kita, seolah-olah itulah masalah yang paling besar..Walhal mereka yang berjuang di Palestin lebih berat ujiannya. Malunya...

Ada perkara yang lebih penting dari nafsu kita. Kita sibuk sangat nak penuhkan kehendak nafsu, sampai bila tak dapat satu benda tu, kita jadi sangat kecewa. Ya Allah..lemahnya iman kita..

Perkara yang paling penting buat kita sepatutnya adalah Allah, Rasulullah, Iman, Islam, akhirat. Segala yang terkait tentang itu. Tapi, kita selalu sempitkan fikiran dan hati dengan hal remeh temeh hingga lupa 'perkara' yang lebih utama. I'm saying this to myself. Allah..tolonglah hambaMu yang masih lalai dengan dunia ini..yang masih lemah jiwanya..

Umat Islam sekarang perlu bersatu, bukan berpesta. Saidina Umar berpesan, "Kita mulia sebab Islam, kalau kita cuba cari sebab lain, tunggulah hinaan Allah untuk kamu.."

Allah..terasa beratnya tanggungjawab sebagai khalifah..Permudahkanlah..Jadikan kami hambaMu yang taat..Berjuang demi agamaMu semata-mata keranaMu..


No comments:

Post a Comment