6 WASIAT SAIDINA UMAR
6 WASIAT SAIDINA UMAR :
1. Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.
2. Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.
3. Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.
4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.
5. Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.
6. Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.
Thursday, 8 March 2012
menuntut ilmu kerana Allah
Keutamaan Menjaga Hati (Niat kerana Allah)
"Barangsiapa mempelajari ilmu bukan dengan tujuan yang semestinya, yakni untuk mencari keredhaan Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung, tetapi justeru bermaksud untuk mendapatkan kekayaan duniawi, nescaya ia tidak akan mendapati harumnya aroma syurga pada hari kiamat nanti."
(HR. Abu Daud dengan sanad yang sahih)
Lillahi Ta'ala
Dipetik dari kitab Riyadhus Salihin karya Imam Nawawi berkenaan dengan perkara yang paling basic yakni
Ikhlas, menghadirkan niat dalam semua tindakan, ucapan, dan perilaku yang nampak mahupun yang samar.
"Katakanlah, 'jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menampakkannya,pasti Allah mengetahuinya." (QS. Ali Imran:29)
Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya semua amal itu tergantung dari niatnya, dan sesungguhnya apa yang diperoleh seseorang adalah sesuai dengan apa yang diniatkannya. Siapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya itu akan diterima oleh Allah dan Rasul-Nya., dan siapa yang hijrahnya kerana mencari dunia atau kerana wanita yang akan dinikahinya maka hijrahnya hanya memperoleh apa yang diniatkankannya dalam hijrahnya itu" (HR. Mutafaq Alaihi)
Dari Abu Hurairah Abdurrahman bin Shakhar ra, ia bertutur bahawa Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak melihat fisik dan rupamu. Tetapi Dia melihat amal-amal dan hatimu." (HR. Muslim)
Ada banyak lagi hadis dan ayat Al-Quran yang menerangkan perihal pentingnya mengikhlaskan hati semata-mata kerana Allah. Jadi, sebagai hamba Allah yang lemah lagi hina, kita mesti berusaha sedaya upaya untuk buat sesuatu dengan niat ikhlas kerana Allah. Bahkan kita tak ada daya upaya melainkan dengan izin Allah. Segala apa yang kita buat adalah atas izin Allah, jadi atas alasan apa kita nak buat benda yang ditujukan untuk selain Dia?
Mungkin, kita akan ditarbiah oleh Allah dengan cara yang kita mungkin tak sedari, contohnya, masa buat sesuatu kerja tu rasa macam malas dan sering mengeluh, mengharap ada orang yang puji kita, sedih/marah bersangatan bila orang kutuk hasil kerja kita, atau mungkin juga timbul perasaan riak bila buat kerja yang bukan semua orang mampu buat. Itu mungkin tandanya kita belum betul-betul ikhlas kerana Allah. Apa yang boleh kita buat adalah mohon pertolongan dari Allah, muhasabah, check balik niat, zikrullah dan kuatkan semangat untuk jihad melawan hawa nafsu. InsyaAllah. :)
Yakinlah,
"Apa pun (kenikmatan) yang diberikan kepadamu, maka itu adalah kesenangan hidup di dunia. Sedangkan apa (kenikmatan) yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal." (Surah asy-Syura:36)
"Dia-lah yang hidup kekal, tidak ada tuhan selain Dia; maka sembahlah Dia dengan tulus ikhlas beragama kepadaNya. Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam." (Surah Ghafir:65)
Friday, 2 March 2012
NUR BUAT MARYAM (6)
"Assalamualaikum Ustazah.. Saya Maryam, yang buat temujanji nak jumpa Ustazah tadi.." ucap Maryam sopan.
"Wa'alaikumussalam.. Ye, awak Maryam.. ada apa yang saya boleh bantu.." balas Ustazah Durrah sambil tersenyum mesra. Dia menarik kerusi menganjurkan Maryam untuk duduk.
Maryam mula membuka ceritanya. Panjang lebar. Berserta dengan apa yang dirasakannya, jalan fikirannya, tentang mimpi indah itu, dan kemahuannya untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.
"Syukur Alhamdulillah.. Allah memilih untuk memberi hidayah pada kamu Maryam. Subhanallah..
Jangan pernah sia-siakan anugerah Allah yang tak ternilai ini.." ucap Ustazah.
"Alhamdulillah..boleh Ustazah terangkan macam mana saya nak mula..?" soal Maryam. Antara isi-isi penting yang dibincangkan oleh mereka---:
"LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH..jadikan setiap detik hidup kamu berlandaskan keyakinan ini.."
"Iman, iaitu keyakinan kepada Allah.Yakin dalam erti kata yakin mutlak yang tidak ada apa-apa syak wasangka. Yakin yang lebih 100%.."
"Awak kena bertaubat..minta ampun pada Allah..insyaAllah, pintu keampunan akan sentiasa terbuka buat orang yang ingin bertaubat dengan sebenar-benar taubat..keampunan Allah adalah lebih besar dari kemurkaanNya.."
"Seterusnya, awak kena berjuang kerana Allah..iaitu mempertahankan akidah..mengesakanNya..tidak mensyirikkanNya dengan segala sesuatu..patuhi perintahNya, jauhi laranganNya, terima takdirNya.."
"Kekuatan apa yang saya perlukan untuk buat semua tu..?" Maryam menyoal. Selama ini dia tidak pernah tersedar untuk memfokuskan hal itu.
"Allah beri petunjuk kepada hambaNya melalui pedoman Al-Quran dan Hadis. Belajarlah, kajilah, amalkanlah.. dan yang paling penting HAYATILAH!.."
"Kunci amal seseorang adalah ikhlas..Allah hanya menerima amalan hambaNya yang ikhlas..apa itu ikhlas? Iaitu kita buat atau tinggalkan sesuatu perkara semata-mata kerana Allah..sedari awal lagi, kita perlu pasakkan niat untuk buat sesuatu tu semata-mata kerana Allah..hanya Allah.."
"Maksud Ustazah, dalam perkara ibadah macam solat tu ke?"
"Kita dicipta untuk beribadat kepada Allah.. solat, puasa, dan lain-lain yang berupa ibadah.. juga setiap aktiviti yang kita lakukan atas dasar kerana Allah, akan dinilai sebagai ibadah.."
"Makan, tidur, belajar.. semua tu ibadah??" soal Maryam. Kurang pasti.
"Dalam urusan kehidupan kita, kita lakukan mengikut syariat..contohnya, makan yang dimulai dengan Bismillah dan doa, berserta adab yang diajar oleh Baginda Rasul, makan hanya untuk menguatkan tubuh bagi membolehkan kita menjalani aktiviti seterusnya, dan dari sumber yang halal..maka itu juga ibadah.."
"Tambahan lagi, bila kita dah niatkan untuk lakukan sesuatu perkara kerana Allah, maka kita akan terdorong untuk merealisasikan niat suci itu dengan perlaksanaan yang mengikut syariat dan menolak hal yang mendatangkan murka Allah..awak faham kan Maryam?" Ustazah Durrah ingin menduga.
"Erm..contohnya..bila kita niat belajar kerana Allah, jadinya kita akan berusaha bersungguh-sungguh menunaikan amanah kita sebagai pelajar..sentiasa berharap pada Allah, minta tolong dengan Allah, tak ponteng kelas, jujur, tak meniru dalam assignment, tak main-main dalam kelas..sebab kita buat semata-mata kerana Allah dan kita yakin yang Allah Maha Melihat setiap perbuatan kita..macam tu ye Ustazah..?" Maryam mengutarakan pendapatnya.
"Alhamdulillah, awak makin jelas tentang perkara ni.." Ustazah Durrah tersenyum gembira.
"Ingat, kita buat semua tu bukan untuk orang lain, untuk dikatakan baik, berbangga diri dan sebagainya..ikhlas adalah rahsia Allah, namun kita mesti cuba sedaya upaya untuk ikhlas kerana Allah..hingga pujian atau cela tak memberi kesan kepada kita.."
Panjang lebar Ustazah Durrah memberikan penerangan. "Ingat Maryam, agama Islam bukanlah hanya untuk golongan ustaz atau ustazah sahaja..Allah tak pandang semua tu..."
"Yang penting, iman dan taqwa dalam hati.." sambung Maryam sambil tersenyum. Hari itu, Maryam bertekad untuk memulakan hidup baru. Cara hidup Islam. Selaras dengan perintah Allah, yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Dia mula menghargai kurniaan yang terpenting dan terindah buatnya. Nikmat Iman dan Islam. "Ya Allah, Engkau yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku kepada agamaMu dan ketaatan kepadaMu..".
Saturday, 25 February 2012
NUR BUAT MARYAM (5)
"Maryam...."
"Bangun Mar.."
Aku ingin sekali menghirup aroma cinta,
laksana air dingin
rasanya mengalir segar di relung dada
menghilangkan kehausan sahara.
Aku ingin sekali menikmati nikmatnya cinta,
seperti citra madu
manisnya menggamit rasa
rindu tak akan jemu.
Aku ingin sekali melayari kesucian cinta
harum lembut memukau jiwa
bagaikan angin yang terbang
di taman mawar syurga.
Alangkah nikmatnya pesona cintaMU
alangkah beruntungnya jiwa
kerana hanya denganMU
bahagia tiada duka.
Maryam terasa bagai di awang-awangan. Dia tidak nampak apa-apa kecuali suasana asing yang berwarna putih di sekelilingnya. "Ya Allah..maafkan aku..aku kat mana ni.." hatinya mula diserang perasaan cemas. Dari jauh, dia melihat kelibat orang menaiki kuda yang menuju ke arahnya. Maryam menjadi semakin risau, aneh, dan bingung. Namun perasaan itu segera hilang apabila orang berkuda itu berhenti di hadapannya. Entah kenapa, dia merasa tenang dan selesa. Ternyata orang itu adalah lelaki yang bersih wajahnya. Dia melemparkan senyuman kepada Maryam, dan menghulurkan senaskah kitab Al-Quran. Maryam mengambil kitab suci itu. Tiba-tiba dia bagaikan berputar-putar dan terjatuh di tempat yang dalam, lalu tersedar.
"Ya Allah!!" Maryam bangkit dari pengsan. Dia merasa terkejut dan beristighfar berkali-kali. "Aku mimpi ke tadi..? Macam betul-betul je.." Maryam tidak pasti dengan apa yang berlaku. Rakan-rakan di sekelilingnya yang menunggu di sisinya dari tadi cuba untuk menenangkannya. Dia tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi ke atas dirinya namun dia pasti, Allah telah memberikan getaran keinsafan dalam dadanya, dan hidayah untuk dia berubah menjadi hamba Allah yang lebih baik....
TO BE CONTINUED...
Thursday, 23 February 2012
rasa
Monday, 13 February 2012
NUR BUAT MARYAM (4)
"Apa kena dengan aku ni.. serba tak kena je.." keluh Maryam. Hatinya tidak merasakan ketenangan. Hubungannya dengan Haidar juga tidak mampu memberikannya kebahagiaan hakiki. Rasa cintanya buat Haidar seolah-olah pudar. Apatah lagi setelah melihat dengan mata kepalanya sendiri adegan Haidar yang gemar melayan perempuan atau dalam istilah lainnya 'gatal'. Haidar gemar merenung perempuan yang manis dan cantik-cantik, dan bersikap mesra dengan mereka. Hal itu membuatkan Maryam tawar hati. Ada sesuatu yang dia 'hilang'..Ada sesuatu yang perlu dia cari..
Maryam keluar dari biliknya untuk ambil angin. Dia terlihat kelibat Dhia yang sedang 'bergayut' menggunakan handphone. Maryam mengangkat kening lalu bersuara perlahan, "Siapa?" Dhia yang sedang tersengih-sengih lantas menjawab dengan gembira, "Boyfren aku..Taufik.." Senyumannya kian meleret.Tangannya mengisyaratkan supaya Maryam pergi dari situ supaya dia tak merasa terganggu. Maryam mencebik.
Dalam hatinya mengomel, "Eleh, macam la best sangat..". Entah kenapa, dia merasa tidak suka dengan istilah 'boy friend' itu. Seolah-olah itu adalah hal yang dibencinya. Hatinya sayu sekali. Dirasakan dia telah melakukan perbuatan yang tidak berfaedah selama hidupnya. Sia-sia. Fikirannya melayang jauh mengingat hari-hari lalu. Ponteng kelas, main-main, mengumpat, menyakiti hati orang secara sengaja atau tidak sengaja dengan lisannya, keburukan hati dan fikirannya, sangkaan-sangkaannya, bermalas-malasan dalam mematuhi perintah Allah dan ibu bapanya, tidak sempurna dalam menutup aurat, dan terbaru, dia sibuk melayan cinta dengan lelaki yang haram buatnya, yang belum tentu menjadi suaminya. Astaghfirullahal 'Aziim..!
Maryam berjalan lagi, menuju ke padang tempat para pelajar beriadah. Namun matanya bukanlah tertumpu kepada pelajar yang berjogging di situ. Maryam mendongak ke atas, memerhatikan langit indah yang terbentang luas. Tanpa penyangga, tanpa tiang, langit tetap teguh di atas sana memayungi bumi. Subhanallah! Tiba-tiba hati Maryam terasa bergoncang atas kesedaran akan kebesaran Allah. Badannya menggigil kesejukan, jiwanya dirasakan seolah-olah terbang menelusuri langit, tertarik oleh suatu kuasa yang sangat hebat. Maryam tidak dapat menahan kesyahduan hatinya akan betapa rahmat dan kasihnya Allah kepadanya sedangkan dia sering saja berbuat dosa dan maksiat. Tanpa ditahan, air matanya deras mengalir. Maryam terisak-isak tanpa kawalan, dia segera teringat akan segala perbuatan dosa yang seakan ditayang semula di hadapannya. Maryam meratap, dia hampir terduduk. Jiwanya bagai disentap-sentap, dia sudah tidak peduli lagi dengan kelibat orang di sekelilingnya. Tiba-tiba Maryam menjerit "Allaaaaaahhhh!!!" lalu jatuh pengsan.
TO BE CONTINUED...
Thursday, 2 February 2012
Mencari Kebenaran
Cuba cari dan baca buku-buku yang ditulis oleh Harun Yahya. Subhanallah, sangat membuka minda akan kekuasaan Allah, dan ketidakberdayaan kita sebagai makhlukNya.
Allah Maha Hebat, lebih Nyata dari segala sesuatu.