6 WASIAT SAIDINA UMAR

6 WASIAT SAIDINA UMAR :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Thursday 5 April 2012

BERSANGKA BAIKLAH

Bismillah.
Sollu 'alan Nabi.

Alhamdulillah, digerakkan hati oleh Allah untuk merenung aktiviti hati yang semua orang pasti tak boleh lari dari melakukannya : SANGKA. Isunya, kita bersangka baik atau buruk? Memang semua orang tahu, the best thing is melakukan perkara yang membawa kebaikan. Mestilah kena sangka baik. Tapi, apa yang selalu hati kita buat? ......

Perkara pertama yang kita kena latih hati kita buat dalam konsep sangka-menyangka adalah : BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH. Ya, sebab apa pun perkara yang berlaku adalah dari Dia, dan Allah memang baik. :) Kita sebagai hambaNya yang lemah pasti inginkan hanya yang baik-baik saja, yang buruk-buruk semua tak nak. Tapi, ada masanya Allah menguji keimanan kita terhadap qadha' dan qadarNya dengan hal yang kelihatan 'buruk', namun di sebalik itu tersembunyi hikmah yang besar. Di situ peranan hati kita untuk tetap teguh bersangka baik dengan Allah. Tidak ada insan yang tidak diuji, bahkan Rasulullah S.A.W yang merupakan Kekasih Allah adalah insan yang paling berat ujiannya. Adakah itu bermakna Allah menzalimi baginda? Tentu sekali tidak, kerana melalui ujian itu mentarbiah jiwa Rasulullah agar tetap utuh pergantungannya terhadap Allah sekaligus mengangkat darjat baginda di sisi Allah. Yakinlah Allah pasti memberikan yang terbaik untuk kita. Dia Maha Pengasih, Maha Mengetahui. Jangan sekali-kali putus asa dengan rahmat Allah.



Seterusnya adalah latihan bersangka baik dengan manusia. Agak mencabar bagi hati yang diserang penyakit mazmumah untuk bersangka baik pada orang lain. Check ourselves. "Macam mana nak sangka baik kalau dah sah-sah dia menyakitkan hati aku??!" Relaks. Istighfar. Kalau ada orang yang buat kita sakit hati, bertenanglah. Boleh jadi Allah nak hapuskan dosa kita yang terdahulu melalui cara itu, atau ianya adalah ujian. Anggaplah orang itu tidak tahu yang perbuatannya itu adalah salah dan menjadi tanggungjawab kita yang tahu untuk mendidik dirinya agar tidak mengulangi perbuatan tersebut dengan berakhlak mulia.



Apa reaksi kita kalau hal itu adalah ujian dari Allah? Mesti kita nak hadapi ujian itu dengan cara yang terbaik dan cemerlang, kan? The best way adalah sabar, bertenang, koreksi diri (kot ye memang kita yang salah tapi tak perasan), mohon pertolongan Allah agar diteguhkan hati, bersangka baik pada orang tersebut, doakan dia semoga beroleh petunjuk serta kebaikan dan maafkan dia. Orang mukmin itu adalah orang yang mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.

Tips berguna, kalau kita tak suka orang buat kita, kita jangan buat orang. Kita mesti tak suka kalau orang sangka buruk pada kita, cakap kasar-kasar dengan kita dan macam-macam lagi hal yang kita tak suka, tapi kita pun ada juga buat hal itu pada orang lain. Lagipun, selalunya bila kita dah fikir negatif tentang seseorang, kita akan sentiasa mencari-cari kesalahan dia. Hal ini boleh mengundang keburukan yang lebih besar iaitu dendam, hasad dengki, mengumpat, memfitnah dan sebagainya. Lebih drastik lagi, kitalah yang mendapat tambahan dosa dan kebencian daripada Allah serta orang lain. Jadi, muhasabah. Sudah tiba masa untuk hijrah diri. InsyaAllah. Hati akan tenang bila kita ingat Allah dan mengamalkan ajaran Rasulullah S.A.W. :)

Firman Allah: "Wahai sekalian orang-orang beriman, tinggalkanlah atau buangkanlah prasangka buruk terhadap sesama mukmin, kerana sebahagian daripada prasangka buruk itu adalah berdosa." 
(Al-Hujurat: 12)


"...janganlah kamu mengikuti (mengakui benar) akan sesuatu yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Kerana, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya diminta bertanggunjawab tentannya (di akhirat kelak)..." (Al-Isra': 36)


Terima kasih Ya Rabb kerana mengingatkan hati yang lalai ini. Let's be strong to face the world with Islam as our identity. Wahai hati dan fikiran, bersangka baiklah...:)










No comments:

Post a Comment