6 WASIAT SAIDINA UMAR

6 WASIAT SAIDINA UMAR :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Sunday 10 June 2012

Membezakan Mazi, Wadi, & Mani

Bismillahirrahmaanirrahiim.


Sollu 'alan Nabi.


Air yang keluar dari kemaluan kebiasaannya tidak lari dari empat jenis;

1. Air kencing
2. Air Mazi
3. Air Madi
4. Air Mani

Dari empat air di atas, tiga darinya adalah najis iaitu air kencing, air madi dan air mazi. Adapun air mani ia tidaklah najis kerana ia adalah asal kejadian. Adapun ciri-ciri setiap air di atas -untuk memudahkan kita mengenalinya-, maka berdasarkan keterangan ulamak;

- Air kencing; cirinya sebagaimana sedia maklum

- Air Mazi; cirinya adalah melekit dan keluar dari kemaluan (zakar atau faraj) biasanya tatkala naik syahwat.

- Air Wadi; cirinya ialah kental, berwarna putih dan keluar dari kemaluan sesudah buang air kecil.

- Air Mani pula; air mani lelaki, cirinya; berwarna putih dan tebal/kental. Adapun air mani perempuan; warnanya kuning dan nipis/cair (yakni tidak kental). Kedua-dua air mani lelaki dan perempuan itu ada ciri kebersamaannya, iaitu;
a) Bau air mani perempuan sama seperti bau air mani lelaki iaitu seperti bau tepung diuli,
b) Dirasai kelazatan ketika keluarnya dan selepas keluarnya badan merasai keletihan dan syahwat menjadi reda.

Menyentuh tentang mandi, dari empat air di atas, hanya keluar air mani sahaja yang mewajibkan mandi. Adapun keluar kencing, mazi dan wadi, tidakah mewajibkan mandi, akan tetapi ia adalah najis dan membatalkan wudhuk dengan keluarnya. Oleh demikian, apabila keluar air-air selain mani itu, yang wajib dilakukan sebelum solat ialah membasuhnya dan mengambil wudhuk.

Perlu diperjelaskan; apabila seorang lelaki mensetubuhi isterinya, kedua-dua suami-isteri wajib mandi walaupun tidak keluar mani. Ini kerana persetubuhan itu sendiri telah mewajibkan mandi tanpa mengira keluar mani atau tidak. Yang dimaksudkan persetubuhan ialah memasukkan zakar ke dalam faraj.
Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, jil. 2 (juz. 3), bab Wujub al-Ghasl ‘Alal-Mar,ah.
2. Fiqh at-Thoharah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hlm. 226.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 1:02 AM



Para imam fuqaha' telah bersepakat seandainya seorang lelaki atau wanita keluar air mani maka mereka diwajibkan mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar tersebut.(1)

Mereka berkata: Sesungguhnya air mani bagi lelaki adalah air yang likat yang keluar ketika seseorang itu naik syahwatnya dan ianya keluar dalam keadaan terpancut. Manakala bagi perempuan pula air tersebut cair dan berwarna kekuning-kuningan. Air tersebut keluar sama ada ketika kedua-duanya (lelaki dan perempuan menjalankan hubungan persetubuhan ataupun bermimpi.

Telah diriwayatkan oleh Imam Muslim didam kitab Sohihnya:

Maksudnya: Sesungguhnya Ummu Sulaim telah berkata, dia telah bertanya Nabi Muhammad s.a.w tentang (hukum) seseorang wanita yang melihat didalam mimpinya sepertimana yang dilihat oleh seorang lelaki? Maka Nabi menjawab: "Sekiranya seseorang perempuan melihat perkara itu maka mandilah (mandi wajib). Maka Ummu Sulaim berkata: " Aku malu tentang perkara ini": "Adakah terjadi seperti itu? Maka Nabi bersabda: "maka darimana berlakunya kesamaan?". Dalam satu lafaz Ummu Sulaim berkata: "Adakah (wajib) keatas perempuan mandi sekiranya dia berihtilam (keluar air mani) ? Maka nabi bersabda: " Ya, seandainya dia melihat air (mani)"(2)


Wajib kepada lelaki dan perempuan mandi (wajib) sekiranya air mani keluar dalam keadaan naik syahwatnya sama ada ketika waktu dia sedar ataupun waktu dia tidur. Telah berkata Imam Tirmizi: "Kami tidak (pernah) mengetahui ada khilaf dalam perkara ini.


MAZHAB SYAFIE

Hukum mandi tersebut wajib, melainkan Imam Syafie tidak mensyaratkan keluarnya air mani tersebut dalam keadaan terpancut dan dalam keadaan syahwat sebagai syarat wajibnya mandi.(3) Iaitu tidak kira sama ada lelaki ataupun permpuan, baligh atau pun hampir umur baligh, merasa kepuasan setelah keluar air mani atau tidak, berakal atau gila, kesemuanya diwajibkan mandi seandainya keluar air mani.

MAZHAB HANAFI, MALIKI & HAMBALI

Manakala didalam mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali pula, tidak wajib mandi melainkan air mani itu keluar dalam keadaan syahwat dan terpancut (4). Dan dalil bagi pendapat mereka ialah daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud: "Sesungguhnya nabi menyifatkan air mani yang mewajibkan mandi adalah sekiranya air mani tersebut dalam keadaan yang putih dan likat", dan sesungguhnya nabi telah bersabda kepada Saidina Ali r.a : "Sekiranya terpancut keluar aur maka mandilah".

Oleh yang demikian, sekiranya bermimpi seseorang perempuan itu, dan keluar air mani, perempuan tersebut wajib mandi, dan haram bagi perempuan tersebut melakukan ibadah solat, membaca al-quran, menyentuh mashaf Al-Quran, sujud tilawah, sujud syukur dan ibadah-ibadah yang lain, melainkan selepas perempuan tersebut mandi wajib.


Friendly Reminder : Bagi wanita, pakailah pantyliner supaya sebelum solat/ nak buat ibadah lain, jika terdapat najis seperti madi/ mazi/ keputihan, pantyliner tu boleh terus dibersihkan dan dibuang. ~ 



No comments:

Post a Comment