1.
MENUTUP
AURAT
Ø
Aurat
adalah bahagian yang wajib ditutup. Terbahagi kepada aurat dalam solat, aurat
ketika berhadapan dengan mahram serta bukan mahram.
Ø
Aurat
dalam solat adalah sama dengan aurat apabila berhadapan dengan bukan mahram: Seluruh
bahagian badan kecuali muka dan tapak tangan. Maka, pakaian yang tidak boleh
dibawa bersolat adalah dikira masih belum menutup aurat.
”Wahai anakku Fatimah! Adapun
perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam
neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat
oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Ø
Mahram
adalah ayah, ayah mertua, anak lelaki, anak tiri lelaki, adik-beradik lelaki,
anak saudara lelaki, pakcik, saudara susuan, sesama wanita muslimah, sahaya
yang dimiliki, pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap perempuan
dan anak kecil yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Aurat: dari pusat
hingga lutut.
Ø
Tiada
batasan aurat dengan suami.
Ø
Syarat
pakaian :
- Menutup seluruh badan, selain yang
dikecualikan.
- Tidak ada hiasan pada pakaian itu sendiri.
Firman Allah, “Janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang
jahiliyah dahulu.” (Al-Ahzab: 33)
- Kain yang tebal tidak tembus pandang;
menutup warna kulit; tidak jarang.
- Longgar, tidak ketat.
- Tidak
menyerupai pakaian orang lelaki.
- Tidak
menyerupai pakaian orang kafir.
- Pakaian yang tidak melambangkan kebesaran atau kemegahan. Kata Syaukani dalam Nailul Awthar, "Tiap-tiap pakaian yang disengajakan memakainya untuk menunjukkan kebesaran/kemasyhuran di tengah-tengah orang ramai, baik pakaian indah untuk menunjukkan kemegahan dan kekayaan di dunia/ pakaian buruk untuk menujukkan zuhud dan kerana riya'.
2.
MENUNDUKKAN
PANDANGAN
Ø
Allah
memerintahkan lelaki dan perempuan untuk menundukkan pandangan mereka
sebagaimana dalam firmanNya;
“Katakanlah kepada lelaki yang beriman,
hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.”
(an-Nuur:30), “Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, hendaklah mereka
menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur:31).
Ø
Menjaga
pandangan bermaksud tidak melihat perkara yang haram. Lelaki haram melihat
perempuan yang bukan mahram mereka dan sebaliknya.
3.
MEMELIHARA
KEHORMATAN
Ø
Tidak
berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan.
Dari
Ibnu Abbas r.a berkata: Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda; Janganlah
seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali dengan mahramnya.
(HR Bukhari & Muslim).
Ø
Tidak
menyentuh kaum yang berlawanan jenis.
“Seandainya
kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada
menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hadis Hasan riwayat Thabrani dalam
Mujam Kabir)
Dari
Aishah berkata; “Demi Allah, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita
sama sekali meskipun saat membaiat.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Dari Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya Allah menetapkan untuk anak Adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan/ mendustakan semuanya." (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)
Firman Allah; 'Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.' (al-Isra: 32)
4.
TIDAK
TABARRUJ (BERHIAS YANG MENARIK PERHATIAN)
Ø Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada
kecantikan itu dibahagian muka atau di anggota-anggota badan. Al Bukhari
Rahmatullahi ‘Alaihi ada berkata :
“ Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang
memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.”
Ø Berhias yang dilarang:
a) Mengikir Gigi
-’Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi
atau meminta supaya dikikirkan giginya.’ (Riwayat At-Thabrani)
-”Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya
supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah”(Riwayat Bukhari dan
Muslim).
b) Mencukur Bulu Kening
-Menurut Bukhari, “Rasullulah melaknat perempuan
yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu
kening.” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
c) Menghentakkan kaki bagi menunjuk perhiasan yang disembunyikan
-”Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan
kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”
(An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan
badan mengikut hentakan kaki. Juga haram memukulkan kaki yang terpasang gelang
agar diketahui orang perhiasan yang tersembunyi di dalamnya.
d) Menyambung rambut
Dari Asma ra berkata, “Seorang wanita datang kepada Nabi
Muhammad saw untuk bertanya, “Ya Rasulullah, aku mempunyai seorang anak
perempuan yang akan kawin. Ia ditimpa penyakit campak sehingga rambutnya
rontok. Apakah aku boleh menyambung rambutnya?” Rasulullah saw menjawab, “Allah
melaknat orang yang menyambung rambutnya dan yang meminta disambung (minta
disanggul).” (Muttafaq alaihi)
e) Bertatu
5.
TIDAK MELUNAKKAN SUARA/UCAPAN/PERCAKAPAN
Ø
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapan ketika berbicara
selain kepada suaminya.
Firman Allah; “ Hai
isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita lain sekiranya kamu
bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang
menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya tetapi
ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.” (Al-Ahzaab: 32)
6.
HARAM BERWANGI-WANGIAN
Ø "Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu
kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina" (Abu Dawud,
Tirmidzi)
Ø Nabi s.a.w bersabda "Siapa saja perempuan yang memakai minyak
wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia
mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut)." (Sahih
riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)
Ø Boleh memakai wangi-wangian sekadarnya bagi menutup bau badan
tetapi jangan sampai tercium oleh orang yang bukan mahramnya. Sunat
berwangi-wangian untuk solat dan beribadah di rumahnya.
7.
MINTA
IZIN SUAMI
Ø
Isteri
wajib meminta izin dari suami untuk pergi ke mana pun, dalam rangka taat kepada
suami.
8.
KELUAR
BERSAMA MAHRAM
Ø
Dari
Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W bersabda; “Tidak halal bagi
seorang perempuan berjalan sendirian sehari semalam, melainkan harus
bersama-sama dengan mahramnya.” (Muttafaqun ‘Alaih)
9.
KELUAR
RUMAH ATAS URUSAN PENTING
Ø
Muslimah
dibenarkan keluar rumah atas urusan yang tidak dapat dielakkan, bukan untuk
bersuka-suka atau membuang masa di tempat yang tidak sepatutnya, namun wajib
menjaga adab dan maruah ketika keluar.
Ø
Daripada
Aisyah r.ha. Rasulullah S.A.W bersabda; “Sesungguhnya telah diizinkan kepada
engkau untuk keluar rumah bagi memenuhi keperluanmu.”
Moga kita diberi kekuatan oleh Allah untuk mematuhi perintahNya. Ini hanyalah senarai yang mampu dikumpulkan ( masih banyak lagi ilmu, hukum dan huraian yang berkaitan dengan hal ehwal muslimah). Diharap sahabat-sahabat dapat membuat rujukan dari sumber sahih yang lain; kitab feqah, kuliah ilmu, bertanya pada golongan yang ahli dsb untuk mendalami dan lebih faham tentang perkara-perkara yang disebutkan di atas, terutamanya tentang aurat, perhiasan, tabarruj dan wangi-wangian. Amalan perlulah berlandaskan ilmu. Mari beramal kerana Allah. InsyaAllah. :)