6 WASIAT SAIDINA UMAR

6 WASIAT SAIDINA UMAR :

1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

Saturday, 2 February 2013

Nukilan Buat Teman

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sollu 'alan Nabi.

Khas buat seluruh teman-temanku yang telah lama tidak bertemu...teman yang Allah kurniakan sejak aku kecil hingga dewasa..khusus buat semua teman dari SK Serkam, SK Bagan Tuan Kechil, SK Indera Mahkota Utama, Girls At The Back (SDARY), KMM, dan UiTM Shah Alam- especially Nora & Qaqa...Alhamdulillah...Thank you for everything...Love you fillah...:)


Wahai teman,
aku hanyalah insan
penuh dengan kekhilafan.
Jangan pernah menyangka aku mulia
jauh lagi sempurna.
Andai aku terjatuh,
sambutlah aku dengan tangan kelembutan.
Andai aku tersasar,
ajarkan aku kalimah Al-Quran.
Maafkan aku wahai teman,
aku tak mampu menjadi sempurna,
aku perlukan doa dan pengertian,
kerana aku masih bertatih menuju Tuhan.
Mari bersama kita semaikan cinta kepadaNya,
berlumba-lumba dalam kebaikan,
saling nasihat dan mengingatkan.
Moga kita menjadi sebaik-baik teman,
menyebarkan wewangian Islam,
tetap menjadi teman seiman di dunia, 
dan di akhirat mendapat kenikmatan.

InsyaAllah...






Tuesday, 15 January 2013

MUHASABAH 2- buang sifat sombong

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sollu 'alan Nabi.

Semuanya milik Allah. Tak ada satu pun yang milik kita. Sekadar pinjaman, dan merupakan amanah dari Allah. Mata, telinga, mulut, tangan, kaki..semua akan dipersoalkan di akhirat kelak. Allahu  Akbar..hanya Dia yang berhak menghukum hambaNya dengan seadil-adilnya. Kita sebagai manusia yang hina, teruskan usaha untuk mentaati perintahNya, menjauhi laranganNya, dan redha atas ketentuanNya. InsyaAllah...

Indahnya hidup obor-obor ini..sentiasa bertasbih memuji Allah dan menghinakan diri kepada-Nya...


Tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah. Tiada apa yang perlu dibanggakan, diperbesar-besarkan tentang diri kita, keturunan kita, harta kita, pendidikan kita, kerana semuanya dari Allah. Sombong itu hanyalah milik Allah. Kita patut berasa malu dan hina kalau kita masih sibuk menilai orang lain berdasarkan material seperti kecantikan, harta, kebolehan atau kedudukan atau mengangkat diri kerananya.

Bukan itu fokus kita hidup di atas muka bumi Allah ini. Kita hidup semata-mata kerana Allah. Perkara lain adalah sebagai ujian dan alat untuk kita gunakan pada jalan yang Allah redhai atau sebaliknya. Hanya taqwa yang membezakan kita, dan untuk itu, hanya Allah yang tahu. Jangan sekali-kali berasa diri lebih mulia/ baik dari orang lain. Bersyukurlah di atas hidayah-Nya dan sebarkanlah kasih sayang sesama muslim kerana Allah. Allah amat membenci orang yang sombong dan tidak masuk syurga orang yang mempunyai kesombongan walau sebesar biji sawi.

Ya Rabb..jadikan kami semua sebagai hamba yang mengenal dan mencintai-Mu, serta jadikan kami hamba-Mu yang merendah diri..hanya Engkau Penguasa kami..Aamin.

Kita semua sama, berasal dari tanah dan akan kembali kepada tanah. Mengapa dan untuk apa kita sombong?

Sama-sama kita muhasabah diri...Insya Allah..

tanda, sebab, dan kesan sombong

tanda-tanda-hati-yang-kotor

bagaimana-menjauhi-sifat-sombong-dan-angkuh

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9524.0

Hidup ini ujian, bukan tujuan. Tujuan kita hanyalah Allah!



Wednesday, 9 January 2013

MUHASABAH

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sollu 'alan Nabi.

Sekadar peringatan buat diri yang lalai. Kita selalunya amat mudah untuk melihat kesalahan orang lain. Sangat jelas, dan diperbesar-besarkan. Namun, hakikatnya diri sendiri yang memerlukan koreksi dan turut melakukan kesalahan. 

Manusia tidak akan lari dari berbuat dosa, lalu apa yang membuatkan mereka menjadi manusia yang lebih baik adalah dengan mengambil iktibar dan memperbaiki kesalahan itu dengan taubat, berhenti melakukan kesilapan itu serta menghiasi diri dengan sifat yang diredhai Allah.



Bila kita sentiasa rasa kita betul dan orang lain salah, itu akan menjadi penyakit yang akan mengeruhkan jiwa kita. Kita perlu sentiasa muhasabah. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Memang, tak semua yang buruk itu adalah akibat balasan dosa kita, mungkin ianya adalah ujian untuk meningkatkan darjat dan sebagainya. Namun, sebagai hamba Allah, kita amat memerlukan sifat sentiasa rasa diri lemah, banyak dosa, dan perlu perbaikan untuk menjadikan kita sentiasa merendah diri di hadapan Allah dan dapat berubah menjadi lebih baik. Mencari hikmah. Bukannya menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku.

2x5. Selalu, kita nampak orang lain buat kesalahan tertentu, lalu kita sibukkan diri dengan menuding jari pada orang itu, tanpa meneliti diri sendiri.Yang salah tak ditegur, yang melihat pun tak muhasabah. Kita semua lemah..tak ada daya upaya..tak perlu rasa diri lebih bagus dari orang lain, lebih mulia, lebih baik..Allah tak suka orang yang mensucikan diri sendiri sebab hakikat ketaqwaan setiap hamba-Nya, hanya Dia yang tahu.

When you point out one finger at other person, the other four fingers will point at you.

Jadi, jom muhasabah diri!

Friday, 4 January 2013

Pandang pada Allah

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sollu 'alan Nabi.

Alhamdulillahi Rabbil 'alamiin.



Tiada masalah atau ada masalah, lapang atau sibuk, sihat atau sakit, kaya atau miskin..bukan semua itu yang menjamin bahagia atau derita..tetapi hanya dengan mengingati Allah- kan tercapai ketenangan dan kebahagiaan hakiki.

3 perkara yang menghijab kita dari melihat Allah (yakni mengenal Allah dalam hati kita) :

1. Dosa, ubatnya taubat dan elakkan dari berbuat maksiat.

2. Sombong, ubatnya tawadhuk.

3. Sibuk dengan makhluk, yakni selain Allah. Makhluk telah memenuhi hati, ubatnya memandang kepada Allah. Hanya Allah.

Dalam apa jua situasi, mari praktis Musyahadah-Pandang pada Allah. Jangan pernah lepaskan. InsyaAllah, kan tersingkap hijab yang menutupi dan yang ada hanyalah keindahan dalam setiap perjalanan.

Adaptasi dari Kitab Syarah Al-Hikam.


Monday, 31 December 2012

Menyapu Khuf :)

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sollu 'alan Nabi.

Kadang-kadang bila kaum wanita hendak berwudhuk di surau/masjid, mereka mengalami sedikit kesukaran sebab perlu membuka stokin bagi membasuh kaki..lepas tu dalam keadaan kaki basah2 kena sarung balik stokin sebab laluan untuk menuju ke tempat solat tu boleh dilihat oleh lelaki..kaki kan aurat..jadi..sebagai alternatif kita boleh menyapu khuf..cara ini memang ada dicontohkan oleh Rasulullah SAW dan merupakan sunnah. Juga buat siapa2 yang mengalami kesukaran sebagai contoh cuaca terlalu sejuk dan sebagainya, bolehlah beramal dengan rukhsah ini. InsyaAllah.

Apa itu khuf?

Khuf ialah sesuatu yang diperbuat dari kulit yang dipakai menutupi dua buku lali ke atas seperti stokin. Menyapu khuf adalah diharuskan berdasarkan 4 mazhab,samada ketika musafir,mukim,darurat ataupun tidak.Ia menepati basuhan 2 kaki di dalam wudhuk.
Khuf=stoking?
Yang menjadi tanda Tanya pastinya dalam hati kita adalah, di mana mahu di cari penutup kaki sebegitu rupa? Kalau stoking biasa pula bagaimana?
Menurut Hambali,Muhammad bin Al-Hassan dan Abu Yusof dari Hanafi, boleh. Termasuk stokin biasa. Menurut Abu Hanifah,Maliki dan Syafi’e yang boleh dengan syarat tambahan. Syarat khuf yang ditetapkan oleh imam Syafie untuk mereka yang berstokin adalah :
1- Stokin berkenaan hendaklah tidak jarang/ rapat jalinannya sehingga ia boleh digunakan untuk berjalan dengannya.
2- Hendaklah ia dipakai dengan kasut
Syarat sah khuf
Terdapat 2 syarat utama penggunaan khuf.
1- Khuf itu suci(bersih dari sebarang najis)
2- Memakai khuf dalam keadaan suci dari hadas kecil dan hadas besar(selepas wudhu’)
Cara Menyapu Khuf
Ambil wudhuk seperti biasa, cuma gantikan rukun basuh kaki kepada berikut:
1- Basahkan tangan dan renjiskan ke tepi
2- Sapukan tangan pada sebelah atas khuf memadai dengan sekali sapuan saja.Tapak kaki tidak perlu disapu.
Perkara Yang membatalkan Khuf
1- Semua perkara yang mewajibkan mandi hadas seperti berjunub, haidh dan nifas.
2- Tamat tempoh yang dibenarkan khuf(3 hari  3 malam bagi musafir, 1 hari 1 malam bagi yang bermukim)
3- Batal apabila menanggalkan khuf. (*menanggalkan stoking setelah berniat khuf akan membatalkan khuf)
Adakah khuf juga relevan di Malaysia?
Hukum menyapu ‘khuf’ boleh aplikasikan di Malaysia bahkan di mana-mana sahaja dalam dunia ini. Anggota tentera merupakan golongan yang banyak mengamalkan hukum ‘khuf’ di Malaysia.
Ulama besar Imam an-Nawawi telah berkata: Telah ijmak ulama (di kalangan mereka yang dikira ijmak mereka) bahawa harus menyapu ke atas ‘khuf’ bagi seorang yang bermukim atau bermusafir samada disebabkan oleh keperluan atau pun tidak sehingga harus menyapu ‘khuf’ bagi seorang wanita yang hanya tinggal di rumahnya. Wallahu A’lam.
Hadis-hadis yang menyebut tentang ‘khuf’ tidak membataskan aplikasinya di tempat-tempat tertentu sahaja.
Selamat beramal
Semoga bertambahnya pengetahuan kita tentang keringanan yang dikurniakan Allah ini, akan menambah semangat dan kekuatan kita untuk beramal. Allah tidak pernah zalim terhadap hamba-hambaNya, kitalah yang menzalimi diri kita sendiri, bertindak membelakanginya dan mengabaikan perintahNya dengan pelbagai alasan.
أعلم والله
Rujukan



Friday, 14 December 2012

speechless

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Sollu 'alan Nabi.

Alhamdulillahirabbil'alamiin. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam yang telah menjadikan kita sebagai Muslim. I don't know how to start. MasyaAllah..Subhanallah..tak terkata..baca:

Analisis 4 Prasyarat Sertai Pasukan Briged Al-Qassam



Memang, itu perkara asas bagi seorang Muslim, mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW, tapi pada akhir zaman ni..to do that is like..very2 hard..hanya jiwa yang betul2 kuat dan keimanan yang jitu yang mampu melaksanakannya..dengan izin Allah..

Ya Rabb, please help the people who help your deen..

Please protect Palestine..give them victory..

Give us the strength to follow the Prophet Muhammad SAW..

Amin..


Wednesday, 12 December 2012

10 cara mudah untuk menikmati hidup - 'How to Enjoy Life'



Bismillahirrahmaaniraahiim.

Sollu 'alan Nabi.




Ramai orang yang hidup tetapi tidak menikmatinya kerana gagal menyedari nikmat dan rezeki kehidupan. Syukur ialah permulaan kepada sebuah kebahagiaan. Berikut ialah 10 cara mudah untuk menikmati hidup :

1. Bangun pagi dengan rasa syukur kepada Allah kerana masih berpeluang hidup.

2. Menghargai nikmat air ketika mandi (Fakta : 780 juta manusia di dunia ini tidak dapat menikmati kemudahan air bersih dan 660 juta tidak dapat mandi setiap hari - Sumber UNICEF)

3. Menikmati makanan bukan sekadar memakannya. Ramai orang makan tanpa 'mempedulikan' isi makanannya. Makanlah dengan perlahan, nikmati rasa garamnya, manisnya dan bersyukur kepada Allah SWT. Kata Anas bin Malik RA, 'كَانَ يُعْجِبُهُ الثُّفْلُ' Bahawa rasulullah SAW amat suka makan saki-baki sisa-sia makanan. [riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Hakim]

4. Memakai pakaian-pakaian yang baik dan cantik. Seorang lelaki bertanya Nabi SAW, apa hukumnya seorang lelaki yang suka memakai pakaian dan kasut yang cantik ? Maka baginda menjawab, "Allah itu cantik dan menyukai kecantikan". [riwayat Muslim]

5. Menghirup udara segar sambil menikmati kewangian bunga, kehijauan pokok, dan kesejukan angin. Firman Allah SWT : 'Apakah kamu tiada melihat, bahawasanya Allah menurunkan air dari langit, lalu jadilah bumi itu hijau? ' [Al-Hajj:63]

6. Keluar bekerja mencari rezeki dengan berniaga, mengambil upah atau menguasakan tanah, menternak binatang atau memburu dll. Firman Allah SWT 'dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan.' [An-Naba:11] Nabi SAW menyebutkan bahawa para rasul pun bekerja dan pernah menjadi pengembala kambing. Ada hadith lain menyebut, Nabi Zakaria ialah seorang tukang kayu. [riwayat Muslim]

7. Berkongsi nikmat rezeki dan hasil usaha dengan orang lain. Para sahabat RA pernah mengadu kepada Rasulullah SAW bahawa mereka makan tetapi tak pernah kenyang maka baginda pun berkata mungkin kamu makan sendiri-sendiri? Lalu mereka pun membenarkan. Maka Nabi SAW bersabda : Makanlah berjamaah dan sebutlah nama Allah maka nescaya makanan itu akan menjadi berkat. [riwayat Abu Daud]

8. Bernikah dengan pasangan yang soleh/solehah jika bujang dan menjalinkan hubungan mesra dengan ahli keluarga serta anak-anak. Dalam hadith menyebut kelebihan menjalinkan silaturrahim seperti keberkatan rezeki dan dipanjangkan umur.

9. Mencari ilmu dan meluaskan pengetahuan dengan membaca dan menghadiri majlis-majlis pengajian. Ilmu mencerahkan akal dan melapangkan jiwa yang sempit dan membuka pintu kegelapan serta menerangi kehidupan. Kata Sahl bin Abdullah, Tulislah ilmu kerana jika engkau mampu bertemu dgn Allah sambil membawa buku dan pena maka lakukanlah.

10. Bersahabat dengan orang-orang yang soleh. Persahabatan merungkaikan gelisah dan menghilangkan kebosanan. Nabi SAW berpesan, Janganlah bersahabat kecuali dengan orang yang beriman dan jangan pula memakan hidanganmu melainkan orang yang bertakwa.” [Riwayat Abu Daud dan At Tirmizi]

Akhirnya pesan Syeikh Abd Rahman al-Sa'di, Seorang muslim itu patut bersegera melakukan kebaikan serta ibadah dan mengabaikan kesusahan serta menikmati keperitan hidup kerana apa yang terdapat disisi Allah itu lebih bernilai dan disediakan oleh Allah untuk mereka yang masuk ke syurgaNya. [Al-Qawl al-Sadeed ala Maqaasid Kitab Al-Tauhid]