Bismillah. Sollu 'alan Nabi.
Sebagai peringatan untuk para
wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah
dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta
baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan
menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul,
Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi
salam dan memberi tazkirah seperti berikut:
“Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, Aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”.
Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang
menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW
menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang
boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
·
Kamu banyak mengutuk/menyumpah
·
Kamu kufurkan kebaikan suami
Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya:
·
Banyak beristighfar
·
Banyak bersedekah
Keterangan: Yang dimaksudkan dengan
mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah
Contoh 1 – Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi
bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata,
“Driver bas ni dah mampus agaknya.” Perkataan mampus itu termasuk dalam erti
kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang
pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.
Contoh 2 – Tengah memasak gas habis. Kita mungkin
berkata “Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis.” Yang dimaksudkan kufur di
sini bukan kufur I’tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini
bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.
Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya
oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan ‘kufurkan
kebaikan suami’.
Rasulullah SAW berkata,”Tidakkah pernah engkau
jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya,
tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,
maka dia akan berkata ,”Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan
awak”(Terjemahan langsung dari Arab).
[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin
boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:"Selama hidup dengan
awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']
Rasulullah SAW sambung lagi ,’Mana-mana isteri yang
berkata, “Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”, maka akan gugur
pahala-pahala amalannya.’ Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh
kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan
kita dari dua perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti
yang disebutkan tadi.
Fadhilat beristighfar:
a. Sabda Rasulullah SAW :
“Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).” Sebelum
nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan
kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendirimelakukannya lebih
dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita
menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.
b .Sabda Rasulullah SAW :
“Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan
dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang
tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita”
c. Istighfar juga memurahkan rezeki.
Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang
ringgit atau harta benda.Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang
dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga
termasuk:
d. Tuturkata/percakapan yang baik.
Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri.
Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati
suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama,
tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat
baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut
nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan
isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas
memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam
kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab
Jibril, “Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tutur
katanya”.
- Memberi salam.
- Memaniskan wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah
SAW pernah bersabda,”Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.” Terdapat
juga suatu syair Arab yang berbunyi :”Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan
wajah, lembutkan lidah.” Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW
marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat
sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka
eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.
Lisan kita memang senang sangat nak keluarkan kata-kata yang tak elok; menyumpah, melaknat, mengumpat, bohong (walaupun dalam bergurau), merungut, dan bermacam jenis lagi. Pergi kepada core, kita kena baiki apa punca yang sebabkan lidah kita keluarkan perkataan yang dibenci oleh Allah itu. Fokuskan untuk perbaiki hati yang di dalam dada.
Dalam Shahih Bukhari dan Muslim disebutkan bahwasanya Nabi saw bersabda,"Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal darah, apabila dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila dia rusak, maka rusaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahwa segumpal darah itu ialah hati."
Segala yang lahir dari lidah kita/perbuatan kita adalah dari dalam jiwa kita. Orang yang hatinya bertaqwa kepada Allah pastinya menuturkan kata-kata yang diredhaiNya. Tidak benar jika ada orang yang mengatakan, "Aku ni mulut je laser, tapi hati baik." Orang yang berkata buruk tentang orang lain bermakna dia mempunyai penyakit hati yang hanya boleh dibaiki dengan cara kembali kepada Allah. Dekatkan diri dengan Allah, mengerti dan mengamalkan perintah serta menjauhi larangan Allah. Hasilnya, hati sentiasa terpaut pada Allah, bukannya terpaut untuk mengata orang lain. Apa kita buat, mencerminkan siapa diri kita. Perbuatan akan selari dengan apa yang ada dalam hati.
Sabda Nabi SAW:“Aku jamin rumah di dasar syurga bagi mereka yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bergurau, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya.” (HR Abu Daud).
Allahuakbar. Masih terlalu banyak yang mesti dibaiki berkaitan dengan hal ehwal menjaga lidah. Jom semua, kita cuba untuk jadi yang lebih baik. InsyaAllah.
Nota: Istighfar perlu diniatkan untuk minta ampun dari Allah semata-mata, bukan untuk mendapat ganjaran. Demi menjaga hati dan fokus untuk taubat atas dosa-dosa kita. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment