6 WASIAT SAIDINA UMAR

6 WASIAT SAIDINA UMAR :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Monday 8 October 2012

jadilah yang indah tapi tersembunyi

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sollu 'alan Nabi.


Wahai wanita yang bergelar Muslimah,
Hati-hati dengan gambar yang kita pamerkan di laman sosial..
dengan penampilan kita di hadapan khayalak.. 
Fitnah yang diterbitkan wanita adalah sangat hebat..telah berapa ramai orang lelaki yang kecundang dalam perjalanan..
janganlah kita yang memulakan fitnah itu..
meruntuhkan nilai agama sendiri dan orang lain..
bantulah diri kita dan orang lain untuk menjadi 'yang menundukkan pandangan dan menjaga kehormatannya..'
yang patuh kepada Tuhannya dan tidak rela mengikuti kehendak nafsu dan manusia..
Latihlah diri supaya mencari redha Allah..
bukannya redha, perhatian, pujian dan penghargaan manusia.
Alangkah ironinya..
Bidadari syurga itu lebih cantik dari seluruh manusia, suaranya teramat merdu dan wanginya semerbak..
namun betapa dirinya amat terjaga, tidak menayangkan keindahannya; kerana indah itu hanya untuk yang teristimewa (suami di syurga), tersembunyi, tidak pernah dilihat atau disentuh oleh sesiapa...
Itulah yang menjadikannya istimewa..ibarat mutiara yang tersimpan rapi..
Cukuplah kemuliaan kita dengan Islam..
Cukuplah kecantikan kita ditatap oleh insan yang halal..
Cukuplah redha Allah..
Soal pada diri..kerana apa..kerana apa aku lakukan dan untuk apa..kerana Allah atau manusia?
Jika kerana selain Allah, maka tinggalkanlah..
kerana sesungguhnya perkara itu sia-sia dan mengundang dosa..
Cukuplah segala kesalahan lalu..
Ayuh..tempuhlah jalan taubat dan menjadi 'bidadari' dunia..
yang indah, tapi tersembunyi.. :)







No comments:

Post a Comment