6 WASIAT SAIDINA UMAR

6 WASIAT SAIDINA UMAR :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Thursday, 11 April 2013

TAWAKAL

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sollu 'alan Nabi.

Tawakal itu bukan pada diri sendiri.
Bukan pada ibu bapa.
Bukan pada suami.

Tawakal itu bukan pada kelulusan.
Bukan pada majikan.
Bukan pada jawatan.

Tawakal itu bukan pada harta.
Bukan pada insuran.
Bukan pada kenalan.

Tawakal itu bukan pada kepandaian.
Bukan pada kebolehan.
Bukan pada kehebatan.

Tawakal itu bukan pada usaha.
Bukan pada ubat.
Bukan pada apa yang kita ada.

Bukan, bukan, bukan semua itu.

Bertawakallah, hanya kepada Allah.






Sunday, 7 April 2013

Kuliah Kitab Muhimmah

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sollu 'alan Nabi.

Assalamu'alaikum wbt.

Kitab Muhimmah menerangkan tentang kewajipan suami isteri dalam melayari bahtera rumahtangga. Lebih banyak fokus perihal wanita. Sangat menarik. :) Disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias. Sangat sesuai ditonton oleh para isteri, suami, mereka yang bakal berkahwin dan sesiapa sahaja. Biarlah berilmu sebelum beribadah. Semoga bermanfaat, InsyaAllah.

http://muhimmah2.blogspot.com/2012/01/httpwww.html

Lebih baik jika ada bukunya, boleh buat rujukan bila-bila masa. Barakallahulakuma.

Tuesday, 2 April 2013

Buruk Sangka: Apa keperluannya?


Bismillahirrahmaanirrahiim.


Sollu 'alan Nabi.

Hindari buruk sangka


Buruk Sangka

Buruk sangka atau suuzon yang membawa maksud menaruh curiga kepada seseorang yang belum terbukti orang tersebut melakukan kesalahan. Islam sangat melarang umatnya berburuk sangka sesama Islam, kerana berburuk sangka akan mengundang malapetaka kepada orang tersebut. Biarlah syakwasangka itu berdasarkan bukti yang kukuh dan bukan sekadar memfitnah. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan orang-orang Yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki Yang beriman dan orang-orang perempuan Yang beriman Dengan perkataan atau perbuatan Yang tidak tepat Dengan sesuatu kesalahan Yang dilakukannya, maka Sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa Yang amat nyata.” (Al-Ahzab : 58)
Sesiapa yang mempunyai sifat buruk sangka kepada sesama Islam, maka ia wajib bertaubat dan beristiqfar kepada Allah swt. Dosa orang yang berburuk sangka adalah besar dan perbuatan jahat, setiap perbuatan jahat Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka Allah. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujurat : 12)

Orang yang berburuk sangka juga sama dosanya seperti memakan daging saudaranya yang telah mati. Jauhilah sifat penyakit hati ini, kerana ia juga dapat merugikannya juga. Kembalilah ke jalan Allah dengan sebenar taubat dan tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut.

Perkara buruk ini telah menjadi darah daging umat Islam sekarang ini terutama melayu Islam yang sentiasa iri hati dan bersangka buruk terhadap saudara Islamnya. Dengan menuduh orang melakukan perbuatan mungkar tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Malah orang yang bersangka buruk itulah yang diagungkan sebagai orang yang hebat dan bijak. Inilah petanda akhir zaman kerana umat Islam tidak lagi berbangga dengan kerja-kerja amalnya dan mereka merasa besar dan gah dengan dosa yang dilakukan oleh mereka. Jika perkara ini tidak ditegah, maka ia juga akan merugikan semua pihak dan mengundang bala Allah yang datang tidak mengira darjat, iman dan bangsa.

Asal orang buat sesuatu ja, mesti nak mengata..sangka buruk

Hidup kita tidak lekang dari disangka buruk dan menyangka buruk. Jika diri terlibat, kunci menanganinya adalah beristighfar dan taubat. Nabi s.a.w bersabda :-

كُلُّ بن آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Ertinya : "Setiap anak Adam itu ada kesilapan ( dosa) dan orang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat" (Riwayat At-Tirmidzi, no 2499, 4/659)

Sangka buruk ini sering berkait rapat dengan rasa hasad, dengki atau cemburu. Ia amat-amat sukar dibuang namun wajiblah ia dimasukkan dalam senarai utama yang perlu kita usaha hindarinya sedaya upaya. Saya sendiri tidak bebas darinya. Namun atas dasar nasihat menasihati saya tuliskan artikel ini agar kita sama-sama mampu berusaha menjauhinya agar kehidupan kita akan lebih diredhai oleh Allah.

Ia bertepatan dengan apa yang disebut di dalam sebuah hadis

ثلاث لازمات لأمتي : الطيرة ، والحسد ، وسوء الظن " . فقال رجل : ما يذهبهن يا رسول الله ! ممن هو فيه ؟ قال : " إذا حسدت فاستغفر الله ، وإذا ظننت فلا تحقق ، وإذا تطيرت فامضه

Ertinya : Tiga perkara lazim yang sukar dibuang oleh umatku : mengganggap sial, hasad dengki dan bersangka buruk" lalu seorang lelaki bertanya : "apakah yang boleh menghilangkannya wahai Rasulullah ?"

Jawab Nabi : Jika kamu datang perasaan hasad dengki beristighfar lah kamu kepada Allah, apabila kamu bersangka buruk, janganlah kamu membenarkan sangkaan itu, dan apabila kamu menganggap sial belaku, abaikan dan jangan endahkannya" ( At-Tabrani, no 3227, 3/228 ; Al-Haithami : Dhoif kerana perawi bernama Ismail Bin Qais)

Terdapat sebuah lagi hadis yang mempunyai erti yang sama dengannya iaitu :-

ثلاثة لا يسلم منهن أحد : الطيرة ، والظن ، والحسد ، فإذا تطيرت فلا ترجع ، وإذا حسدت فلا تبغ ، وإذا ظننت فلا تحقق

Ertinya : Tiga perkara yang tidak seorang Muslim pun dapat melepaskan diri darinya; sial menyial, sangka buruk, hasad dengki; maka apabila kamu berasa ada sial, jangan kamu pulang dan mengendahkannya, bila kamu hasad, jangan melampau (hingga bertindak) , dan bila kamu bersangka jangan kamu membenarkannya" ( Musannaf Abd Razzak : Ibn Hajar : hadis mursal, Albani : Dhoif)

Al-Qaradawi menerangkan maksud jangan kamu membenarkan sangkaan buruk itu adalah dengan tidak berubahnya sikap dan pandangan kamu terhadap orang yang disangka buruk itu. Jika itu tidak dikawal, bermakna kamu sudah membenarkannya

SANGKA BURUK YANG HARUS

Tidak dinafikan ada beberapa jenis sangka buruk yang diperlukan demi keselamatan diri. Ia juga dinamakan berhati-hati atau ‘hazar'. Mudahnya, seperti pemandu kereta dikehendaki ‘bersangka buruk' apabila melihat sebuah bas dan teksi di depan mereka akan bersangka buruk ada kemungkinan kenderaan itu berhenti mengejut kerana ingin mengambil penumpang atau menurunkan penumpang. Ia jelas sangka buruk yang tidak berdosa.

Contohnya lagi soal keselamatan diri, seperti yang ditanyakan di atas, ternampak orang yang tak dikenali berkeliaran di persekitaran perumah pada waktu malam. Ini bukan kita menuduh, tetapi kita mengambil sikap berjaga-jaga dari berlakunya musibah-musibah yang tak diingini. Perbuatan sangka buruk seperti ini diharuskan, kerana ia menjaga keselamatan diri dan harta kita.

Bersangka buruk terhadap prestasi pelajaran anak-anak, kerana mereka tidak membaca buku dan hanya main game dan menonton TV sahaja. Hasil dari sangka buruk tersebut, kita menghantar anak menghadiri kelas tusyen atau kelas tambahan untuk meningkatkan prestasi anak tersebut. Maka di sini merupakan sangka buruk yang menguntungkan semua pihak.

Bersangka buruk terhadap pokok besar yang condong ke arah rumah kita, maka dengan sangka buruk tersebut kita mengupah orang untuk memotong pokok tersebut untuk menjaga keselamat rumah dan nyawa keluarga kita. Maka bersangka buruk seperti ini juga diharuskan. Pendek kata, bersangka buruk yang menguntungkan semua pihak tanpa mengorbankan pihak-pihak yang tertentu atau sebagai langkah keselamatan, adalah diharuskan untuk kepentingan semua pihak.

SANGKA BURUK YANG HARAM

Sangka buruk jenis haram dan berdosa ini biasanya didasari oleh perasaan cemburu, hasad, dengki dan berniat ingin menjatuhkan individu yang dijadikan sasarannya.

Sangka buruk jenis ini juga hakikatnya lahir dari jiwa dan minda seseorang yang kotor. Ia adalah refleski dirinya yang kerap bergelumang dengan kejahatan dan dosa. Atau dari jiwa yang tiada ikhlas dalam membuat sesuatu perkara. Justeru, dalam mindanya kerap tergambar mustahil ada seseorang boleh berbuat atau bercakap baik kecuali mesti ada helah, agenda kepentingan diri dan muslihat di sebalik. Ia berfikiran demikian kerana demikianlah dirinya. Ia melihat orang lain sepertinya.



JENIS PERTAMA : KERANA ALIRAN POLITIK

Sangka buruk jenis pertama ini didasari oleh permusuhan politik kepartian. Sangka buruk ini juga sangat popular di masa ini terutamanya di zaman isu politik sentiasa hangat.

Memang benar, setiap orang politik kerap mempunyai agenda disebalik segala tindakannya, biasanya adalah untuk kepentingan masa depan politiknya. Namun tidak wajar dinafikan ada antara mereka yang benar-benar berniat membantu dalam sesuatu tindakannya.

JENIS KEDUA : KERANA ALIRAN PEMIKIRAN DAN ANUTAN

Kali ini ia didasari oleh aliran pemikiran pula. Manusia tidak boleh lari dari perbezaan aliran pemikiran. Tidak perlulah dikesali hal ini kerana ia satu hal yang normal. Namun yang dikesali adalah permusuhan dahsyat antara satu kumpulan dengan yang lain.

Sebagai contohnya aliran Salafi, Wahabi, Khalafi, Pondok, Sufi, Syiah Malaysia, Hizb Tahrir, Ahbash, Liberal, Hadari dan lain-lain.Masing-masing kelihatan suka kalau pihak yang lain dibenci sehabis mungkin, malah mungkin wujud mereka yang akan sujud syukur jika pimpinan kumpulan sebelah sana meninggal dunia.

Tatkala itu sangka buruk sentiasa menjadi idaman dan ruh perjuangan masing-masing. Jika ada sahaja tindakan yang baik dilakukan oleh pimpinan atau ahli aliran yang bertentangan dengan mereka. Akan ditakwilkan sejahatnya.

JENIS KETIGA : PERTIKAI KEBAIKAN , KEIKHLASAN ORANG LAIN
Jenis yang ketiga adalah hasil dari kesemua jenis di atas. Akibat sudah mendarah dagingnya perangai dan tabiat itu menyebabkan kehidupan seharian akan dipenuhi dengan sangka buruk dosa ini.


Allah swt mengingatkan :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ

Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." [Surah al-Hujurat, ayat 12]

Imam Fakhruddin Ar-Razi menghuraikan :

الظن ينبغي بعد اجتهاد تام ووثوق بالغ

Ertinya : "Sangkaan ini mestilah disokong oleh ijtihad ( usaha bersungguh memastikan kebenarannya, dan penyelidikan yang dalam" ( Tafsir Ar-Razi, 28/115 )

Justeru, dalam hal mencari keikhlasan seseorang dalam sesuatu teguran dan usaha baikknya, Islam tidak menyuruh kita menyelidik hati seseorang. Hanya hal berkaitan zahir seperti jenayah, kesalahan fizikal dan yang sepertinya sahaja memerlukan penyelidikan yang disebutkan oleh imam Ar-Razi tadi.

Namun begitu, kepada para pendakwah, teruskan usaha anda dengan cara anda yang tersendiri.Jangan dipedulikan hasad dan sangka buruk manusia lain yang berhati busuk. Malah Nabi s.a.w sendiri juga pernah terkena sangka buruk seorang lelaki sebagaimana dicatatkan dalam hadis sohih berikut :-
قال فَقَامَ رَجُلٌ غَائِرُ الْعَيْنَيْنِ مُشْرِفُ الْوَجْنَتَيْنِ نَاشِزُ الْجَبْهَةِ كَثُّ اللِّحْيَةِ مَحْلُوقُ الرَّأْسِ مُشَمَّرُ الْإِزَارِ فقال يا رَسُولَ اللَّهِ اتَّقِ اللَّهَ قال وَيْلَكَ أو لست أَحَقَّ أَهْلِ الأرض أَنْ يَتَّقِيَ اللَّهَ قال ثُمَّ وَلَّى الرَّجُلُ قال خَالِدُ بن الْوَلِيدِ يا رَسُولَ اللَّهِ ألا أَضْرِبُ عُنُقَهُ قال لَا لَعَلَّهُ أَنْ يَكُونَ يُصَلِّي فقال خَالِدٌ وَكَمْ من مُصَلٍّ يقول بِلِسَانِهِ ما ليس في قَلْبِهِ قال رسول اللَّهِ إني لم أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ قُلُوبِ الناس ولا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ

Ertinya : Berdiri seorang lelaki yang matanya ke dalam, lebat janggutnya, kepalanya tercukur lalu berkata :

"Wahai Rasulullah bersikap takutlah kepada Allah" ( Sebagai tanda tidak puas hati terhadap pembahagian yang dilakukan oleh Nabi),

Baginda menjawab : "Bukankah aku sepatutnya ( sebagai Rasulullah ) orang yang paling takut kepada Allah."

Lelaki itu terus beredar dan Khalid Ibn Walid berkata

"Adakah perlu aku memenggal kepalanya (kerana tidak taat kepada pembahagian yang dilakukan oleh Nabi dan seolah-olah telah murtad) :

Baginda menjawab : "Tidak, mungkin ia orang yang masih menunaikan solat".

Khalid berkata : "Berapa ramaikah yang menunaikan solat dan lidahnya berkata seusatu yangtidak sama dengan apa yang di dalam hatinya (merujuk kepada orang munafiq)"

Baginda membalas :-

إني لم أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ قُلُوبِ الناس ولا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ

Ertinya : "Aku tidak diperintahkan untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia lain) dan mengorek perut mereka" ( Riwayat Al-Bukhari, no 4094, 4/1581 : Muslim, 2/742 )

Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar mentafsirkan kata-kata baginda ini sebagai :-

إنما أمرت أن آخذ بظواهر أمورهم والله يتولى السرائر
Ertinya : Aku hanya diperintahkan untuk mengambil kira luaran urusan mereka sahaja manakala niat dan apa yang terselindung adalah urusannya dengan Allah) (Syarah Sohih Muslim, 7/163; Fath Al-Bari, 8/69 )




Berbaik Sangka
Kita harus sentiasa berbaik sangka



Untuk itu, kita lihat pula apa yang dikatakan berbaik sangka. Maksud Husnuzon adalah berbaik sangka kepada orang lain, ini adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam, kerana berbaik sangka ini lebih baik dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat. Kata Saidina Umar bin Al-Khattab ra :

“Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik”.

Orang yang berburuk sangka seolah memfitnah orang, kerana buruk sangkanya tidak mempunya bukti yang kukuh, ini dikuatiri terjadinya fitnah, kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain. Firman Allah yang bermaksud :“Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya (di akhirat) tentang apa Yang dilakukannya.”(Al-Isra : 36)


Fadhilat Berbaik Sangka

Hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, Ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama manusia. Ini juga mengalakkan manusia itu berpecah belah antara satu sama lain dan ia juga akan merugikan manusia itu juga.

Mengelakkan daripada penyesalan dalam hubungan manusia sesama manusia kerana menuduh manusia lain tanpa bukti yang kukuh. Firman Allah yang bermaksud : “Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.” (Al-Hujurat : 6)Selalu merasa bahagia atas segala kejayaan yang dicapai oleh orang lain walaupun kita sendiri belum berjaya. Ini bertujuan untuk mewujudkan sikap ingin bersaing antara satu sama lain. Kerana umat Islam yang mempunyai sikap ingin bersaing dengan orang yang telah berjaya akan mendatangkan keuntungan kepada semua umat Islam termasuk dirinya sendiri.

Berbaik Sangka Terhadap Perkara Dusta

Tetapi ingat kalau kita melihat orang yang melakukan dosa atau kemaksiatan, kita bersikap husnuzon terhadap perlakuan mungkar orang tersebut, maka kita akan menanggung saham dosa kemaksiatan yang dilakukan oleh orang tersebut. Kerana Islam mewajibkan umatnya mencegah kemungkaran yang berlaku disekelilingnya dengan kemampuan yang ada pada kita. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju; tidak meredhai). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". (Di riwayatkan oleh Imam Muslim)

Jelas di sini, bahawa Islam melarang umatnya menyokong perkara yang mungkar atau dusta, kerana perkara tersebut jelas melanggar hukum Allah dan larangan Allah. Contohnya kita melihat orang Islam di dalam kedai Sport Toto sedang membeli nombor ekor. Tetapi kita berbaik sangka kepada perbuatan orang Islam tersebut dengan mengatakan bahawa “itu jalan rezeki dia, biarlah…. dia juga nak cari makan”.

Cegahlah segala kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita dengan sedaya yang mampu, kalau mampu dengan tangan, maka ubahlah dengan tangan. Mampu dengan lidah, ubahlah dengan lidah, kalau dua-dua ini tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hati (tidak redho dengan perbuatan tersebut) dan inilah selemah-lemah iman.



KESIMPULANNYA 

Akhirnya, jauhilah sangka buruk yang sebahagiannya membawa dosa. Dahulukan sangka baik di kalangan umat Islam selaras dengan arahan Allah.

لَوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَذَا إِفْكٌ مُّبِينٌ

Ertinya : Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: ""Ini adalah suatu berita bohong yang nyata. ( An-Nur : 12 )

Banyakkanlah bersangka baik. Sebenarnya masih ada ramai orang baik yang berbuat baik hanya kerana agenda akhirat semata-mata. Janganlah dirasakan dunia ini sudah tiada yang ikhlas kerana Allah. Mulakan dengan diri sendiri lalu anda akan mampu mencari orang sepertinya.
Sumber:

Saturday, 16 March 2013

Bahagia Sejati dengan Tuhan Yang Abadi

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sollu 'alan Nabi.



Jom belajar apa itu kebahagiaan sebenar, sila klik :)

http://ummisalsabila.blogspot.com/2013/03/bahagia-duniabahagia-akhirat.html

http://genta-rasa.com/inilah-makna-bahagia/

berhati-hati-dengan-material

Apabila Harta Dipandang Tinggi Untuk Mencari Kebahagiaan


قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إنَّ اللهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوْبِكُمْ وَأَعْمَالِكُم

Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya Allah tidak melihat rupamu dan hartamu, tetapi Dia melihat pada hatimu dan amalanmu." (Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim)

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَيْسَ الْغِنَى كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الغِنَى غِنَى النَّفْس

Sabda Rasulullah SAW : "Bukanlah kekayaan itu karena banyak harta, tetapi kekayaan itu adalah kaya hati."
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مِنْ سَعَادَةِ ابْنِ اَدَمَ: اَلْمَرْأةُ الصَّالِحَةُ وَالْمَسْكَنُ الصَّالِحُ وَالْمَرْكَبُ الصَّالِحُ

Sabda Rasulullah SAW : Di antara kebahagiaan anak cucu Adam (manusia) ialah isteri yang solehah, tempat tinggal yang selesa dan kenderaan yang baik. (Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad)

Kebahagiaan adalah menjadi impian bagi semua makhluk insan tanpa mengira darjat. Adakah dia seorang raja atau hamba sahaya, adakah dia orang yang tinggal di kota atau di kampung, adakah dia orang kaya atau orang miskin. Tidak ada seorangpun manusia yang menginginkan kesengsaraan atau kecelakaan.

Dimanakah Kebahagiaan Itu?
Sejak dulu lagi telah timbul pertanyaan ini. Kalaulah kebahagiaan itu sesuatu yang sangat berharga, lalu di mana ia boleh didapati? Sungguh banyak manusia yang terkeliru dalam usaha mencarinya. Mereka akhirnya bagaikan pencari mutiara di dasar laut; badan penat, hati hampa, tangan kosong tanpa membawa hasil sedikitpun.

Betulkah Kebahagiaan Itu Ada Pada Harta?
Mereka ingat kononnya kebahagiaan itu terletak pada kekayaan, kebendaan dan keselesaan hidup. Berapa banyak orang yang kaya raya dan mempunyai harta yang banyak, namun hidup mereka tetap sahaja dalam kegelisahan dan jiwa mereka tidak tenteram. Kalau begitu harta yang banyak bukanlah penjamin  kebahagiaan. Dan ia bukanlah syarat utama untuk mencapai kebahagiaan. Bahkan kadang-kadang justeru karena harta yang banyak boleh membawa seseorang kepada kesengsaraan di dunia sebelum di akhirat.

Ini sebagaimana firman Allah SWT tentang orang Munafiq :

"Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia, dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka berkeadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula)". (At-Taubah 9:55)

Yang dimaksudkan dengan “azab” dalam ayat di atas adalah kesusahan, gundah, rungsing, sedih, keresahan, sakit dan penderitaan.

Betulkah Kebahagiaan Itu Pada Anak?
Memang benar bahawa anak adalah hiasan hidup di dunia.Kehadiran mereka ke muka bumi sebagai anugerah Allah memang ada yang mendatangkan kebahagiaan dan keceriaan dalam hidup sepasang suami isteri. Tetapi tidak jarang pula kita dapati dalam kehidupan sehari-hari justeru mereka yang menjadi penyebab ibubapanya akhirnya menderita? Kalau begitu, dengan memiliki anak tidaklah semestinya seseorang akan memperolehi kebahagiaan. Sebagaimana juga sebaliknya, jika tidak mendapat anugerah anak dari Allah itu tidak berarti seseorang itu pasti tidak memperolehi kebahagiaan.



Cara Mencari Kebahagiaan
Manusia berbeza pendapat dalam cara mereka mencari kebahagiaan. Berbagai jalan mereka tempuh untuk memperolehinya. Perbezaan pemahaman mereka dalam hal ini sangat ketara.

Golongan I:
Mereka berpendapat bahawa kebahagiaan yang dicari itu terdapat pada keseronokan yang bersifat kebendaan dan kenikmatan yang zahir.
Maksud : Mereka yang hanya menumpukan perhatiannya pada kelazatan duniawi walaupun melalui cara-cara yang tidak diredhai oleh Allah SWT. Akhlak mereka runtuh. Allah golongkan mereka sebagai golongan yang kafir dan sesat. Allah samakan darjat mereka seperti binatang karana tidak memahami matlamat dan nilai-nilai hidup.

Firman Allah SWT :

"Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh - ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka." (Muhammad 47:12)

Kebahagiaan justeru dapat diperolehi dengan cara meninggalkan segala kelazatan duniawi dan keluar dari kongkongan fitrah.


Golongan 2 : Yang menjauhkan diri daripada kehidupan dunia. Mereka melihat dunia dengan pandangan yang serba negatif. Mereka seolah-olah ingin keluar daripada fitrah dan realiti.
Maksud : Perjalanan golongan ini seolah-olah memberi kesempatan dan laluan kepada golongan pertama untuk memimpin dunia. Dan bila itu terjadi maka akan hancurlah agama dan musnahlah dunia.

Allah SWT  berfirman :

"Hai irang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. (Al-Mai'dah : 87)

Kedua-dua pandangan di atas adalah salah karena ia tidak sesuai dengan matlamat manusia diciptakan oleh Allah di atas muka bumi ini sebagai Khalifah Allah.



Konsep Kebahagiaan Sebenar Menurut Islam
Kalau Islam memandang kedua-dua golongan di atas keliru dalam mereka memahami makna kebahagiaan. Maka Islam memandang manusia sebagai khalifah Allah di atas muka bumi bertanggungjawab melaksanakan tugas kekhalifahan tersebut. Insan terdiri daripada roh dan jasad. Dan jasad bukanlah musuh atau penjara bagi roh. Jasad adalah alat bagi roh untuk melaksanakan semua kewajiban tersebut. Dunia ini tempat kita beramal, ia tidak obahnya bagaikan satu medan perjuangan, bukan tempat untuk bersuka-ria tanpa batasan dan bukan pula tenpat menyiksa diri.

Allah berfirman (Al-Mulk 67:2)


"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan memanglah ia sangat berkuasa atas sesuatu"

Ihsan Al-‘Amal (amal yang baik) dan ayat di atas dapat tersimpul dalam hubungan baik manusia dengan Allah melalui akidah dan ibadah, dan hubungan baik manusia dengan sesama mereka melalui akhlak dan budi pekerti yang mulia

Kebahagiaan Terdapat Dalam Diri Insan:
Kalau kebahagiaan bukan terletak pada harta yang banyak, anak, pangkat, dan kebendaan lainnya, maka kalau begitu ia adalah sesuatu yang maknawi (abstrak) tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Kebahagiaan yang sebenarnya ialah sesuatu yang muncul dari dalam diri insan karena keimanannya kepada Allah SWT. Tidak seorangpun mampu mencabutnya dari seseorang jika Allah berkehendak memberikan kepadanya.

Kebendaan Yang Wajar Untuk Mencapai Kebahagiaan:
Walaupun kebahagiaan sesuatu yang abstrak (maknawi), ini tidak bermakna kita mesti tinggalkan segala bentuk kebendaan. Bukankah baginda pernah menyatakan bahawa di antara tanda-tanda manusia yang bahagia ialah mereka yang memiliki wanita yang salehah, rumah yang selesa dan kenderaan yang baik?
Yang penting, jangan sampai kebendaan melalaikan kita daripada mengingati Allah.Dan barangkali inilah rahasianya mengapa Allah mendahulukan akhirat daripada dunia

Contohnya seperti Firman Allah SWT ini :


"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ". (Al-Qasas 28:77

Read more: http://www.rahmanbashri.com/2012/08/sabda-rasulullah-saw-sesungguhnya-allah.html#ixzz2NhaMvO9j




Thursday, 14 March 2013

Instead of Music, Why not These? :)

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sollu 'alan Nabi.

Alhamdulillah. Hari ni nak kongsi link untuk download/ dengar ceramah. Alhamdulillah sekarang dah banyak sangat ceramah yang boleh kita dengar/tengok..online, tv, bahan bacaan pun banyak..jom rebut peluang keemasan yang Allah sediakan untuk umat akhir zaman ni..hanya dengan ilmu kita tahu nak buat ibadah dengan betul, tahu mana yang mana baik/buruk, sebagai guideline kita dalam kehidupan dll.



1. PROF DR. MUHAYA

I love her! Subhanallah, saya rasa beliau merupakan anugerah Allah kepada rakyat Malaysia. Kenapa? Sebab cara penyampaiannya santai tetapi tegas, isinya fokus untuk kita memperbaiki diri tanpa sibuk melihat aib orang lain, menyedarkan masyarakat tentang sikap dan formula untuk berjaya dan bahagia dunia & akhirat, dan membimbing hati menuju Makrifatullah. Tasawuf with a modern touch, very cool!

2. ABU ANAS MADANI

Ustaz Abu Anas Madani (Dr. Abdul Basit Abdul Rahman) menyampaikan ceramah melalui cara telaah kitab/tadah kitab dengan topik yang pelbagai.

3. MYMAKTABATY

Pusat download kajian/ceramah yang disampaikan oleh pelbagai tokoh agama.

4. USTAZ ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN

Lepas dah download dalam format mp3, boleh la masukkan dalam player yang sesuai dan dengar di mana saja (kecuali dalam tandas) dan bila-bila masa. Jangan pernah tunggu waktu yang sesuai untuk mulakan kebaikan sebab nanti kita jadi susah nak buat & bertangguh.

Sebenarnya kita banyak sangat waktu terluang, tapi tak digunakan untuk perkara yang mendatangkan manfaat. Sebagai contoh, masa lapang sebelum pensyarah sampai ke kelas/tunggu bas/waktu tak ada kerja/ kita lebih banyak bersembang kosong, makan, jalan-jalan, buang masa, tengok citer korea, tidur..........(teguran untuk diri sendiri jugak!!!!) Allahu Akbar..

Jadi, jom kita jadi orang yang lebih baik. Lebih produktif, menghargai nikmat masa yang Allah beri, menambah ilmu & amal, jadi hamba Allah yang membantu menaikkan agama Islam & bukannya meruntuhkannya dan InsyaaAllah berjaya di dunia akhirat. Sentiasa dengar Islamic talks & bacaan ayat Al-Quran. Pasang kat mana-mana. Waktu tengah memasak, kemas rumah, drive, lipat baju..anything..sangat praktikal. Instead of dengar lagu yang tak beri manfaat pada akhirat/ berborak topik dunia, lebih baik kita ikhtiar dengar sesuatu yang menambahkan pahala kita di akhirat...best kan? :)

Sebagai tambahan, kalau nak pergi mana-mana, pastikan sentiasa ada bahan bacaan yang berfaedah untuk kita baca. Buku yang kecil dan simple sahaja. Kalau bawa Al-Quran/ buku zikir lagi bagus. Bila ada  waktu yang memerlukan kita untuk menunggu, bolehlah baca apa yang kita bawa tu..make it a habit & make sure bahan bacaan tu beri manfaat untuk iman kita..InsyaaAllah..

Banyak lagi ceramah dari para da'ie yang kita boleh download, tak terbatas hanya di Malaysia. Di seluruh dunia ada da'ie yang bagus. Jom download & dengar. :)






Monday, 11 March 2013

Pertolongan dari Allah Yang Maha Mendengar

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sollu 'alan Nabi.

Alhamdulillah.

Suatu hari Nailah dan suaminya ke Pejabat Imegresen untuk membuat pasport. Mereka sampai  pada jam 7.45 pagi dan kelihatan orang ramai telah mula beratur panjang di ruangan luar pejabat itu. Setelah pejabat dibuka jam 8 pagi, mereka menggunakan tangga untuk naik ke tingkat 3 kerana lif yang sesak dan agak lambat. Setelah sampai mereka perlu beratur lagi untuk mengambil nombor giliran dan perlu menunjukkan kad pengenalan berserta 2 keping gambar berukuran pasport.

Nailah yang berniqab mencari tempat duduk yang lapang. Ditariknya tangan suami untuk duduk di sebelahnya sambil menunggu giliran. Matanya mula memerhatikan kaunter-kaunter serta petugas yang ada. Dia mula rasa kurang selesa kerana kebanyakan petugas di situ adalah lelaki, dan dia tahu dia harus membuka niqabnya di hadapan petugas bagi tujuan mengenal pasti identiti sebagai pemilik sah kad pengenalan. Diperhatikannya skrin yang memaparkan nombor giliran pelanggan berserta nombor kaunter mana yang mereka harus pergi. Kaunter di situ bernombor 12 hingga 26.

Sebelumnya, di dalam kereta, Nailah telah berbincang dengan suami. "Nanti orang tu nak camkan muka, kena bukak niqab kan?.." soalnynya. Suami mengiyakan dan berkata, "Ye..sayang bukak kejap je, lepas tu tutup balik..memang prosedurnya macam tu..". Nailah mengangguk. Dia telah bersedia untuk hal-hal seperti itu. Kalau difikirkan memang tidak ada masalah jika menampakkan wajah, kerana Nailah memegang pendapat bahawa menutup wajah itu sunat.

Namun, apabila dia telah berniqab, membuka wajah itu merupakan sesuatu perkara yang 'besar' dan dia akan berasa malu dan kurang selesa jika lelaki ajnabi melihatnya. Apatah lagi wajahnya dikhuatiri akan menimbulkan fitnah di kalangan lelaki. Prinsipnya dalam berniqab adalah supaya dia dapat menundukkan pandangan matanya dari memandang yang haram serta membantu kaum Adam supaya menundukkan pandangan mereka. Dia menjaga diri dan pakaiannya supaya tidak bertabarruj, menjaga lisan, telinga, hati serta fikiran yang ditutupi oleh tudung dan niqab sepenuhnya itu sebagai simbolik peringatan untuk dirinya supaya menjaga anggota itu dari perkara yang haram.

Tertera di skrin nombor giliran yang sedang dipanggil. Kebanyakan nombor harus berurusan dengan kaunter 17 hingga 22, dan kesemua petugas adalah lelaki. Nailah menghela nafas. "Ya Allah, mudahkan urusanku.." doanya lirih. Matanya memerhatikan lagi. Dilihatnya petugas kaunter 14 dan 15 adalah wanita muslimah yang berjilbab. Namun kaunter itu kelihatan seperti tidak aktif.  Di hatinya tetap ada harapan. Harapan kepada Allah. Allah Maha Mengetahui betapa dirinya tidak suka dilihat oleh lelaki dan dia menjaga auratnya demi meraih keredhaan Allah. Dia berdoa lagi berkali-kali di dalam hati. "Ya Allah, mudah-mudahan aku dapat berurusan dengan kaunter 15 tu Ya Allah.."

Tiba-tiba nombor gilirannya dipanggil. NOMBOR 0027 KAUNTER 12. Nailah bangun dan dilihatnya kaunter 12-petugas lelaki. Nailah menenangkan diri dan menuju ke kaunter tersebut. Dia telah bersedia untuk membuka niqabnya demi kelangsungan proses membuat pasport. Hanya itu. "Mudah-mudahan Allah menolongku.." bisik hatinya. Apabila hampir sampai ke kaunter tersebut, petugas lelaki itu bangun dan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Terdengar dia berkata, "Eh, kaunter ni ada panggil orang ke tadi..".  Dia melihat kaunter yang lain dan mengarahkan Nailah untuk pergi ke kaunter 15. Subhanallah! Nailah bagaikan tidak percaya. Allah benar-benar memakbulkan doanya. "Alhamdulillah..terima kasih Ya Rabb.." biarpun tidak ada siapa yang melihat wajahnya, di sebalik cebisan kain itu, Nailah sedang tersenyum bahagia.

"Biarlah hanya suami, mahram dan muslimah yang melihat wajahku.." tekadnya. Dia teringat hadis Rasulullah SAW yang menjadi penguat jiwanya:  

Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. beliau berkata: "Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku:
“Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya)." 

(Riwayat Ahmad no. 2669, al-Tirmizi no. 2516 dan al-Hakim no. 6302)

Urusan membuat pasport itu juga telah dipermudahkan oleh Allah. Petugas muslimah itu amat baik dan telah membantu Nailah untuk menyiapkan passportnya secepat yang mungkin. Betapa pertolongan Allah itu sampai tanpa disangka-sangkanya. Pertolongan Allah ada di mana-mana. Kita cuma perlu buka hati hati kita untuk meyakini-Nya. Nailah semakin yakin, jika kita menolong agama Allah, Allah akan menolongnya. Jika kita menjaga Allah, Allah akan menjaga kita. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!




Thursday, 7 March 2013

YOU



I suffered a long way.

I don't know myself.

then I noticed You,

my One and Only way out.



As I close my eyes,

all things left behind.

And I see Your grace,

leaving me enlightened.