6 WASIAT SAIDINA UMAR
6 WASIAT SAIDINA UMAR :
1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.
2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.
3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.
4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.
5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.
6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.
Saturday, 8 December 2012
TIPS ELAK BER 'COUPLE'
Sollu 'alan Nabi.
Ada 8 tips yang didapati dari radio Hang.Fm (radio Islam Batam, Indonesia). Ustaz dlm radio tu ade bgtahu cara2 untuk elakkan diri dari terlibat dalam percintaan yang haram. Tinggalkanlah 'couple' kerana Allah..So here goes:
1. Menikah. Yes, nikah. Menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan. Bahkan merupakan ibadah dan berpahala.
2. Ikhlas dalam beribadah kepada Allah.
3. Doa- mohon pada Allah agar ditetapkan hati untuk menaati perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
4. Menjaga pandangan- tundukkan pandangan..kalau terpandang, buat tak tahu je..tak perlu difikir2kan..jgn ikutkan nafsu..dan bagi perempuan, tutuplah aurat dgn sempurna dan jgn mempamerkan kecantikan in any form..(cara cakap, jalan, perangai, gambar dalam laman sosial)
5. Menyibukkan diri dengan hal yang berfaedah- make urself busy dgn aktiviti yg berfaedah..contoh: belajar, berpersatuan, ape2 yg diredhai Allah; hafal Al-Quran, belajar hadis, kuliah agama, tolong ibu ayah..
6. Menghindari diri dari mendengar lagu/ menonton video/filem/ baca novel & cerita2 yg berunsurkan percintaan.
7. Menilai orang yang disukai itu dengan hal yang buruk..notice keburukan dia, and think about it sampai rasa tak nak kat dia..
8. Kerjakan solat yg wajib & sunat especially tahajjud, lalu berdoalah mohon petunjuk dan kekuatan dari Allah dlm solat terutama sewaktu sujud. Mohon yang terbaik di sisi Allah..mengadu pada Allah..
Extra: ingat mati dan akhirat...bygkan waktu tgh pegi dating tu malaikat maut dtg untuk menarik nyawa kita..Na'uzubillah..jodoh kita telah ditetapkan di lauh mahfuz..cuma cara kita dalam menggapai jodoh itu, adakah mengikuti syariat atau tidak..
Semoga bermanfaat...mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis...lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik..jom jadi perempuan yang baik dan solehah..insyaAllah..cinta sebenar itu hanya didapati dalam pernikahan..:)
No comments:
Post a Comment