6 WASIAT SAIDINA UMAR
6 WASIAT SAIDINA UMAR :
1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.
2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.
3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.
4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.
5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.
6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.
Tuesday, 26 June 2012
Just be THANKFUL
Sollu 'alan Nabi.
Yasmin merupakan salah seorang yang menjadi ahli (member) kepada sebuah butik rangkaian produk kecantikan. Sewaktu tarikh hari lahirnya semakin hampir, dia mendapat notis supaya pergi ke butik tersebut untuk mengambil 'birthday gift'. Dengan hati berbunga-bunga, dia pun pergi dengan harapan untuk mendapat sesuatu yang best.
Apabila sampai, dia telah diberi hadiah berupa baucer bernilai RM20 dari penjaga butik. Yasmin terdiam. Dalam hati secara automatik dia berkata, "Baucer? U r not going to give me some of your lotions, skincare products, or anything??.."
Namun Yasmin tetap tersenyum dan beredar dengan rasa sedikit hampa.
Dalam perjalanan pulang, dia terfikir..betapa tak bersyukurnya dia. Suka hati butik tu la nak bagi apa..dia punya hak..aku hanya terima..baucer RM 20 banyak jugak tu..
Moral of the story : Macam tu jugak la kita dengan Allah, Allah Maha Kuasa. Dia Tuhan kita, terserah pada Dia nak bagi kita apa..Allah bukan macam manusia yang serba kekurangan..Dia tak perlukan kita, tak berkurang pun Kekuasaan Dia kalau kita tak puji Dia..Tapi Allah itu Maha Mengetahui, tahu apa yang terbaik untuk kita..hanya jiwa yang berserah diri kepada Allah merasa cukup dan tenang dengan Allah..hingga melahirkan rasa syukur dan redha..Hati yang bersyukur pasti akan sangat bahagia, sebab dia menghargai segala pemberian tanpa banyak soal..Kita biasanya tak puas hati sebab tak dapat apa yang kita nak..sedangkan Allah Maha Memberi, Maha Pengasih, pasti paling tahu apa yang patut kita dapat..yakinlah pada Allah, Tuhanmu dan Tuhanku..Tuhan seluruh alam..Allah akan tambahkan nikmat bagi hambaNya yang bersyukur...
Everything and anything, just be THANKFUL. :)
Saturday, 23 June 2012
Be Positive
Sollu 'alan Nabi.
Positif. Senang cakap. Tapi sangat susah nak jadi positif. Positif ; sifat unggul Rasulullah s.a.w. Sebab apa? Sebab baginda berserah diri 100% kepada Allah. Yakin sepenuh jiwa. Bismillahi tawakkaltu 'Allallahi.
Alhamdulillah, Allah izinkan jumpa dengan blog yang explain tentang macam mana nak latih jiwa jadi positif, dengan kaedah berkomunikasi dengan Allah all the time. No mind-chat. Sebab selalunya manusia sentiasa bercakap dalam fikiran dia. Dan selalunya bila jadi macam tu kita akan terdorong untuk buat keputusan yang salah/ prasangka/ fikiran negatif...tak serahkan urusan kita pada Allah. Proses komunikasi dengan Allah bertujuan untuk kita lepaskan ke'aku'an diri kita, lebih yakin dan pasrah kepada Allah, dekatkan hati kepada Allah, dan melatih diri untuk mengikut kehendak Allah dengan berserah diri. Dalam erti kata lain, melatih diri untuk sedar yang kita hanya hamba Allah dan mengakui keTuhanan Allah (Tauhid).
Allah sentiasa bersama dengan hamba yang mengingati Dia. Jom kita praktis komunikasi dengan Allah, in every situation and every time. Boleh doa, cakap dengan Allah, mengadu dengan Allah, zikir..apa-apa je yang kita rasa, luahkan pada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. InsyaAllah, kita akan rasa lebih dekat dengan Allah, yakin pada Allah, dan natijahnya membentuk jiwa hamba yang mengenal Tuhannya dan sekaligus positif. Aamiin.
Klik sini untuk ilmu komunikasi dengan Allah.
Download e-book percuma Jiwa Positif Hidup BerTuhan sebanyak 7 volume dekat page tu.. Moga Allah merahmati kita semua...
Sunday, 17 June 2012
Sifat-sifat Isteri Yang Dijanjikan Syurga
Sollu 'alan Nabi.
Ya Allah, izinkan kami menjadi isteri yang solehah . . . Amin . . .
Wednesday, 13 June 2012
24 Peringatan Buat Wanita
Sollu 'alan Nabi.
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.
Monday, 11 June 2012
Mandi Hadas Besar
Sollu 'alan Nabi.
- Dalil kewajipan mandi yang disebabkan oleh hadas besar
- Perkara-perkara yang mewajibkan mandi
- Tatacara mandi janabah
- Tatacara mandi kerana haid dan nifas
- Berwarna putih dan pekat
- Keluar dengan cara memancut
- Keluar dengan rasa syahwat
- Selepas keluarnya mani, dia berasa kepenatan
- Baunya seperti bau pucuk tamar, seakan-akan bau tepung
- Jika air mani itu kering, baunya seperti bau telur
- Berwarna kekuningan dan cair (tidak likat)
- Baunya sama dengan bau mani lelaki
- Keluar dengan rasa syahwat
- Jika seseorang bermimpi jima’ (bersetubuh) dan pada esok paginya dia tidak menemui bekas air mani, maka tidak wajib mandi. Ini kerana mimpi persetubuhan semata-mata bukanlah perkara yang mewajibkan mandi, melainkan ia disertai keluarnya air mani.
- Jika ia terjaga dari tidur dan mendapati adanya bekas air mani sedangkan ia tidak ingat bermimpi, maka dia wajib mandi. Dalil : Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha : Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam ditanya tentang seorang lelaki yang mendapati air mani, tetapi dia tidak ingat bermimpi, Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam menjawab : Dia mesti mandi. Beliau shallallahu ‘alayhi wa sallam juga ditanya tentang lelaki yang bermimpi tetapi tidak mendapati air mani, Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : Dia tidak wajib mandi[vi].
- Jika dia terjaga dari tidur dan mendapati kesan air, dan dia yakin bahawa itu adalah mazi, maka dia tidak wajib mandi tetapi cukup sekadar membasuh kemaluannya.
- Jika dia terjaga dari tidur dan mendapati kesan air tetapi dia tidak pasti adakah ianya mani atau mazi, maka dalam hal ini jika dia bermain-main dengan pasangannya atau berfikir mengenai sesuatu, maka selalunya ia adalah mazi. Seseorang itu hanya perlu membasuh anggota badannya dan bajunya yang terkena mazi. Tetapi jika sebelum dia tidur tidak berlaku mana-mana perkara yang menyebabkan keluarnya mazi, maka di sini dia wajib mandi sebagai langkah berjaga-jaga[vii].
- Jika kemaluan suami menyentuh kemaluan isteri tanpa dimasukkan, maka tidak wajib mandi kecuali jika keluar mani.
- Sekiranya air mani suami keluar dari kemaluan isteri selepas isteri mandi, maka isteri tidak wajib mandi semula, tetapi dia wajib berwudhu’.
- Sekiranya seorang wanita itu dalam keadaan janabah kerana melakukan hubungan intim, kemudian datang dia didatangi haid sebelum dia mandi kerana janabah, maka dia tidak wajib mandi untuk menghilangkan janabahnya. Tetapi dia mandi ketika telah selesai haidnya. Ini telah disebut oleh al-Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’[xii].
- Sekiranya seorang wanita itu melahirkan anak (al-wiladah) tetapi tidak disertai dengan darah nifas, maka dia tidak wajib mandi. Ini kerana tiada satu nas pun dari al-Quran atau Sunnah, baik hadis sahih mahupun dhaif, yang menyebut mengenai perkara ini. Sekiranya tiada dalil, maka sesuatu ibadah itu tidak dipertanggungjawabkan ke atas seorang Muslim. Ini disebut oleh al-Imam Ibn Qudamah rahimahullahdalam kitabnya al-Mughni[xiii]. Walaubagaimana pun, sangat jarang wanita melahirkan anak tanpa disertai darah.
- Hendaklah seseorang yang hendak mandi hadas itu untuk memulakan mandi dengan niat menghilangkan hadas besar. Tetapi tidak perlu untuk melafazkannya kerana ianya tiada contoh dari Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam.
- Tidak wajib bagi wanita untuk melepaskan ikatan rambutnya samada untuk menghilangkan janabah atau mandi kerana haid atau nifas. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha : Aku bertanya wahai Rasulullah, sesungguhnya aku adalah seorang wanita dengan rambut yang diikat kuat. Apakah aku mesti membuka ikatan itu untuk mandi janabah? (Dalam riwayat lain : …untuk mandi janabah dan haid?) Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallammenjawab : Tidak, cukup bagimu untuk mengalirkan air sebanyak tiga cedokan tangan ke kepala, lalu mengalirkan air ke seluruh badanmu, maka (dengan itu) engkau telah suci[xx].
- Tatacara mandi yang disebut dalam hadis di atas adalah mustahabb(dianjurkan) dan sekiranya seseorang itu mengalirkan air ke seluruh badannya maka mandinya sah dan sucilah dia daripada hadas besar.Dalilnya:
- Hadis Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha yang disebut di atas : ‘…cukup bagimu untuk mengalirkan air sebanyak tiga cedokan tangan ke kepala, lalu mengalirkan air ke seluruh badanmu, maka (dengan itu) engkau telah suci’.
- Diriwayatkan dalam sebuah hadis yang panjang oleh ‘Imran bin Hushain radhiyallahu ‘anhu, ketika Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam dan para Sahabat dalam perjalanan, ada seorang sahabat dalam keadaan janabah. Disebutkan dalam riwayat ini : ‘…dan terakhir sekali, bejana air itu diberikan kepada lelaki yang dalam keadaan janabah tadi dan berkata Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam : ‘Pergilah, dan curahkanlah air ke atas badanmu’[xxi].
- Sekiranya seseorang itu mandi dengan meratakan air ke seluruh badannya, adakah dia perlu mengambil wudhuk selepas mandi? Jawab : Para ulama’ berselisih pendapat dalam masalah ini. Al-Imam al-Syaf’ierahimahullah berkata : ‘Jika seseorang itu mula mandi dan tidak berwudhuk, dan dia menyempurnakan mandinya, maka itu sudah memadai dan dia tidak perlu berwudhuk untuk solat dan bersuci…[xxii]’
- Seorang yang dalam keadaan hadas besar boleh mengakhirkan mandi janabah sehingga dia bangun dari tidur pada keesokan paginya. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam berwudhuk sekiranya Bagindashallallahu ‘alayhi wa sallam hendak tidur atau makan[xxiv]. Begitu juga dengan sebuah hadis riwayat Umar radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata : Wahai Rasulullah, adakah seseorang itu boleh tidur dalam keadaan janabah? Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam menjawab : ‘Ya, jika dia telah berwudhuk maka tidurlah’[xxv].
[i] Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab Mandi, Bab Jika Bertemunya Dua Khitan, hadis no. 287 dan Muslim dalam Sahihnya, Kitab Haid, Bab Nasakhnya Hadis : (Air itu dari air) dan Wajibnya Mandi Disebabkan Bertemunya Dua Khitan, hadis no. 809.