6 WASIAT SAIDINA UMAR
6 WASIAT SAIDINA UMAR :
1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.
2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.
3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.
4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.
5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.
6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.
Saturday, 17 August 2013
Ar-Rahman, Al-Ghafur, Al-Hadi.
Sollu 'alan Nabi.
I've done wrong,
I've sinned.
I'm bad.
But You always come to me
and open Your door,
for forgiveness, for guidance.
How can I ever leave You?
How can I ever forget You?
But sometimes I did.
I was stupid, I am.
Ya Allah,
please have mercy on me.
You are the only One,
that can save me.
Saturday, 22 June 2013
Aa Gym: Menakar Kemuliaan Akhlak
Sollu 'alan Nabi.
Sumber: http://mengasahdiri.blogspot.com/2012/12/aa-gym-menakar-kemuliaan-akhlak.html
Setiap orang ingin merasakan kebahagiaan. Ada yang menyangka dengan datangnyauang maka ia akan menjadi bahgia sehingga iapun mencari uang mati-matian.Ada juga yang menyangka bahwa kedudukan bisa membuatnya bahagia, maka ia pun mencoba merebut kedudukan. Ada yang menyangka penampilanlah yang akan membuatnya bahagia, maka mati-matian ia mengikuti mode. Ada yang menyangka banyaknya pengikut membuatnya bahagia, begitu seterusnya.
Wednesday, 19 June 2013
Ekspresi Syukur: Pada Allah @ manusia?
Sollu 'alan Nabi.
Situasi 1:
Si A dianugerahkan kecemerlangan akademik. Rasa gembiranya bukan kepalang. Dia rasa sangat bangga kerana usaha kerasnya selama ini membuahkan hasil. Jiwanya mengucap 'syukur' kepada Allah, hanya sekali itu. Selepas itu diceritakan kejayaannya itu kepada semua rakan-rakan, keluarga dan saudara-mara. Di laman sosial juga. Dibeberkannya bila-bila ada peluang. Malahan keluarganya juga tak melepaskan peluang untuk menceritakan kejayaan anak mereka.
Sebelumnya apabila keputusan peperiksaannya tidak seberapa, langsung tidak ada lafaz syukur dari lisannya kerana sekurang-kurangnya dia lulus dan tidak perlu mengulang peperiksaan tersebut. Semuanya dipendam, dirahsiakan dari pengetahuan orang lain. Malu dianggap kurang cemerlang oleh orang lain. Walhal di akhirat nanti Allah tak tanya pun dia excellent ke tak dalam exam.
Hari ini dia telah berjaya menjadi seorang profesional di dalam bidangnya. Seperti biasa si A sentiasa ingin menjadi yang terbaik.."aku..aku..aku..ini hasil usaha aku..ini kejayaan aku..ini anugerah aku..ini kerja aku..ini duit aku..ini piala aku..ini sijil aku..ini pangkat aku..ini jawatan aku..inilah keluarga aku..inilah aku..inilah destinasi percutian aku..inilah anak dan pasangan aku..inilah kereta aku..inilah rumah aku.."
Itulah zikir si A. Dia memandang 'kebesaran' dirinya. Di 'upload' semua kehebatannya di laman sosial dan dalam perbualan bersama manusia. Hanya kadang-kadang lafaz Alhamdulillah diucapkan di hadapan manusia sambil hatinya terpaut kuat pada dunia yang disangka miliknya.
Situasi 2:
Si B tidak habis sekolah lantaran miskin. Dia bekerja sebagai tukang sapu. Hari itu dia menghadap rezeki yang dianugerahkan oleh Allah. Di atas pinggan terhidang nasi, ikan masin goreng, kicap dan ulam-ulaman. Dia lantas merenung akan kebesaran Allah. Nasi..dari mana ia didatangkan..proses menanamnya, tumbuhnya, menuainya..Ya Allah..panjangnya proses dari padi untuk menjadi beras..ikan..dari sungai mana, siapa nelayannya, proses mengeringkannya..belum lagi kicap..ulam..bahkan air..pinggan itu sendiri..Semuanya telah ditakdirkan oleh Allah dan dijamin oleh Allah untuk berada di hadapannya di saat itu, ketika itu..sebagai rezeki buatnya..
Subhanallah..Maha Suci Engkau Ya Allah..Terima kasih Ya Allah..Zat Yang Maha Kaya, Maha Pengasih..jiwa si B lantas tidak tahan akan kebesaran Ilahi lalu air matanya mengalir..air mata kesyukuran..
Hari demi harinya dilalui dengan penuh rasa kehambaan dan kesyukuran..Semua yang dipandangnya dikaitkan dengan KeAgungan Allah..dia bersyukur dengan segala-galanya. Nikmat hidup, nikmat Islam, nikmat akal, nikmat kesihatan, sempurnanya tubuh badan dan betapa luasnya kasih sayang dan anugerah Allah sepanjang kehidupannya..
Kerana memang pada hakikatnya hanya Allah yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu..Segala kebaikan walaupun kecil adalah semata-mata kurniaan dari Allah..cukuplah Allah baginya..di dalam kesederhanaan dia belajar mengenal dan mencintai Allah..Si B berasa bahagia dengan Tuhan, biarpun dia tidak pernah mengecapi kejayaan dunia.
-Segalanya mutlak daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ke mana kita hadapkan hati kita?
Tuesday, 18 June 2013
Engkau Lebih Cantik Berpurdah :)
Sollu 'alan Nabi.
![]() |
| Small girl wearing niqab :) |
Alhamdulillah dipertemukan oleh Allah dengan artikel tentang purdah/ dalam bahasa Indonesianya cadar. Moga Allah memberikan taufiq dan hidayah kepada kita untuk berpurdah (InsyaAllah apabila sesuai dengan masa dan keadaan biiznillah), kerana wajah merupakan tempat utama tatapan mata dan seringkali mengundang bahaya syahwat lelaki. Teguhkan hati menegakkan sunnah, ikhlaskan jiwa menjaga kehormatan diri dan ajnabi. Semoga bermanfaat.
Sila klik pada link berikut:
engkau-lebih-cantik-bercadar-mengangkat-kekhawatiran-dan-belum-siapnya-wanita-untuk-memakai-cadar-bagian-1
engkau-lebih-cantik-bercadar-mengangkat-kekhawatiran-dan-belum-siapnya-wanita-untuk-memakai-cadar-bagian-2.
engkau-lebih-cantik-bercadar-mengangkat-kekhawatiran-dan-belum-siapnya-wanita-untuk-memakai-cadar-bagian-3.
engkau-lebih-cantik-bercadar-mengangkat-kekhawatiran-dan-belum-siapnya-wanita-untuk-memakai-cadar-bagian-4.
Friday, 14 June 2013
Tutup aurat ikut Allah @ fesyen?
Sollu 'alan Nabi.
Alhamdulillah terjumpa dengan TULISAN (sila klik :) sahabat kita yang membicarakan isu aurat. Sangat menarik. Kita (kaum wanita) ada fitrah sangat suka pada kecantikan dan sangat suka kelihatan cantik. Kaum lelaki pula fitrahnya sangat suka tengok wanita cantik. Allah pula mewajibkan hamba-Nya untuk menutup aurat dan menundukkan pandangan. Bukannya untuk menyusahkan, tetapi untuk menyelamatkan. Segala perintah Allah itu adalah tanda kasih sayang Allah dan kebijaksanaan-Nya. Jadi di sini jelas kita kaum Adam dan Hawa mesti bekerjasama untuk mentaati perintah Allah ini. Bagaimana? Dalam Islam sudah jelas akan cara menutup aurat dengan sempurna. Tanggungjawab kita wahai Muslimah yang dikasihi sekalian untuk mempraktikkannya.
Jika dah tutup, Alhamdulillah. Orang beriman tidak akan berasa cukup dengan kebaikan yang dilakukannya. Sentiasa lakukan perbaikan-tutup dengan sempurna tanpa menarik perhatian kaum lelaki. Jika dah tutup tapi kaum lelaki masih tertarik..periksalah..mungkin warna pakaian/tudung kita terlalu terang dan berwarna warni. Mungkin make-up kita terlalu tebal sampai muka kita jadi tarikan lelaki..mungkin cara kita berjalan macam model..mungkin kita terlalu 'ramah' dengan lelaki..Lelaki dan wanita sama-sama wajib menutup aurat, sama-sama wajib menundukkan pandangan. Kaum lelaki pula tidak usahlah memakai seluar pendek..Tidak ada 'cool'nya pada perkara yang menyelisihi perintah Allah..
I know..it's really hard not to follow our desire to wear this and that..tapi kita perlu sentiasa muhasabah..check niat..kita pakai baju dan tudung ni untuk siapa? Tak wajar jika dikatakan kerana Allah tapi masih menarik perhatian lelaki..Ye, boleh..pakai lah pakaian yang kemas dan bersih..warna yang gelap/lembut. Bersikap tegas dalam berurusan dengan lelaki supaya kita tak terjebak sebagai wanita yang membawa fitnah kepada lelaki. Ingat, kita hidup untuk Allah..kita nak redha Allah..takkan berkumpul dua cinta dalam satu hati..kita wajib berusaha sedaya upaya untuk mencintai Allah melebihi segala-galanya..cinta itu terzahir pada perilaku kita..
Kembali pada Al-Quran..satu-satunya jalan selamat untuk kita. Biar tidak dipandang hebat bergaya di mata manusia, namun mendapat keredhaan daripada Rabb yang telah menciptakan kita. Kita semua pasti akan mati. Bukan dengan fesyen terkini yang akan menyelamatkan kita dari azab kubur dan neraka. Tetapi dengan iman dan amal soleh..yakinlah, tunduk dan taat pada Allah itu lebih manis dari dunia dan seisinya..:')
Bismillah..jom tambah ilmu dan perbaiki amal..:)
Sunday, 9 June 2013
You Choose!
Sollu 'alan Nabi.
Life is about choices, and we are responsible towards each of it. If we choose to do good thing, then we'll get blessings from Allah and Inshaa Allah we'll get into the jannah. Otherwise, be prepared to be thrown into the hellfire, Na'uzubillah. So, let's choose wisely :)
Choose to obey and remember Allah.
Choose to smile.
Choose to be calm.
Choose to be patient.
Choose to forgive and forget.
Choose to appreciate others and the nature (animal and trees)
Choose to spend the time wisely.
Choose to repent and be a better person.
Choose..to be what Allah ask us to be..:')
Sunday, 2 June 2013
6 Langkah Untuk Kehidupan Bahagia Dunia Akhirat
Sollu 'alan Nabi.
Langkah di bawah ini adalah gabungan beberapa teknik yang Insyaa Allah dapat memperbaiki hubungan kita dengan Allah, sekaligus menjadikan kita hidup lebih tenang dan bahagia di dunia dan akhirat.
1. Belajar ilmu Tauhid, yakni ilmu mengenal Allah. Disertai dengan penghayatan dan keyakinan yang teguh dalam hati akan keEsaan Allah. (dalam setiap saat dan perbuatan)
2. Sentiasa berkomunikasi dengan Allah. Lahirkan kesyukuran dalam setiap perbuatan iaitu dengan memulakan sesuatu dengan menyebut nama Allah, Bismillahir Rahmaanir Rahiim. Rasakan kehadiran dan kasih sayang Allah dalam setiap saat hidup kita. Belajar teknik komunikasi dengan Allah di sini:
http://www.fuadlatip.com/v1/2009/06/jiwa-positif-hidup-bertuhan-volume-1/#_
3. Latih diri (mencakupi fikiran, hati dan perbuatan) untuk menjadi orang yang lebih baik. Senaraikan ciri-ciri sifat baik yang kita ingin/ jadi contohnya seperti bertaqwa, menutup aurat dengan sempurna, solat malam, lemah lembut, tubuh badan sihat dan sebagainya. Baca apa yang kita senaraikan tadi dengan kuat dan penuh emosi gembira + bayangkan dalam fikiran kita menjadi seperti orang yang kita kehendaki. Latih aktiviti ini selama plus minus 20 minit. Sebaik-baiknya buat lepas solat sebab otak tenang pada waktu itu. Kemudian cuba aplikasikan segala tindakan kita ke arah apa yang kita inginkan. (inspirasi dari Prof Muhaya).
4. Menjadikan Al-Quran sebagai penghibur hati.
5. Amalkan sunnah Nabi Muhammad SAW. Hafal doa harian, adab dan cara ibadah Nabi dan praktikkan dalam kehidupan harian.
6. Berakhlak mulia di mana sahaja dan dengan siapa sahaja. Sentiasa ingin memberi kerana Allah. Harapkan redha Allah dan bukan penghargaan manusia.
Wallahu a'lam.
Selamat beramal :)





.jpg)
