6 WASIAT SAIDINA UMAR

6 WASIAT SAIDINA UMAR :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Wednesday, 7 November 2012

Lemahku, HebatMu


Ya Allah...

Dalam kelemahanku, Engkau mengingatkan hanya Engkau Yang Maha Kuasa

Dalam kesedihanku, Engkau mengingatkan bahawa Engkau sentiasa bersama hambaMu

Dalam kesunyianku Engkau menyedarkan aku akan kehadiranMu

Dalam kegelisahanku Engkau mengajarkan bahawa hanya dengan mengingatiMu hati kan menjadi tenang

Dalam kesakitanku Engkau mengingatkan bahawa Engkaulah yang menggenggam jiwa, setiap sel dalam tubuh ini bergerak mematuhi KehendakMu

Dalam segala kekuranganku Engkau menunjukkan bahawa Engkaulah Yang Maha Sempurna

Dalam kecuaianku Engkau menyatakan Engkaulah Yang Maha Agung

Dalam kejahatanku Engkau mengajarkan bahawa Engkaulah Yang Maha Baik

Ya Allah...

Dalam segala hal yang Engkau takdirkan untukku, Engkau menemukanku dengan diriMu yang Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Cinta


No comments:

Post a Comment