Bismillahirrahmaanirrahiim.
Sollu
‘alan Nabi.
Wanita
solehah, cerminan Ainul Mardiah…
Sabda
Rasulullah s.a.w:
“Harta
yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah.” HR Muslim
Ramai
manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata mata, ada juga yang
menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada
keturunan, tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya…
Kemuliaan semua makhluk Allah adalah terletak pada nur taqwa..
Wanita
adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu
bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi
teriakan mereka mampu merubah segalanya.
Oleh
yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat
di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang
dicicip oleh wanita solehah.
Kerana
itulah…
Sebagai
anak, dia menjadi anak yang solehah…
Sebagai
isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya…
Sebagai
ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang..dan pastinya sebagai
hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya
kepada-Nya…
Firman
Allah dalam surah an-Nisa’: 24
“Barangsiapa
yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang
yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya
walau sedikitpun.”
Dalam
Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya
hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita
diciptakan untuk saling melengkapi.
Setiap
lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan,
sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan
wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah, Mardhatillah.
Rasulullah
s.a.w telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia
dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud…
“Berlaku
baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang
bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu
akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka
berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu.” Al-Bukhary dan Muslim
Nilai
wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk
memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu
dan keterbatasan dalam pergaulan.
Wanita
solehah itu adalah wanita yg tegar menjaga maruahnya,serta apa yang lahir dari
dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya,
senyum tawanya, jalannya,tulisannya hatta namanya sekalipun, wajahnya bukan
aurat,tapi ada kalanya ia menjadi aurat.
Dalam
mazhab syafie ada khilafnya.. berdasarkan ayat dalam surah an-Nur, 30.
Allah
melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya,kecuali apa yang telah zahir
daripadanya.
Ulama
Syafie berpendapat makna “apa yang zahir daripadanya” adalah muka dan tapak
tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat,
wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti
akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya, mungkin
berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan
tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan
wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.
Suaranya
bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat. Wanita yang memahami erti
kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi, kerna memahami
perintah Allah s.w.t padanya dalam surah al-Ahzab ayat: 33.”
Maka
janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu
orang yang ada penyakit hatinya”.
Jadi,
bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi, pergaulan yang betul telah
Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib.
Bagaimana
mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai
pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian.
Nabi
Musa a.s telah mengambil alih tugas mereka memberi minum kepada binatang ternak
mereka, apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang
daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa a.s dengan keadaan malu untuk
menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa a.s ke rumahnya.(surah
al-Qasas: 23-25)
Daripada
peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak
memdedahkan dirinya pada pandangan umum. Apabila ia berurusan dgn lelaki
ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.
Berurusanlah
dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat(berdua-duaan).
Khalwat
paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga
perzinaan.
Berbual-bual
di telefon atau s.m.s antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang
juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua –
duaan..fikirkanlah.
Saidina
Umar r.a berkata, “Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada
berjalan di belakang seorang wanita”.
Seorang
wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya, kerna ia
faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut.
Bagaimana
pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di
belakangnya?. Maka, labuhkanlah tudung mu sehingga menutup juyub(tulung rusuk
paling bawah) dan menutup punggung.
Ketahuilah
bahwa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah
saw,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar
dari rumahnya tanpa jilbab, seseorang telah menegurnya,”mengapa engkau tidak
berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?”.
Lalu
wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya,
beliau berkata, “aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan
melanggari perintah Allah swt”.
Diriwayatkan
juga ketika peristiwa Fathul makkah, Hindun datang berjumpa Rasulullah untuk
memeluk Islam dalam keadaan berjilbab. Beliau telah siap menunaikan perintah
Allah walaupun belum memeluk Islam.
Hari
ini apa yang terjadi pada wanita Islam, bertahun-tahun belajar Islam tetapi
masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya…
Wanita
solehah juga tidak berpergian(keluar rumah) melainkan urusan
yangmustahak.Keluarnya wanita dari rumah hendaklah ditemani muhrimnya. Para
sahabiyah r.a tidak keluar dari rumah mereka sehinggakan mereka tidak hafal
jalan -jalan di kampung mereka. Apa yang mereka hafal hanyalah jalan-jalan
menuju syurga Allah.
Oleh
itu, mereka telah menghantar suami dan anak anak mereka ke syurga melalui jalan
pintas, dengan berjihad dan syahid di jalan Allah…
Keluarnya
wanita dari rumah menyebabkan terbinalah papan-papan iklan maksiat. Ini sangat
menguntungkan musuh Islam. Wanita kita hari ini melariskan produk keluaran
mereka dengan mendedahkan maruah mereka pada pandangan umum.
Aku
bangga apabila ditanya pada seorang muslimah, “dimana tempat membeli belah
paling besar di kota ini?”. sedang ia menjawab, “saya tidak tahu”. Seorang
wanita solehah juga tidak bertabarruj(berhias diri)
firman
Allah swt:
“Janganlah
kamu berhias diri sepertimana berhias diri perempuan jahiliyah”.(surah
al-Ahzab_33)
ya,memang
benar…Islam itu mudah, tapi kemuliaan Islam itu selalu mengiringi mereka yang
tidak mengambil mudah terhadap Islam, dalam satu hadith dalam kitab hadith 40,
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Kebaikan
itu adalah akhlak yang baik, dan dosa itu adalah apa yang bergetar di hati
kamu, dan kamu takut perbuatan itu dilihat orang
Wanita
solehah itu adalah wanita yang menjaga pandangannya, kerna ia adalah perintah
dari Allah(an-Nur,30-31), ia tidak akan mengizinkan dirinya untuk memandang
atau dipandang lelaki ajnabi pandangannya sentiasa tertunduk ke bumi,lantaran
sifat malu kepada tuhannya untuk berbuat kemungkaran atau mencetuskan
kemungkaran. Tundukkanlah pandanganmu, ibarat mencari sesuatu yang hilang.
Ketahuilah, kelak di dalam kubur manusia yang tidak menjaga pandangannya akan
diajar oleh syuja’ul aqro, sekali ia menghembuskan bisanya ke bumi, maka
sehelai rumput pun tidak akan tumbuh, dan di hari kiamat, dia akan dibangkitkan
dalam keadaan buta.
Wanita
solehah itu adalah wanita yang selalu menjaga pendengarannya daripada sesuatu
yang melalaikan,umpatan dan cacian, wanita yang menjaga pendengarannya di
dunia, maka di syurga kelak dia akan dapat mendengar suara Nabi Daud a.s
membaca kitab Zabur, di mana sungai pun akan berhenti mengalir kerna kemerduan
suaranya.
Dia
akan dapat mendengar Rasulullah saw membacakan surah Yasin dan Toha.
Dan
di hari puncak segala kebahagiaan untuk penghuni syurga, iaitu di kala melihat
wajah Allah swt, Allah swt akan membacakan untuknya surah arRahman… MasyaAllah…
Saudariku,
Bangkitlah
dari lenamu yang panjang, dan tidak berkesudahan, sekali kamu terjatuh,jangan
biarkan diri kamu jatuh selamanya, kamu punya kekuatan untuk bangkit semula,
walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan, yakinlah kasih
sayang dan maghfirah Allah terlalu luas…
Saudariku…
hidup
ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan
dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar
dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa,
seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia
dihina dan dikeji di setiap persimpangan yg dilalui, tapi bila raja itu sedar
dari lena, dia tetap seorang raja…
Saudariku…
itulah
hakikat hidup di dunia, kalau susah,susah yang sementara, kalau senang, senang
yang sementara, tapi hidup di akhirat, kalau susah sehari, ibarat seribu tahun
di dunia, kalau senang di akhirat..senang untuk selamanya…
Saudariku…
matanglah
dalam urusan akhiratmu, jgn kerna kesenangan dunia yg sementara, kau sanggup
menempah sengsara di akhirat selamanya, jgn kerna kasih makhluk yg sementara,
kau hilang kasih Allah di akhirat, jika kau hilang kasih Allah, kau hilang
segalanya…
Saudariku…
Saidatina
Aisyah r.a pernah berpesan,
“sebaik
baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang”
Jangan
kau berasa bangga, kecantikanmu dikejar jutaan lelaki, itu bukan kemuliaan
bagimu, tapi adalah satu penghinaan, jika kau berasa bangga, kau menyamakan
dirimu dgn pepasir dipantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja, di
mana seorang pengemis pun mampu memilikinya, tapi jika kau menganggapnya
sebagai satu musibah pada dirimu, Kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara
Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja…
Saudariku…
ingatlah
pesan Rasulullah s.a.w, “barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia
daripada kalangan mereka”
lihatlah
penampilanmu,percakapanmu,ataupun akhlakmu, moga – moga ia mirip Asiah dan
Maryam a.s, mirip isteri-isteri Rasulullah saw dan para sahabiyahnya r.a, kelak
di hari kebangkitan,mereka akan menjadi jiranmu, tapi apa khabar nasibmu,jika
penampilanmu, percakapanmu dan akhlakmu, seperti akhlak wanita-wanita
jahiliyah…?
Saudariku…
jadilah
wanita solehah, yang taat pada Allah dan Rasulnya, teguhlah menjalankan
perintahnya dan meninggalkan larangannya,
jangan
kau cuba menambah atau menguranginya walaupun langit dan bumi menghimpitmu,
jagalah hati, pandangan, pendengaran dan percakapanmu, binalah hubungan baik
dengan Tuhanmu, beristiqomahlah dalam kebaikan dan kesolehan, agar tarikan dan
hembusan nafasmu, di dalam keredhaan tuhanmu, didiklah hatimu seperti hati
Rasulullah s.a.w, walaupun dicaci,dilukai dan disakiti, tapi baginda tetap
mendoakan kebaikan utk umatnya…
Saudariku…
ajarlah
jiwamu untuk bersahabat dgn tuhan, ia tidak semudah pengucapan, kau akan
didatangi pelbagai musibah dan ujian, di kala jasadmu bersama manusia, tapi
ruhmu jauh terbang merindui tuhan, di kala manusia lalai dengan keduniaan,
jiwamu menangis kerna takutkan tuhan, hiasilah setiap tarikan dan hembusan
nafasmu,dengan zikir LailahaillaAllah, berjalanlah di atas jalan seorang
solehah, da’ieah, abidah, alimah,murabiyah dan zahidah, jalan yg pernah dilalui
oleh Maryam a.s, Masyitah a.s dan para sahabiyah r.a, di mana seorang yang buta
pun, apabila melalui jalan ini, mereka akan bertemu syurga Allah…
Semoga
kamu dimuliakan Allah seperti Saidaina Fatimah r.a..di kala penghulu wanita di
syurga itu ingin melalui titian sirat, Allah akan memerintahkan setiap manusia
supaya menundukkan pandangan,kerna beliau adalah wanita yang tegar menjaga
maruahnya di dunia..betapa tingginya maruah seorang wanita solehah..semoga kamu
ditaufiqi Allah untuk mendakapnya.ameeen.
No comments:
Post a Comment