6 WASIAT SAIDINA UMAR

6 WASIAT SAIDINA UMAR :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Saturday 7 April 2012

TUTUP AURAT IKUT SYARIAT :)

Bismillah.
Sollu 'alan Nabi.

Assalamualaikum. Khas buat Muslimah yang dikasihi dan dirindui kerana Allah.

Alhamdulillah, Allah telah menjadikan kita sebagai manusia yang mempunyai akal, jasmani dan rohani yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas sebagai hamba Allah dan khalifahNya di muka bumi. Allah tidak membiarkan kita terkontang-kanting tanpa panduan dalam melaksanakan misi yang besar ini, tetapi telah menurunkan petunjuk yakni Al-Quran dan Hadis yang disampaikan oleh insan yang wajib kita cintai melebihi sesiapa pun di dunia yakni ini Rasulullah S.A.W.

Fokus kali ini berkisar tentang kewajipan kita sebagai perempuan untuk menutup aurat mengikut syariat Allah. Jom baca artikel ini : http://www.zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/288-aurat-wanita--apa-sudah-jadi-.html#comments , tulisan Ustaz Zaharuddin.

Jom teman-teman seagamaku sayang, kita jaga maruah kita sebagai wanita yang diangkat martabatnya oleh Allah dan Rasul-Nya. InsyaAllah.

Sematkan azam dan usaha untuk cuba sedaya upaya melaksanakan perintah Allah sebaik mungkin, dan mohon agar Allah menetapkan hati kita di jalan Allah buat selama-lamanya. Tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah.

       "Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah." 



No comments:

Post a Comment