6 WASIAT SAIDINA UMAR

6 WASIAT SAIDINA UMAR :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Monday 9 April 2012

KITA BERHAK...

Bismillahirrahmaanirrahiim.
Sollu 'alan Nabi.

Kita berhak menuju kepada Allah.

Kita berhak mencontohi akhlak Rasulullah.

Kita berhak mengetahui hukum Islam.

Kita berhak menghayati keindahan agama Islam.

Kita berhak mengamalkan Al-Quran dan Hadis.

Kita berhak menjadi mulia dengan Islam.

Kita berhak...

kerana Allah telah memberikan hak itu..



Kita berhak...

kerana kita beragama Islam.

Islam adalah agama ilmu, indah dan sempurna.

Hanya kepada Allah kami memohon pertolongan.

Teguhkan hati kami dengan Islam.

Kerana-Mu.

Hidup ini ujian, belajar dari kesilapan.

Kita berhak menjadi lebih baik, mencintai akhirat, tidak lalai dengan kehidupan dunia.

Kerana Petunjuk itu telah jelas di dalam Al-Quran.

InsyaAllah. Amin.


No comments:

Post a Comment