Malam minggu.
Maryam berkumpul dengan teman-teman sebiliknya, Naomi, Raudah, termasuk Dhia.
Mereka duduk menghadap laptop milik
Dhia yang menayangkan drama bersiri Korea sambil mulut masing-masing rancak
bercerita tentang hal-hal yang belum sempat diceritakan. Biasalah orang
perempuan, kalau tak bergosip tak sah.
Walhal cerita-cerita itu termasuk dalam
perkara lagha yakni perkara yang sia-sia. Membuang modal waktu dan menambah
koleksi dosa jika cerita itu disertai dengan mengumpat, menyampaikan cerita
yang tidak benar yakni fitnah, hal-hal
yang menyentuh isu peribadi orang lain, membuka aib mereka dan sebagainya.
Malaikat setia meneliti bait-bait perkataan yang keluar dari mulut mereka. Jika
baik, bertambahlah pahala. Jika buruk, bertambah-tambahlah dosa. Lisan manusia
amat susah untuk dijaga. Mengata orang lain memang seronok dan mudah. Namun
azab yang akan diterima akibat lidah yang jahat takkan mampu untuk ditanggung.
“Mar..kau
nak tahu cerita tak..?” soal Naomi dengan nada penuh bersemangat.
“Apa dia
Nomi? Kalau best ceritalah..kalau tak, tak payah..aku nak fokus tengok citer
ni..” jawab Maryam acuh tak acuh.
“Kau ingat
tak kau ada cerita kat aku yang pasal kau suka tengok budak kelas aku tu?” balas
Naomi sambil merapatkan badannya ke arah Maryam.
“Urm..Oh..budak
tu..kenapa dengan dia..? Dia kan dah ada girlfriend. Kau kalau setakat nak
tambah frustration aku baik tak payah..” Maryam menjeling tajam. Sakit hatinya
bila mengenangkan lelaki yang diminatinya sudah ada kekasih hati.
“Eleh..kau
macam la dah lama sangat minat kat dia sampai nak frust-frust. Baru sem lepas
kau perasan dia kan..poyo la Mar..”
“Sem lepas. Lama
tu..” Dhia menyampuk. Matanya tidak berkelip melihat skrin laptop.
“A’ah..lama
tau..aku gurau je..aku dah terima hakikat dia dah ada someone special. Apa
motif kau cakap pasal dia ni..” Maryam mula malas hendak melayan kerenah Naomi
yang memang suka membangkitkan isu ‘kasih tak sampai’nya itu.
“Actually..ade
good news..diorang da ‘break-up’..!” jawab Naomi separuh menjerit.
“What?! Yeke
Nommmmiiiiii??! “ Jerit Maryam sambil menarik tangan Naomi.
“Ye la
babe..gf dia tu curang..so he’s single right now..jejaka hot, pandai, and
single..ow yeah..” Naomi mengangkat-angkat keningnya ala-ala The Rock. Maryam
tersenyum simpul. “Ada chance..hehe..” hatinya berdetik.
Maryam masih
ingat saat pertama kali terserempak
dengan Haidar. Seolah-olah ada tarikan luar biasa terhadap lelaki itu. Tapi sayang kerana waktu itu Haidar sudah ada yang
punya.
“And guess
what Mar, dia dah lantik aku as kawan baik dia untuk carikan dia pengganti..and
I choose you! Aku dah bagi phone number kau kat dia..anytime he will contact
you..suka la tu..!!” Naomi mengusik-usik Maryam. Wajah Maryam sudah merah
menahan rasa suka dan malu.
Maryam merebahkan
badannya di atas tilam, sudah hampir waktu tidur. Tiba-tiba, telefon bimbitnya
berbunyi nyaring.
Jantungnya
berdegup kencang. “Jangan-jangan itu Haidar..”
Sebuah mesej
diterima. Pantas jarinya menekan butang ‘buka’..dan terlihat olehnya sebuah sms
yang membuai perasaan.
ASSALAMUALAIKUM. AWK NI MARYAM KE? SY
HAIDAR, KWN NOMI. SORI GGU. I WANT 2 BE FREN WITH U. NAK BERKENALAN, IF
SUDI..REPLY LA K. I’LL BE WAITING.
Maryam
tersenyum bahagia. “At last...!” jeritnya. Pada malam itu, bermulalah episod
maksiat baru dalam hidup mereka berdua. Bahagia yang disangka adalah hal yang
diperindah-indahkan oleh syaitan.
WSLM. YE, SY MARYAM. KOL ME MAR
JE..SY SUDI KWN DGN AWK.
OK MAR. TQ COZ SUDI.. SY DAH BYK DGR
CRITA PSL AWK DR NOMI. SHE SAID U R BEAUTIFUL INSIDE N OUTSIDE. DATZ Y SY MNT
NK KWN DGN AWK. APE NME PENUH AWK EK? MARYAM JE KE..SY AHMAD HAIDAR YUSUF.
NAMA PENUH SY ...
NUR MARYAM BT IMRAN.
TO BE CONTINUED...
No comments:
Post a Comment