6 WASIAT SAIDINA UMAR

6 WASIAT SAIDINA UMAR :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Monday, 31 December 2012

Menyapu Khuf :)

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sollu 'alan Nabi.

Kadang-kadang bila kaum wanita hendak berwudhuk di surau/masjid, mereka mengalami sedikit kesukaran sebab perlu membuka stokin bagi membasuh kaki..lepas tu dalam keadaan kaki basah2 kena sarung balik stokin sebab laluan untuk menuju ke tempat solat tu boleh dilihat oleh lelaki..kaki kan aurat..jadi..sebagai alternatif kita boleh menyapu khuf..cara ini memang ada dicontohkan oleh Rasulullah SAW dan merupakan sunnah. Juga buat siapa2 yang mengalami kesukaran sebagai contoh cuaca terlalu sejuk dan sebagainya, bolehlah beramal dengan rukhsah ini. InsyaAllah.

Apa itu khuf?

Khuf ialah sesuatu yang diperbuat dari kulit yang dipakai menutupi dua buku lali ke atas seperti stokin. Menyapu khuf adalah diharuskan berdasarkan 4 mazhab,samada ketika musafir,mukim,darurat ataupun tidak.Ia menepati basuhan 2 kaki di dalam wudhuk.
Khuf=stoking?
Yang menjadi tanda Tanya pastinya dalam hati kita adalah, di mana mahu di cari penutup kaki sebegitu rupa? Kalau stoking biasa pula bagaimana?
Menurut Hambali,Muhammad bin Al-Hassan dan Abu Yusof dari Hanafi, boleh. Termasuk stokin biasa. Menurut Abu Hanifah,Maliki dan Syafi’e yang boleh dengan syarat tambahan. Syarat khuf yang ditetapkan oleh imam Syafie untuk mereka yang berstokin adalah :
1- Stokin berkenaan hendaklah tidak jarang/ rapat jalinannya sehingga ia boleh digunakan untuk berjalan dengannya.
2- Hendaklah ia dipakai dengan kasut
Syarat sah khuf
Terdapat 2 syarat utama penggunaan khuf.
1- Khuf itu suci(bersih dari sebarang najis)
2- Memakai khuf dalam keadaan suci dari hadas kecil dan hadas besar(selepas wudhu’)
Cara Menyapu Khuf
Ambil wudhuk seperti biasa, cuma gantikan rukun basuh kaki kepada berikut:
1- Basahkan tangan dan renjiskan ke tepi
2- Sapukan tangan pada sebelah atas khuf memadai dengan sekali sapuan saja.Tapak kaki tidak perlu disapu.
Perkara Yang membatalkan Khuf
1- Semua perkara yang mewajibkan mandi hadas seperti berjunub, haidh dan nifas.
2- Tamat tempoh yang dibenarkan khuf(3 hari  3 malam bagi musafir, 1 hari 1 malam bagi yang bermukim)
3- Batal apabila menanggalkan khuf. (*menanggalkan stoking setelah berniat khuf akan membatalkan khuf)
Adakah khuf juga relevan di Malaysia?
Hukum menyapu ‘khuf’ boleh aplikasikan di Malaysia bahkan di mana-mana sahaja dalam dunia ini. Anggota tentera merupakan golongan yang banyak mengamalkan hukum ‘khuf’ di Malaysia.
Ulama besar Imam an-Nawawi telah berkata: Telah ijmak ulama (di kalangan mereka yang dikira ijmak mereka) bahawa harus menyapu ke atas ‘khuf’ bagi seorang yang bermukim atau bermusafir samada disebabkan oleh keperluan atau pun tidak sehingga harus menyapu ‘khuf’ bagi seorang wanita yang hanya tinggal di rumahnya. Wallahu A’lam.
Hadis-hadis yang menyebut tentang ‘khuf’ tidak membataskan aplikasinya di tempat-tempat tertentu sahaja.
Selamat beramal
Semoga bertambahnya pengetahuan kita tentang keringanan yang dikurniakan Allah ini, akan menambah semangat dan kekuatan kita untuk beramal. Allah tidak pernah zalim terhadap hamba-hambaNya, kitalah yang menzalimi diri kita sendiri, bertindak membelakanginya dan mengabaikan perintahNya dengan pelbagai alasan.
أعلم والله
Rujukan



No comments:

Post a Comment