Sollu 'alan Nabi.
Semuanya milik Allah. Tak ada satu pun yang milik kita. Sekadar pinjaman, dan merupakan amanah dari Allah. Mata, telinga, mulut, tangan, kaki..semua akan dipersoalkan di akhirat kelak. Allahu Akbar..hanya Dia yang berhak menghukum hambaNya dengan seadil-adilnya. Kita sebagai manusia yang hina, teruskan usaha untuk mentaati perintahNya, menjauhi laranganNya, dan redha atas ketentuanNya. InsyaAllah...
Indahnya hidup obor-obor ini..sentiasa bertasbih memuji Allah dan menghinakan diri kepada-Nya... |
Tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah. Tiada apa yang perlu dibanggakan, diperbesar-besarkan tentang diri kita, keturunan kita, harta kita, pendidikan kita, kerana semuanya dari Allah. Sombong itu hanyalah milik Allah. Kita patut berasa malu dan hina kalau kita masih sibuk menilai orang lain berdasarkan material seperti kecantikan, harta, kebolehan atau kedudukan atau mengangkat diri kerananya.
Bukan itu fokus kita hidup di atas muka bumi Allah ini. Kita hidup semata-mata kerana Allah. Perkara lain adalah sebagai ujian dan alat untuk kita gunakan pada jalan yang Allah redhai atau sebaliknya. Hanya taqwa yang membezakan kita, dan untuk itu, hanya Allah yang tahu. Jangan sekali-kali berasa diri lebih mulia/ baik dari orang lain. Bersyukurlah di atas hidayah-Nya dan sebarkanlah kasih sayang sesama muslim kerana Allah. Allah amat membenci orang yang sombong dan tidak masuk syurga orang yang mempunyai kesombongan walau sebesar biji sawi.
Ya Rabb..jadikan kami semua sebagai hamba yang mengenal dan mencintai-Mu, serta jadikan kami hamba-Mu yang merendah diri..hanya Engkau Penguasa kami..Aamin.
Kita semua sama, berasal dari tanah dan akan kembali kepada tanah. Mengapa dan untuk apa kita sombong?
Sama-sama kita muhasabah diri...Insya Allah..
tanda, sebab, dan kesan sombong
tanda-tanda-hati-yang-kotor
bagaimana-menjauhi-sifat-sombong-dan-angkuh
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9524.0
Hidup ini ujian, bukan tujuan. Tujuan kita hanyalah Allah!
No comments:
Post a Comment