6 WASIAT SAIDINA UMAR

6 WASIAT SAIDINA UMAR :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Saturday 28 December 2013

30 MINGGU NAN INDAH

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sollu 'alan Nabi.

Tak terasa, dah 30 minggu saya ke hulu ke hilir dengan seorang bayi di dalam perut. :) Alhamdulillah.
Segalanya tidak terduga. Allah melaksanakan Kehendak-Nya tanpa campur tangan sedikit pun dari manusia / apa pun.. Subhanallah..

Simptom biasa orang mengandung kian dirasai..awalnya loya dan muntah, rasa lapar yang amat sangat (kena makan nasi/carbs 3x shari), keletihan, sakit pinggang..namun semua itu adalah fitrah yang indah untuk wanita supaya Allah memberikan rahmat dan pahala..InsyaAllah..

Juga nikmatnya merasai tendangan si kecil dan melihat perkembangannya apabila di 'scan'..semua dari-Nya.

Ini amanah, anugerah, juga ujian dari-Nya. Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah kepada kami suami isteri untuk memikul tanggungjawab ini..

Walau apa pun, jangan terlalu berlebihan (excited/happy melampau/risau dll) dalam menerima sesebuah kehamilan..kerana kita hanya hamba yang mengikuti Kehendak-Nya..anak ini milik Allah, diri ini milik Allah, segalanya milik Allah..Allah berbuat apa saja yang Dia kehendaki..semoga Allah pelihara kita dari mencintai makhluk melebihi Allah..Ya Allah, tolonglah kami..ada amanah yang Allah titipkan bererti ada tanggungjawab yang perlu digalas..

Pasakkan tauhid, tanamkan ilmu agama, dan ajarkan adab kepadanya..InsyaAllah..

~No pic of pregnant me. Sebab perut yang besar tu pun perlu sedaya upaya ditutup dengan pakaian yang labuh dan longgar..tetap dikira aurat..Allah Maha Melihat~


2 comments:

  1. Masya Allah kurnia..Alhamdulillah atas nikmat yg Allah beri tak ternilai ini ya..saya sgt tumpang gmbira mndgr..dari kata2 kurnia itu saya yakin kurnia dan suami insya Allah pasti akn menjadi ibu dan ayah yg terbaik utk anak yg bakal dilahirkan nanti..insya Allah tahu dn sedar ttg tgjwb terhdp amanah yg dipikul..yg bukan milik kita..segalanya akan ditanya kelak kemudian hari..subhanallah..saya doakn semoga kurnia akn terus mnjdi isteri solehah,ibu mithali,hambaNya yg bertaqwa yg terpilih di sisiNya..mohon kurnia dpt doakan saya juga dpt merasai nikmat sprtmu juga..mudah-mudahan suatu hari yg terbaik hanya Dia lebih Mengetahuinya...ameen.tk cre dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah trima ksh byk2 Umie..InsyaAllah mudah2an Umie pun dberi pluang oleh Allah..jgn putus asa dgn rahmat Allah k..Allah tahu apa yg trbaik utk kte..utk pgetahuan Umie, sy ada PCOS..and doc kata a bit susah nk mgndung sbb telur x matang..we've been waiting for 2 yrs..until Ramadhan yg lps..tbe2 je dpt thu sy hamil..semua ktentuan Allah..without any treatment/medication at all..sbelum tu ade try jgk rawatan hospital n pmakanan..but at last stop sbb byk sgt ubat nk kena telan..serah pd-Nya..Allah Maha Kuasa, xada yg mustahil bg Allah..even isteri Nabi Zakaria dan Nabi Ibrahim yg sudah berumur pn Allah kuatkan rahim mereka untuk mengandung..tak ada yg sia2 Umie..InsyaAllah..doa utk Umie juga..moga jd isteri dan insyaAllah ibu yg solehah..

      Delete