Bismillah. Sollu 'alan Nabi.
Cuba check diri kita, mana 1 menjadi amalan seharian :
1. Bangun subuh lewat
2. Tidur selepas subuh
3. Melewatkan waktu subuh
4. Ala kadar je bangun subuh
5. Tak bangun pun solat subuh
Sahabat-sahabat, masih ingat lagikah? Di waktu zaman berhingus
dulu? Ustaz yang mengajar subjek Pendidikan Islam selalu bertanya di dalam
kelas,
“Siapa yang tak cukup solat 5 waktu semalam, sila berdiri”
Tanpa segan silu, secara berjemaahnya kita pun bangun sahabat.
Dan bila ditanya, rata-rata yang tak cukup solat 5 waktu, adalah kerana tidak
bangun subuh. Kenapa ya sahabat?
Dan kenapa dari kecil lagi, kita dididik sebegini? Diberi
penekanan betapa pentingnya bangun subuh dan meraikan ke”subuh”an dengan cara
tidak tidur semula seperti bebelan mak kita.
“Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti”
“Anak dara tak manis tidur banyak. Matahari terpacak atas kepala baru nak
bangun”
Kalau baby yang tidur tak bangun Subuh/ tidur lepas Subuh tak apa la...comel je..kalau orang tua? Haish...
JIKA MAHU BERMUHASABAH
Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana
Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, “Ya Allah, berkatilah umatku yang
berpagi-pagi.” Untuk
itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.
Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai
larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama
mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas
subuh.
Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur
selepas solat Subuh dan Asar : “Dimakruhkan tidurmu -wahai
mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan
berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang BERAQAL”.
Tetapi, kita sedar tak wahai sahabat?
Kenapa seharian hidup kita tidak bermaya dan tidak
bersemangat? Kadangkala kita pernah menangis kerana tiada duit untuk bayar
sesuatu yang penting, malah setiap hari kita pohon kepada Allah agar dimurahkan
rezeki, tetapi seolah-olah tiada kesannya?
Kalau orang perempuan, bermacam-macam jenis pencuci muka
dicubanya semata-mata nak “kulit bercahaya”. Kalau orang lelaki pula,
kerisauan yang tak menentu, jadi bermacamlah “ubat kuat” yang dipakainya.
Kita nak ke isteri macam ini? Nak ke suami yang
sebegini?Masing-masing menggeleng tersengih sendirian. Jika kita tak nak
pasangan seperti sedemikan rupa, maka kitalah orang pertama dahulu yang kena
berubah. Bukan nanti, tetapi sekarang.
MASA UNTUK BERUBAH !
Maka untuk itu tidak ada alasan lagi untuk menyeru kepada
PERUBAHAN.
Buat diri, pastikan masa yang terluang selepas subuh diisi
dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Jangan tidur terlalu lewat jika
sayangkan waktu keemasan di kala subuh.
Buat ahli jemaah, sudahlah diri sibuk, hanya masa ini sahajalah
waktu untuk belajar. Gunakan masa sebaiknya.
Buat suami, carilah rezeki. Jangan tidur.
“Kemudian setelah selesai solat, maka betebaranlah
kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang
kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak
(dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). – Surah Al-Jumuah (Ayat 10)
Buat isteri, masaklah, kemas rumah dan sebagainya. Takkan hilang
seri rumahtangga kalau kehidupan bermula sebelum terbit fajar. Mak mertua pun
tak bising lagi.
“Pesanan terpenting untuk para imam dan
bakal imam terutamanya untuk diri sendiri, biasakan diri jangan tidur lepas
subuh dan jangan tinggal solat jemaah di masjid, nanti selepas kahwin boleh
didik isteri, kalau tak dua-dua hanyut.”
Buat pelajar, kalau nak tips study smart ingat hadith ini “kalau
tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi ‘gila’.” Jangan
salah pilih waktu untuk belajar atau menghafal.”
Ibnul Qayyim pernah berkata, “Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan
akhir harinya seperti waktu tuanya.”
Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di
waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah bermalas-malasan dengan
sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan bermalas-malasan pula.
Antara AKAL dan NAFSU. Pertarungan ini hanya dimenangi jika
manusia bersandarkan IMAN. Jika tidak manusia sama sahaja seperti haiwan, tidak
menggunakan akal dengan betul. Pembaziran masa adalah perkara yang sangat
merugikan. Dan hanya syaitan yang suka pembaziran. Masa itu ibadah. Semoga
Allah memberi kebijaksanaan dan kekuatan untuk kita sama-sama mengikut
perintah-Nya.
Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring
pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah
rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai,
sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga
terbit matahari.” (Diriwayatkan
al-Baihaqi)
Sumber: iluvislam.com
"Ya Allah, tolonglah kami..jadikan kami hambaMu yang memanfaatkan masa dengan hal yang diredhaiMu.."
No comments:
Post a Comment